Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label IPP. Papar semua catatan

, , , ,

Isnin, 26 Mei 2014

Bekas CEO TNB Dedah ‘Black out’ 1992 Rancangan Kerajaan Wujud IPP




[Selangorku] KUALA LUMPUR 22 MEI: Insiden ‘Black Out’ yang berlaku di seluruh negara pada 1992 adalah perancangan yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope mendedahkan perkara itu dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat.

Buku itu menceritakan permulaan IPP, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

“Tetapi, kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini berkenaan apa yang berlaku pada tahun 1992 dipetik Keadilan Daily.


Katanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Ani berkata, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit, selepas peristiwa itu,

Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.


“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu.

Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.

Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994.

TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat. 


, , ,

Jumaat, 4 April 2014

Subsidi IPP 'Berdosa', Tidak Dapat Dimaafkan - Ku Li


[MK] Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima.

"Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain.

"Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li itu mengulas pemberian subsidi petroleum oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak mampu untuk membeli bahan bakar itu pada harga pasaran yang sebenar.

Bekas pengerusi Petronas merangkap MP Gua Musang itu turut mengkritik cara kerajaan menguruskan pendapatan badan korporat nasional tersebut.

Memetik statistik daripada buku yang dilancarkannya, Tengku Razaleigh berkata hampir separuh trilion yang telah disumbangkan syarikat itu sejak tahun 1974 sehingga 2011 sepatutnya dimanfaatkan untuk menubuhkan tabung khas program pencen nasional seperti dilakukan sesetengah negara Scandinavia.

Namun beliau kesal apabila sebahagian daripada wang itu sebaliknya digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Bank Bumiputra sebanyak dua kali pada tahun 1985 dan 1991 melibatkan wang sebanyak RM3.5 bilion.

Tambahnya, Petronas juga digunakan untuk menjamin pembinaan Menara Berkembar Petronas sebanyak RM6 bilion dan membina Putrajaya sebanyak RM22 bilion.

"Tindakan bermewah-mewah yang dipaksa ke atas Petronas ini menafikan syarikat ini daripada mengumpul rizab tunai untuk pelaburan semula bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

"Adalah penting buat Petronas untuk melihat ke hadapan dalam meneroka pelaburan dalam perniagaan selain minyak dan gas apabila mengambil kira sifat hidrokarbon sebagai sumber yang terhad," katanya.

Namun kini, Petronas digunakan sebagai tabung kecemasan oleh kerajaan apabila ia terdesak memerlukan wang, kata Ku Li lagi. -Ahmad Fadli KC/ 4/4/14


Berkaitan:

'Budaya untung atas angin daripada DEB'

[MK] Naungan politik yang menggalakkan amalan mengambil untung atas angin dalam perniagaan, berpunca daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang bercanggah dengan falsafah asalnya yang adil dan mulia.

Demikian hujah bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu kota semalam.

Menurutnya, amalan untung atas angin merujuk kepada cara mudah membuat duit melalui hubungan politik, tanpa perlu terlibat secara sihat dalam persaingan terbuka.

"Walaupun ia kedengaran seperti mahu menuding jari mencari salah dan pahit ditelan, jawapannya terletak pada DEB, atau lebih tepatnya pada DEB yang tersasar dalam pelaksanaannya.

"Jangan silap tentang DEB; falsafah dan idea di sebalik program kejuruteraan sosial ini adalah adil dan mulia.

"Namun, pelaksanaannya menjadi cacamarba dan salah kerana amalan naungan yang menjurus pertamanya, kepada kronisme dan untung atas angin yang kita sebutkan.

"Hasilnya, matlamat yang ditetapkan oleh pembuat polisi gagal dicapai dalam rangka masa yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li seterusnya berkata, amalan itu pada asalnya bertujuan mengupayakan segelintir mereka yang terpilih untuk berjaya sebagai usahawan dan pemilik ekuiti.

Kekayaan daripada golongan tersebut sepatutnya berkembang dan dapat dinikmati orang ramai, katanya lagi.

"Rancangan itu sepatutnya mewujudkan kesan pengganda yang akan sampai ke bawah untuk memanfaatkan masyarakat secara kewangan.

"(Sayangnya) rancangan itu gagal," kata Ku Li kerana ia menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. - Ahmad Fadli KC/ 4/4/14


, , , ,

Jumaat, 28 September 2012

Kerajaan BN Beli 2 IPP Buruk Lebih RM10 Bilion Guna Duit Rakyat, Menteri Kata "not really our great concern'


Sekadar hiasan.

[HD] KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertanggungjawan kerana menyifatkan perbelanjaan besar membeli penjana kuasa bebas (IPP) buruk sebagai perkara tidak penting, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Baru-baru ini, melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan membeli dua IPP buruk dari dua syarikat kroninya, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd dengan harga masing-masing RM8.5 bilion dan RM2.55 bilion.

Apabila perkara itu dibangkitkan kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui, beliau menyifatkan perkara itu tidak penting kepadanya.

"Sangat tidak bertanggungjawab dan jenis apa ini? Berbilion ringgit wang rakyat digasak untuk membeli IPP buruk itu, tiba-tiba menteri itu kata 'not really our great concern' atau tidak begitu penting bagi mereka," katanya.

Salahuddin menyifatkan sikap itu sekali lagi membuktikan bahawa Umno dan BN sangat berbahaya kepada negara ini.

"Berbilion ringgit duit rakyat dihabiskan untuk membeli barang buruk yang mengalami susut nilai yang teruk dan menanti masa untuk digantikan, itu tidak penting bagi kerajaan BN.

"Nampak benar kerajaan BN adalah 'no concern government' yang tidak mempedulikan kepentingan rakyat," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Bagi Salahuddin, penyelenggaraan barang buruk itu meningkatkan lagi kos dan kemungkinan yang paling besar ialah kenauikan tarif elektrik.

"Kita tidak mahu tarif elektrik dinaikkan apabila TNB dipaksa membeli bekalan mahal dari penjana-penjana buruk itu," katanya.

Beliau yakin, selepas 15 tahun, penjana-penjana buruk itu tidak lagi ekonomik dan kerajaan sengaja menganiaya rakyat dengan membeli barangan buruk itu.

"Selepas 15 tahun, pemilik asal sudah membuat untung menggunung tinggi. Maklumlah, TNB dipaksa membeli dalam perjanjian yang berat sebelah.

"Sekarang, jual kepada 1MDB pula, untung lagi Yang pasti akan menanggung kerugian ialah rakyat yang menjadi pengguna dan penanggung beban apabila wang mereka dibelanjakan untuk perkara tersebut," katanya.

Salahuddin juga menjangkakan, 1MDB mungkin terpaksa menggantikan dengan yang baru selepas mengambil alih.

"Akhirnya, 1MDB hanya membeli status penyenaraian semata-mata dengan harga berbilion ringgit wang rakyat," katanya.

Beliau juga hairan mengapa 1MDB tidak memohon lesen IPP baru,.

"Kalau 1MDB mohon lesen IPP baru, 100 peratus milik kerajaan. Beli penjanakuasa baru dengan teknologi terkini dan lepas itu senaraikanlah," katanya.

Salahuddin juga menyifatkan kroni-kroni Umno BN yang memiliki IPP sebagai beban kepada rakyat.

"Ini semua antara beban kepada rakyat seperti projek kereta nasional yang merupakan industri yang menyusahkan rakyat," katanya.
 
 

, ,

Rabu, 8 Jun 2011

Petronas Untung RM241 bilion, IPP Ratah RM22 Bilion, Rakyat Terima Kenaikan Minyak. Elektrik


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ketika minyak petrol RON97 dinaikkan beberapa kali oleh kerajaan Umno-BN dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, Petronas dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produk dan jumlah daganganyang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan Petronas meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

P/s: Konsep negara berkebajikan versi UMCO

, ,

Sabtu, 4 Jun 2011

[WAJIB BACA] EPU Paksa TNB Beli Elektrik daripada IPP - Ani Arope

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik. The Malaysian Insider memetik Ani sebagai  berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,”
kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

“Dengan fasal ambil dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

“Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tidak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Langkah yang diambil pada era Tun M menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff.

“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.

P/s: Semuanya sudah terburai!

,

Isnin, 23 Mei 2011

Penjana Tenaga Bebas (IPP) Rugikan Kerajaan & Rakyat, Kayakan KRONI


Bagi sesiapa yang masih kabur tentang fungsi dan peranan IPP, sila baca artikel berita di bawah ini. Selain mengetahui fungsinya, anda juga akan mengetahui bagaimana syarikat ini dapat mengayakan kroni parti pemerintah.

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.

“Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.

“Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya,” ujarnya.

Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.

Idea tersebut yang dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.

Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.

“Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.

“Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.

“Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air,” ujarnya kepada Keadilandaily.com.

Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.

Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.

“Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.

“Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP,” ujarnya.

Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.

Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bilion diperuntukkan sebagai subsidi kepada syarikat berkenaan iaitu menyamai 65 peratus dari pendapatan TNB sendiri.

Dalam masa yang sama, Petronas pula memberikan subsidi gas kepada IPP dan TNB untuk menjana tenaga elektrik.

Kerajaan menerusi TNB terpaksa membeli tenaga elektrik dari IPP meskipun mempunyai 40 peratus kapasiti simpanan berjumlah 19,000 MW. Kos TNB adalah 25 hingga 30 peratus lebih murah berbanding IPP yang menikmati pulangan IRR 20 hingga 25 peratus.

IPP akan berakhir kontraknya berperingkat-peringkat pada penghujung 2014, 2015 dan 2017.

 P/s: Nampak betapa lahanatnya puak-puak ini "mentedarah" duit negara sehingga sanggup menggelarkan rakyat marhen sebagai penagih candu subsidi. Dalam diam, mereka dan kroni mereka menibai duit rakyat berbilion-bilion setahun!



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH