Isteri Muda 19 Tahun Diculik Empat Remaja Belasan Tahun
[Bernama] JOHOR BAHRU: Seorang isteri muda dapat diselamatkan polis selepas 16 jam diculik empat lelaki dari rumahnya di Bandar Selesa Jaya, Nusajaya di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamed berkata wanita berusia 19 tahun itu, yang juga isteri kedua seorang lelaki berusia 24 tahun, diculik suspek yang bersenjatakan besi dan kayu.
Beliau berkata suami mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada kira-kira 1 pagi Selasa.
"Semasa kejadian, lelaki itu bersama-sama isteri pertamanya berusia 24 tahun dengan tiga anak mereka, isteri keduanya dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di dalam rumah sebelum didatangi empat lelaki yang dikenali," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya suspek kemudian memukul ibu lelaki itu sebelum melarikan isteri keduanya dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona.
Bertindak atas laporan itu, polis melakukan serbuan di beberapa rumah di sekitar kawasan Bandar Selesa Jaya pada 4.45 petang hari sama dan menahan keempat-empat suspek berumur antara 14 dan 17 tahun sebelum menemui semula mangsa dalam keadaan selamat.
"Kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap suami mangsa yang dikatakan mengambil barangan milik suspek...kerana itu, mereka membalas dendam dengan melarikan isterinya," katanya.
Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda. - 17/1/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.