Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Petronas. Papar semua catatan

,

Ahad, 26 Januari 2014

Duit Petronas: Anwar guna RM3billion, Najib guna RM70 billion, Pak Lah...



[FMT] SEREMBAN: Tokoh muda PKR, Rafizi Ramli mendakwa dedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991 hingga 1998 hanya menggunakan RM3 bilion duit Petronas setiap tahun untuk perbelanjaan kerajaan.

“Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan sebelum dia kena dipecat pada tahun 1998, tiap-tiap tahun Anwar hanya ambil duit Petronas RM3 blion sahaja untuk perbelanjaan kerajaan.

“Tetapi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (dalam tempoh menjadi Perdana Menteri) menggunakan RM237 billion dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan).

“Sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak 2009, tiap-tiap tahun kerajaan Barisan Nasional ambil RM70 billion setahun dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan),” jelas Rafizi yang juga ahli parliman Pandan.

Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata jika kerajaan kata tidak ada wang itu tidak betul kerana pendapatan negara lebih dari mencukupi.

“Minyak itu hasil rakyat, milik rakyat. Kamu boleh ambil untuk kamu bermewah dengan macam-macam projek kamu buat. Tapi untuk bagi 20sen, 30 sen satu liter (minyak) kepada rakyat, kamu berkira besar.

“Sebab itu kalau dia (kerajaan) kata tak ada wang, itu tidak betul, kerana jumlah wang yang dikutip daripada cukai rakyat cukup tinggi, jumlah wang yang diperah dari Petronas cukup tinggi.

“Soal kewangan pendapatan (negara) tidak cukup itu tidak betul,” katanya di hadapan lebih 500 orang diceramah penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan kerajaan anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.

Bajet 4B

Dalam ceramah yang bertajuk ‘GST mencekik rakyat’ itu, Bekas Pengurus Bank Negara dan Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakop pula menyifatkan bajet kerajaan umumnya adalah Bajet 4B.

“Saya panggil bajet kerajaan sebagai Bajet 4B sebab boros, bazir, bocor dan berhutang.

“Perbelanjaan lebih kurang RM264 bilion tetapi pendapatan negara sekitar RM224 bilion. Maka defisit setiap tahun ialah RM40 bilion.

“Dah 16 tahun negara alami defisit. Dah 16 tahun belanja lebih dari hasil. Dia (kerajaan) beritahu kita hutang negara ketika ini RM500 bilion.

Itu pun dah besar.

“Yang sebenarnya hutang negara dianggarkan dah mencecah RM600 bilion.

“Yang GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pinjam, yang kerajaan tanggung jaminan dia, tak terkira dalam hutang negara.
“Saya jangka pada tahun 2020, hutang negara mungkin akan mencecah RM1 trilion,” kata Dr Rosli.

Dua jabatan digaji tapi fungsi sama

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (DAP) pula mempertikaikan bagaimana kerajaan boros dengan menggajikan dua jabatan kerajaan untuk membuat kerja yang sama.

“Malam ini kita ada kawan-kawan dari cawangan khas (Polis DiRaja Malaysia). Kalau ada ceramah memang ada cawangan khas. Cawangan khas ini biasalah, kawan baik kita. Tetapi ada satu lagi jabatan yang membuat kerja yang sama iaitu Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas).

“Kenapa kerajaan membayar gaji kepada dua jabatan sedangkan dua pasukan ini membuat kerja yang sama, iaitu menyalurkan infomasi tentang aktiviti Pakatan Rakyat kepada kerajaan.

“Di Negeri Sembilan contohnya ada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan ada 36 pegawai Jasa. Saya lebih rela menaikkan gaji kawan-kawan cawangan dan polis daripada menggunakan dua jabatan yang membuat kerja yang sama,” ujar Teo.

Turut hadir dan berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. - Zefry Dahalan/25/1/14



, ,

Selasa, 19 November 2013

Program Pembangunan Vendor Petronas: Dahulu 77, Kini Tinggal 11 Syarikat Bumiputera


[HD] KUALA LUMPUR: Daripada 77 syarikat bumiputera bertaraf Program Pembangunan Vendor (VDP) yang dilantik, kini cuma tinggal 11 sahaja apabila pengurusan Petronas menutup sebelah mata penghapusan secara sistematik program itu yang kononnya terpaksa dilakukan akibat kegagalan beberapa syarikat serta aktiviti monopoli dan rasuah. 

