[PANAS] FB Najib Dibanjiri Komen Kangkung
[MK] Laman facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini dilanda dengan begitu banyak komen video yang membicarakan topik 'kangkung'.
Dalam status terkini dalam profail facebook beliau yang berkaitan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang dimuat naik 14 Januari lalu, telah diserang dengan video parodi kangkung.
Sebanyak 1,556 komen dimuat naik sehingga pagi ini, kebanyakannya video parodi menyindir tindakan beliau yang didakwa begitu 'bangga' dapat menurunkan harga pasaran kangkung sehingga dirasakan dapat meringankan beban rakyat.
Antara komen yang begitu ketara menyindir Najib Razak adalah video 'New lenggang kangkung remix ft Najib' yang mana memaparkan klip video Najib berkaraoke dan menari tarian tradisional dalam sebuah majlis rasmi telah diubah dengan mengarapkan beberapa kesan grafik serta berlatarkan lagu Lenggang-lenggang kangkung.
Selain itu, sebuah lagi video 'Kangkung Remix ft Najib' yang dimuat naik dengan video kangkung digabungkan dengan video ucapan Najib dipercayai ketika membahaskan ucapan penurunan harga kangkung.
Selain video parodi, beberapa keping gambar turut menyatakan sindiran rakyat terhadap Najib begitu juga komen-komen yang membahaskan tentang kangkung.
Bagaimanapun, melalui profail Najib terpapar terlalu banyak komen sebegitu sinis menyindir tindakan beliau, telah dimuat naik dalam dua lagi status sebelum itu. - 16/1/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.