Nurul Izzah Tuntut Fasakh daripada Suami?
[TMI] Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya selepas perkahwinan selama 10 tahun.
Permohonan berkenaan dikatakan dibuat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah.
Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.
"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.
Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan mempunyai dua anak.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menafikan perkara berkenaan di laman mikro blog Twitter miliknya, @n_izzah apabila pengguna Twitter bertanyakan berkenaan perkara itu.
"Wasalam. Nope," kata Nurul Izzah menjawab pertanyaan pengguna Twitter dengan nama Mohd Saiful Ahmad.
Sementara itu, pengguna Twitter dengan nama Ibnu K, @ibnukhusairi juga menuntut Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
"Harap YB boleh keluarkan statement berkenaan kekecohan ini. Terima kasih @n_izzah @msaiful82." – 23 Januari, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.