“Tetapi agak menghairankan apabila monopoli masih dibiarkan berlaku di luar program VDP,” dakwa Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dalam satu kenyataan. 

Menurut kenyataan itu, lebih memburukkan keadaan apabila syarikat asing diberi ‘lampu hijau’ 70% untuk menguasai sesebuah kontrak dengan mengguna-pakai perjanjian usahasama yang tidak saksama dan tidak menguntungkan syarikat tempatan.

Yang berikut ialah penuh kenyataan MTEM.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengucapkan syabas kepada Petronas yang telah begitu bermurah hati menganugerahkan kontrak sebesar RM10 billion kepada enam syarikat ‘tempatan’ selama 5 tahun bagi projek ‘Pan Malaysia Integrated Offshore HUC/TMM’ baru-baru ini. Sesungguhnya ia merupakan satu rekod diluar kebiasaan berdasarkan tempoh serta nilai kontrak yang diwar-warkan. 

MTEM tidak berminat untuk mempersoalkan kelayakan mahupun status keMelayuan yang ada pada syarikat-syarikat yang telah dilantik oleh Petronas. Walaubagaimanapun, sekiranya dibandingkan jumlah tersebut dengan bajet perbelanjaan sebanyak RM200 billion Petronas, peruntukan RM10 billion cuma sekitar 5% sahaja. 

Jika dibandingkan pula dengan amanat YAB Perdana Menteri yang mahu Petronas memperuntukkan sebanyak RM100 billion untuk Program Pembangunan Vendor (VDP) bagi 22 skop kerja melalui agenda pemerkasaan Bumiputera, sudah tentulah jumlah RM10 billion menjadi kecil sekali. 

Jika agenda Pemerkasaan Bumiputera dijadikan ukuran, maka tugas Presiden dan CEO Petronas pasti sukar sekali. Program VDP bukan sahaja wajib diperkuatkan, bahkan mesti dijadikan penunjuk prestasi utama (KPI) kepada keberkesanan pentadbiran seorang Ketua Pegawai Eksekutif. 

Semenjak mengambil alih teraju Petronas, beliau nampaknya kurang berkesan dalam memperkasakan usahawan Melayu di Petronas. 

Dakwaan ini ada asasnya. Sebagai contoh, dalam rantaian kerja ‘Exploration & Production (E&P)’ skop untuk kerja-kerja upstream seperti Drilling & Completion, Seismic Monitoring dan sebagainya masih dimonopoli syarikat asing; manakala kerja-kerja Pembangunan seperti Engineering, Design & Construction (termasuklah skop kerja Hook Up Commissioning & Topside Major Maintenance yang baru dianugerahkan Petronas) yang dahulunya banyak diberi kepada syarikat Bumiputera kini dikuasai syarikat tertentu sahaja. Lebih memburukkan keadaan apabila Petronas mewajibkan usahasama dengan syarikat asing. 

Akibatnya, syarikat-syarikat Melayu yang dahulunya begitu berjaya, tiba-tiba terkeluar daripada senarai pendek Petronas. 

Petronas juga dilihat sukar untuk mengiktiraf kepakaran tempatan. Sebagai contoh, khidmat ‘chemical fluid for deepwater drilling’ bernilai RM700 juta boleh diberi kepada dua buah syarikat asing; tetapi khidmat ‘chemical fluid for shallow water drilling’ yang bernilai RM1.6 bilion hanya diberi kepada sebuah syarikat tempatan, sedangkan masih ada beberapa syarikat Bumiputera lain yang mampu melaksanakannya. 

Bahkan dilaporkan ada syarikat Bumiputera yang telah membina kilang kimia mereka di Gebeng, Kuantan dengan mendapat pinjaman bank tetapi hampir ‘gulung tikar’ apabila peluang mereka dinafikan Petronas. 

Hakikatnya, daripada 77 syarikat bertaraf VDP yang dilantik kini cuma tinggal 11 sahaja apabila pengurusan Petronas menutup sebelah mata penghapusan secara sistematik program VDP yang kononnya terpaksa dilakukan akibat kegagalan beberapa syarikat serta aktiviti monopoli dan rasuah. Tetapi agak menghairankan apabila monopoli masih dibiarkan berlaku di luar program VDP. 

