Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 7 Januari 2014

'Blogger' Seks, Alvin Tan Cerita Pengalaman di Penjara, Termasuk Fasal....




[mSTAR] PETALING JAYA: Dalam e-book 'Sex, Pork and Persecution' (Seks, Daging Babi dan Penganiayaan), Alvin Tan berkongsi kecekalannya ketika ditempatkan selama satu minggu di penjara Sungai Buloh.

'Personaliti YouTube' berusia 25 tahun itu yang lebih dikenali sebagai ‘blogger’ seks duo Alvivi (gabungan nama pasangannya Vivian Lee, 24) telah dimasukkan ke penjara selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka selepas dinafikan ikat jamin pada Julai tahun lepas.

Walaupun terdapat nada lucu dalam penceritaan kisahnya bertajuk 'Wonder What It's Like In A Malaysia Jail?, Alvin mengaku berasa takut dengan layanan daripada beberapa penghuni penjara.

"Adakah saya akan dijadikan keldai? Adakah saya akan diliwat? Adakah saya akan dibunuh dalam tidur saya?," dia menulis dalam memoir 276 muka surat.

Pengedar dadah dan samseng adalah antara tahanan yang bersama-sama dengan Alvin dalam kurungan, di mana dia hanya berseluar dalam dan diberikan beberapa kelengkapan peribadi.

"Tidak ada seragam penjara, tidak ada pakaian, tidak ada perabot, tidak ada katil, tidak ada tilam dan hanya selimut pada waktu malam. Yup, kami hanya memakai seluar dalam ketika dalam sel setiap masa. Kami tidur di atas lantai konkrit yang keras dan sejuk setiap malam," katanya.

Penulis blog seks awam 'Sumptuous Erotica’ yang kini dianggap tidak wujud lagi ini juga menerangkan rasa malunya secara jelas dan terperinci.

Dengan nombor banduan 31303963, dia telah diarahkan berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama 20 kali: "Pengawal mengejek saya kerana menerbitkan pornografi amatur selepas melihat kemaluan saya yang didakwa kecil."



Alvin tidak menyalahkan pengawal kerana menganggap pengawal tersebut tidak mempunyai "keistimewaan melihat versi 6 inci", tetapi mempersoalkan kegemaran mereka untuk mengenakan hukuman bogel.

"Persoalan yang benar-benar serius ialah mengenai daya tarikan luar biasa mereka dengan kemaluan saya," katanya.

Alvin kemudiannya menggambarkan kekaguman heteroseksual sendiri terhadap kemaluan banduan Nigeria dan dikatakan "kemaluan lelaki paling indah" yang pernah dilihat.

Bagaimanapun Alvin mendapati bahawa kualiti makanan penjara melepasi kualiti makanan biasanya ketika tinggal berseorangan.

"Saya benar-benar kagum mengenai hidangan makanan seimbang: terdapat sekurang-kurangnya satu hidangan daging, sayur-sayuran, buah-buahan satu, kuah, dan nasi yang banyak," katanya.

Di dewan kediaman, penghuni boleh membeli makanan ringan dari pasar raya penjara menggunakan kupon yang dibeli ahli keluarga untuk mereka dari luar.

Tetapi bagi mereka di dalam kurungan, makan tiga kali sehari dan tiada makanan ringan adalah perkara biasa.

Berkaitan posting Ramadan di Facebook, dia juga memperoleh nama samaran yang pelik daripada pengawal semasa tinggal dalam penjara.

Pemeriksaan rutin termasuklah melaungkan "Hei, Bak Kut Teh!", yang merupakan isyarat supaya dia meninggalkan segala-gala yang sedang dilakukan dan berdiri di pintu untuk menunjukkan kepada mereka bahawa dia tidak membunuh diri.

Dia juga berasa bosan apabila tidak diberi akses kepada akhbar, tetapi dibenarkan untuk membaca buku-buku semasa menunggu untuk dibebaskan.

Penghuni-penghuni lain memilih untuk melakukan senaman, berjalan-jalan, dan menyanyikan lagu-lagu Kantonis dan seorang banduan juga mengaku menggemari hasil-hasil lucah yang dilakukannya.

Kekurangan aktiviti menyebabkan dia melompat kegembiraan setiap kali menerima pelawat, tidak kira siapa pun mereka.

Ini termasuk pengawal yang singgah di selnya untuk mengugutnya dan pengunjung mesra seperti ahli keluarga dan pegawai-pegawai dari Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).

Mengenai Vivian, yang berada satu minggu di Penjara Wanita Kajang, Alvin menyifatkannya sebagai "sangat bernafsu" apabila mereka bersatu semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Dia juga teruja apabila teringatkan pasangannya di penjara yang kecewa dari segi seksual kerana tiada penghuni lelaki.

"Saya berfantasi dihantar ke penjara wanita untuk menawarkan khidmat seks kepada penghuni penjara dan memastikan mereka berpuas hati dengan khidmat seks saya. Ia hanya satu impian pada masa ini, tetapi ia akan menghasilkan satu skrip lucah yang baik pastinya." - MICHELLE TAM - 7/1/14


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH