Pelancong Poland Disembur Dadah dan Dirogol di India
Sekadar hiasan. |
[HM] New Delhi: Seorang wanita Poland menjadi mangsa rogol terbaru membabitkan pelancong ketika menjelajah India, semalam.
Jurucakap polis Rajan Bhagat berkata, kejadian berlaku ketika wanita berusia 33 tahun itu menaiki teksi bersama anaknya dari kediaman mereka di Mathura, Khamis lalu, sebelum dirogol pemandu teksi terbabit.
Katanya, anak mangsa berusia dua tahun. Difahamkan, pemandu itu memberi mangsa dadah ketika mereka menempuh perjalanan sejauh 150 kilometer berkenaan.
Pemandu teksi terbabit dipercayai melakukan serangan seksual sebaik saja mangsa tidak sedarkan diri.
Bhagat berkata, selepas tersedar beberapa jam kemudian wanita itu mendapati dirinya berada di luar sebuah stesen kereta api di New Delhi manakala anaknya menangis di sisinya.
“Kes masih disiasat namun setakat ini nampaknya walaupun wanita itu menaiki teksi berkenaan secara sukarela, dia kemudian diberi dadah dipercayai disembur ke mukanya menyebabkannya pengsan,” katanya. - 6/1/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.