Lebih memburukkan keadaan apabila syarikat asing diberi ‘lampu hijau’ 70% untuk menguasai sesebuah kontrak dengan mengguna-pakai perjanjian usahasama yang tidak saksama dan tidak menguntungkan syarikat tempatan.

MTEM percaya bahawa masih terlalu banyak ruang untuk kontraktor dan pembekal Bumiputera memainkan peranannya di Petronas. 

Program VDP sebagai contoh perlu diperkuatkan dan bukan disempitkan, manakala tempoh perlaksanaannya dilanjutkan daripada 5 tahun kepada sekurang-kurangnya 10 tahun. 

Ini bagi memberi peluang kepada sesebuah syarikat melaksanakan modul perniagaan yang berkesan dan menyeluruh, merangkumi aspek pelaburan, pembangunan dan latihan. 

Petronas juga tidak perlu takut untuk melaksanakan ‘carve-out’ suatu kaedah pembahagian kontrak yang terbukti berjaya dilaksanakan untuk projek KV MRT contohnya. 

MTEM berharap agar Petronas lebih ikhlas dan lebih yakin kepada kemampuan usahawan dan kontraktor Minyak & Gas tempatan; terutama dalam melaksanakan kerja-kerja yang jauh lebih teknikal dan rumit. 

Hal ini telah dibuktikan melalui kejayaan beberapa syarikat Bumiputera mendapat pengiktirafan antarabangsa setelah menyiapkan projek-projek upstream bersama syarikat minyak asing di Malaysia dan di luar negara. 

Mereka dihormati kerana kualiti kerja yang bermutu dan efisien serta tawaran harga yang kompetitif. Malang sekali apabila mereka sering dianaktirikan apabila berurusniaga di Malaysia. 

MTEM berpendapat bahawa polisi baru yang sedang direncanakan oleh Petronas harus dirombak semula agar kembali mengutamakan tenaga serta kepakaran anak watan. 

Usahasama dengan syarikat asing, sekiranya perlu mestilah mengutamakan kebajikan syarikat tempatan disamping memastikan berlakunya proses pertukaran teknologi dan ilmu. 

Akhir sekali, penglibatan vendor Melayu dan Bumiputera dalam melaksanakan kerja-kerja di Petronas harus digandakan agar mampu mencapai agenda pemerkasaan Bumiputera serta Wawasan 2020 sebagaimana yang diimpikan oleh pemimpin negara dulu dan sekarang. - 19/11/13


P/s Hidup Melayu, hidup UMNO!!!!



, , ,

Jumaat, 18 Oktober 2013

RM1.08 Bilion Duit Petronas Lebur Selamatkan Syarikat Swasta - Zairil Khir Johari



[RK] KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER: Sebanyak RM1.08 bilion wang syarikat milik negara Petronas digunakan untuk menampung kerugian sebuah hospital mewah swasta, Prince Court Medical Centre (PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008.

Lebih mendukacitakan, pembinaan hospital bernilai RM544 juta yang juga turut ditanggung Petronas tidak pernah mengalami keuntungan dan yang menyukarkan keadaan, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen boleh mendapat akses kepada status kewangan menyeluruh Petronas melainkan Perdana Menteri kerana tertakluk pada Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Benhdera Zairil Khir Johari, pada tahun 2008 PCMC mengalami kerugian RM111 juta, RM192 juta kerugian pada tahun 2009 dan RM450 juta kerugian pula pada tahun 2010.

“Hingga tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah kerugian yang dicatatkan hospital mewah swasta yang ditanggung Petronas itu ialah RM1.08 bilion.

“Adakah wajar wang negara, wang rakyat digunakan untuk menampung kerugian syarikat swasta?” soalnya.

Menimbulkan persoalan, Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan prestasi yang ditunjukkan PCMC jauh berbeza dengan hospital-hospital swasta yang lain.

“Mengikut Laporan Kewangan IHH Healthcare 2012, Parkway Pantai yang mempunyai rangkaian hospital swasta di malaysia dan Singapura mencatat perolehan RM4.75 bilion dalam tahun 2012 manakala RM818 juta keuntungan,” dedah Zairil.

Dalam hal ini tegasnya, Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam aktiviti perniagaan di luar bidang seperti hartanah dan kesihatan dan sepatutnya memberi tumpuan kepada industri petroleum dan gas sepertimana yang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat petroleum yang lain.

“Apa yang berlaku ini mewujudkan satu keperluan mendesak agar hal ehwal kewangan Petronas diawasi memandangkan ia merupakan syarikat pengeluar minyak negara,” jelas Zairil. – 18/10/13



, ,

Rabu, 8 Jun 2011

Petronas Untung RM241 bilion, IPP Ratah RM22 Bilion, Rakyat Terima Kenaikan Minyak. Elektrik


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

P/s: Konsep negara berkebajikan versi UMCO

, , ,

Jumaat, 25 Disember 2009

Ke Manakah RM270 BILION Dibelanjakan Oleh Tun Abdullah dalam Masa 5 TAHUN?

Kali ini Tun Dr. Mahathir Mohammad berbicara tentang tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh beberapa individu termasuklah Barry Wain. Memang benar seperti dikatakan olehnya bahawa beliau berhak diberi peluang membela dirinya dan ruang untuk membersihkan namanya. Oleh itu beliau meminta kerajaan menubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat sama ada tuduhan yang dilemparkan oleh Barry Wain itu benar atau hanya anggapan dan fitnah semata-mata. Saya tidak mahu memberikan komen tentang hal itu. Biarlah kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat hal itu. Kemudian, kita lihat "siapa yang kena?".

Yang menarik perhatian saya ialah Tun M juga mahu Suruhanjaya Diraja itu turut menyiasat Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku PM selepas era pemerintahannya. Saya juga ingin tahu tentang perbelanjaan wang sebanyak RM270 bilion hasil daripada Petronas oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selama lima tahun beliau memegang takhta di Putrajaya. Ke mana duit sebanyak itu dibelanjakan? Sedangkan menurut Tun M, selama 22 tahun memerintah Malaysia, kerajaannya hanya menerima RM126 bilion duit Petronas yang menurutnya digunakan untuk "Penang Bridge, Twin Towers, KL Tower, KL International Airport, North Port and West Port in Klang, commuter train, LRT and monorail, numerous expressways all over the country, electrification and double tracking, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi development, Proton, Modenas, Silterra chip manufacturing plant, cement plants etc. etc ".


Jadi, timbul pula persoalan yang menarik, iaitu ke manakah duit sebanyak RM270 bilion itu dibelanjakan oleh Tun Abdullah kerana menurut Tun M, hanya ada beberapa koridor kosong di merata-rata tempat selain mempersoalkan keperluan negara meminjam duit daripada China untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang sedangkan kerajaan sepatutnya mempunyai duit yang begitu banyak. RM270 BILION!!!!


Tun M:............
8. Altogether I don't think the amount lost added up to RM10 billion even. If we had lost 100 billion Ringgit the Government would be in deep trouble. But although we did have poor growth during certain years, the Government had never failed to meet all financial commitments including the servicing of loans. In fact we had enough money to prepay loans. The projects of course cost a lot of money. But the projects can be seen by the people. Penang Bridge, Twin Towers, KL Tower, KL International Airport, North Port and West Port in Klang, commuter train, LRT and monorail, numerous expressways all over the country, electrification and double tracking, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi development, Proton, Modenas, Silterra chip manufacturing plant, cement plants etc. etc. However, I don't think Barry Wain was referring to these projects when he said I burnt RM100million of Government money.

9. The five years of Tun Abdullah's regime saw unprecedented profits by Petronas due to the high price of oil.
In my 22 years Petronas paid to the Government 126 billion Ringgit. Petronas paid to the Government of Tun Abdullah a total of 270 billion Ringgit in five years.

10. How was this huge sum spent? There are only empty corridors everywhere.

11. The public has a right to know how 270 billion Ringgit in five years have been spent. What projects have been financed by it. Why do we have to borrow money from China to build the second Penang Bridge?

12. I know every effort was made to find whether I had misused Government money. Failing to find anything the Abdullah Government set up a Royal Commission and accused me of being influenced by others in the choice of judges.

13. I have a right to clear my name. Tun Abdullah also has a right to clear his name.

14. The Government should cooperate and open all its books. There should be no cover-up. The Government is committed to transparency. It should demonstrate that it keeps its promises.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH