Pelajar Dirogol Tiga Kenalan
Sekadar hiasan. |
[SH] KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.
Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.
“Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa.
“Perlakuan kedua lelaki itu tidak berhenti di situ, malah membawa mangsa ke rumah kawan mereka yang tinggal berdekatan dan di rumah itu mereka bertindak merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah bilik di rumah terbabit,” katanya kepada media di sini.
Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.
“Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.
“Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur. - 25/1/14
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.