Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 7 Januari 2014

Kerana Nafsu OKU, Wanita Alami Trauma



Rogol: Lelaki OKU Dipenjara 35 Tahun, Sebat

[Bernama] KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kurang upaya (OKU) hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 35 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol, melakukan seks oral dan merompak seorang pegawai bank, September lepas.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhi hukuman itu terhadap Mohamad Azhan Mohamad Johan, 28, yang bisu dan pekak, selepas membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

Mohamad Azhan membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa isyarat oleh jurubahasa isyarat dari Mahkamah Persekutuan Tan Lee Bee.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan merogol, penjara 13 tahun dan tiga sebatan bagi kesalahan melakukan seks oral dan penjara tujuh tahun kerana merompak.

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun selepas mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 September lepas.

Mohamad Azhan yang bekerja sebagai tukang cuci dan berasal dari Setapak di sini, didakwa merogol wanita berusia 38 tahun itu di dalam sebuah tandas, Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini antara 7 pagi hingga 7.15 pagi, 12 September lepas.

Dia juga didakwa melakukan seks oral dan merompak RM100 daripada mangsa pada tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan merogol dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C bagi pertuduhan seks oral, yang kedua-duanya, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat.

Bagi pertuduhan merompak, dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun, denda dan sebat.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon hukuman yang lebih berat dengan mengambil kira elemen kekerasan digunakan tertuduh terhadap mangsa serta faktor kepentingan awam.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan kerana dia perlu menanggung isteri dan dua anak yang berumur tujuh dan sembilan tahun serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Sementara itu, mangsa yang turut hadir dalam prosiding hari ini untuk memberi keterangan impak mangsa memberitahu mahkamah bahawa dia berasa sangat tertekan dan hampir mahu membunuh diri kerana insiden itu.

“Saya tidak boleh berjalan di luar seperti biasa. Saya perlu menjalani rawatan perubatan dan psikologi kerana kejadian ini.

“Saya tidak boleh tidur kerana apabila saya bersendirian saya akan teringat apa yang dia lakukan terhadap saya. Saya juga terpaksa mengambil pil tidur,” katanya yang mengambil cuti sakit selama tiga bulan. – 7/1/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH