Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label bil utiliti naik. Papar semua catatan

,

Rabu, 21 Mei 2014

[PANAS] Tarif Elektrik Diramal Naik 39% Lagi 18 Bulan



[MK] Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meramalkan tarif elektrik akan naik lagi antara 24 hingga 39 peratus dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang.

Perkara itu akan berlaku apabila harga gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik akan berdasarkan harga pasaran pada 2016, kata preseden AWER S Piarapakaran (kanan).

Piarapakaran berkata, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan pada 2013 bahawa Peraturan Berdasarkan Peraturan (IBR) akan dicuba bermula 1 Januari tahun ini dan mekanisme baru pemotongan kos bahan api akan dilaksanaKAN.

“Kerajaan persekutuan juga maHu menaikkan has gas untuk penjanaan elektrik secara berkala untuk mencapai harga pasaran pada hujung 2015.

“Ini bermaksud, tarif elektrik akan disemak semula setiap enam bulan, jika kerajaan mengikut jadual yang dirancang,” katanya.

Justeru, berdasarkan kiraan AWER mengambil kira dua senario itu, kenaikan kos elektrik tidak dapat dielakkan.



Realitinya:

,

Jumaat, 21 Februari 2014

Tiba-tiba TNB Memberikan Tip Penggunaan Pendingin Hawa, Patutnya...


TNB Nasihat Pengguna Supaya Guna Pendingin Hawa secara Bijak

[AA] KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan pendingin hawa secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

“Pendingin hawa mewakili sebahagian besar penggunaan elektrik sebilangan pengguna kami,” kata Mohd Aminuddin dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau juga menyarankan para pengguna supaya mengamalkan tip-tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

- Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.

- Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.

- Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu pendingin hawa beroperasi pada tahap optimum.

- Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

- Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa pendingin hawa untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam pendingin hawa dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.

Selain itu, Mohd Aminuddin juga mengingatkan para pengguna agar menggantikan pendingin hawa yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

Katanya mereka yang ingin membeli pendingin hawa baharu dicadangankan supaya memilih pendingin hawa yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Katanya lagi pemilihan saiz dan jenis pendingin hawa yang tepat juga penting kerapa pendingin hawa yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor pendingin hawa perlu berputar dan berhenti berulang-ulang. - 21/2/14


P/s: Patutnya, GLC ini membatalkan kenaikan tarif elektrik baru-baru ini, bukannya menjadi pakar perunding produk elektrik kerana sebanyak mana pun tip diberikan bil elektrik pengguna masih tinggi. 

GLC ini mengumumkan di akhbar keuntungan berbilion-bilion RM, tetapi masih mahu menaikkan tarif untuk mengejar keuntungan yang lebih tinggi. Dalam masa yang sama, mereka cuba meredakan kemarahan rakyat dengan melakukan perkara di atas.

Alahai!!!!







,

Rabu, 1 Januari 2014

Tarif Elektrik di Malaysia dan Singapura Mulai Tahun 2014


P/s: Best mengundi BN?

Terima kasih pencacai BN!

,

Isnin, 2 Disember 2013

[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Sah, Kadar Elektrik NAIK 15% Mulai 1 Januari 2014


Kadar purata tarif elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari - Maximus

[BH] KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus, iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.

Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. 

Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj). 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi.

Ongkili berkata, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kwj dan ke bawah. -2/12/13


Tarif Elektrik Naik 15%

[MK] Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.

Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.

Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.

Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. - 2/12/13



P/s: Siapa kata kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan pengguna? Teori mana yang digunakan pakai apabila bil naik, harga barang naik, kenaikan itu  tidak akan membebankan pengguna? Siapa kata 70 peratus pengguna tidak akan "menikmati" kenaikan tarif elektrik? Berapa banyak rumah yang hanya ada lampu kalimantang dan TV 14 inci?

Selepas PRU13, rata-rata pengguna yang membayar bil elektrik sekitar RM80 sebulan terpaksa membayar "kenaikan" misteri bil elektrik sehingga mencecah RM120 sebulan. Bayangkanlah kalau bil elektrik rumah melebihi nilai RM80 sebelum PRU13.

Ada yang mendakwa peningkatan bil itu kerana penggunaan meter baharu. Bagaimana dengan rumah yang tidak menukar meter baharu namun bilnya turut meningkat? Misteri kenaikan bil elektrik selepas PRU13 ini masih belum terungkai.

Sekarang diumumkan pula kenaikan rasmi tarif elektrik mulai 1 Januari 2014. Sudah untung RM4610 juta pada tahun 2013, mereka masih lagi mahu "menibai" poket kosong rakyat!

Tahniah pengundi BN, anda undi, anda pun turut kena bayar kenaikan bil dan harga barang.


RUMAH SIAPA BIL ELEKTRIKNYA DI BAWAH RM20?



, ,

Jumaat, 22 November 2013

[PANAS] Tarif Elektrik DIJANGKA NAIIIIKKKKKKKKKKKK!!!!


Tarif Elektrik Dijangka Naik Selepas Putrajaya Struktur Semula Sektor Tenaga

[TMI] Penderitaan rakyat Malaysia berikutan kenaikan kos kehidupan akan bertambah parah terutama bagi yang tinggal di bandar besar.

Selepas pengurangan subsidi bahan api dan penghapusan subsidi gula baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan tarif elektrik pada tahun hadapan.

MyPower Corporation, sebuah agensi dengan pelbagai tujuan khas ditubuhkan untuk memacu industri bekalan tenaga elektrik di Malaysia berkata, mereka sudah menyempurnakan kajian ke atas beberapa aspek pembaharuan dalam industri, termasuk pelarasan tarif.

Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Abdul Razak Abdul Majid, berkata jika subsidi minyak dikurangkan secara beransur-ansur, maka kadar tarif adalah pada kira-kira 42 sen bagi setiap kilowatt jam (kwh), berbanding dengan kadar semasa subsidi 33.5 sen/kwh.

Abdul Razak berkata, kos penjanaan seunit pada masa ini adalah kira-kira 30.9 sen (kwh).

Berdasarkan unjuran MyPower , pengguna dijangka menerima peningkatan kira-kira 8.5 sen bagi setiap kilowatt, iaitu melibatkan kenaikan sebanyak 26%.

Abdul Razak berkata, beliau sudah mengemukakan dapatan ini kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Tenaga dan agensi lain yang berkaitan.

"Bagaimanapun, kadar tariff yang akan dikenakan terpulang kepada kerajaan," katanya dalam sesi penerangan kepada media semalam.

Sebagai tambahan subsidi, kerajaan tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang mempunyai bil RM20 dan kurang daripada itu.

Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM146 juta ke atas subsidi ini yang memberi manfaat kepada 1.1 juta isi rumah.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikan pada Jun 2011 apabila harga gas bersubsidi dinaikkan kepada RM13.70 bagi setiap juta metrik unit termal British (mmbtu) berbanding RM10.70 setiap mmbtu sebelumnya.

Putrajaya terpaksa menangung kos subsidi untuk sektor tenaga negara sekitar RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun, bergantung kepada harga bahan api semasa.

Di Malaysia, gas merupakan sumber utama bagi kegunaaan penjanaan elektrik iaitu sebanyak 50% manakala arang batu sebanyak 40% dan tenaga diperbaharui sebanyak 2% di Malaysia dan baki 8% adalah daripada kuasa hidro.

Gas kini dibekalkan oleh Petronas pada harga subsidi manakala arang batu diperolehi pada kadar harga pasaran semasa.

Kenaikan harga gas yang tinggi menyebabkan subsidi sukar diteruskan.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila syarikat elektrik negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terpaksa mengimport gas asli cecair (LNG), terutama dari Australia.

Abdul Razak berkata, di bawah mekanisme prinsip cadangan bahan api, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan dan sebarang perubahan (turun atau naik) bergantung kepada turun naik harga bahan api (gas, arang batu dan minyak) yang akan ditanggung oleh pengguna.

Kos bahan api melalui mekanisme ini adalah satu komponen yang signifikan di bawah cadangan kerangka tarif Insentif Berasaskan Peraturan.

Abdul Razak berkata, dengan kerangka Peraturan Berasaskan Insentif (IBR), rangkaian prestasi tahunan TNB yang melibatkan penghantaran dan pengedaran akan dinilai berdasarkan kejayaan pencapaian.

Tarif dan pulangan TNB akan diselaras berdasarkan kepada pencapaian sasaran prestasi.

Beliau berkata, bil elektrik TNB kepada pengguna juga akan disusun semula dengan lebih telus menunjukkan pecahan daripada segi kos, penjanaan, penghantaran dan pengagihan. – 21 November, 2013.


P/s: Beribu-ribu taniah!!!



, ,

Selasa, 20 Ogos 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Bil Elektrik Bakal NAIK!


TNB: Pelarasan Tarif Tak Beban Pengguna

[Bernama] Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan jika cadangan pelarasan kadar tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata malah pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

"Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna merupakan mereka yang bilnya di bawah 200 kwh iaitu di bawah RM70, dan mereka tidak akan mengalami kenaikan bagi memastikan mereka tidak terbeban.

"Bagaimanapun sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga berkata kadar pelarasan akan diputuskan oleh kerajaan berdasarkan input yang diberi oleh TNB.

"...banyak pertemuan telah dilakukan termasuk yang rasmi untuk membincangkan perkara itu.

"Namun kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan industri penggunaan eletrik," katanya.

Katanya sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan kenaikan harga bahan api, bukan untuk menambah keuntungan TNB.

"TNB neutral, kita tidak rugi apa-apa, seperti sekarang yang rugi adalah Petronas yang membekalkan Gas Asli Cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda," katanya.

Katanya ketika ini, Petronas menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 MMBtu, jauh lebih rendah berbanding harga pasaran RM40 MMBtu.

Terdahulu, pada majlis itu 130 anak yatim daripada kakitangan TNB menerima sumbangan RM50 seorang. Turut hadir Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.


P/s: Terima kasih pengundi BN. 




, ,

Ahad, 21 Julai 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] TNB Untung RM2 Bilion, Tetapi Bercadang Naik Tarif Elektrik


P/s: Terima kasih pengundi BN. Anda gembira, kami sengsara!

, ,

Isnin, 1 Julai 2013

Lelaki Sri Lanka Mati Tengok Bil Elektrik, Harap Tidak Terjadi di Malaysia

Sekadar hiasan.

Mati Terkejut Selepas Tengok Bil Elektrik

[HM] Colombo: Seorang lelaki diserang sakit jantung selepas melihat bil elektrik yang mengejutkan.

Mangsa berada di pejabat Lembaga Elektrik Sri lanka di Colombo kerana membantah kenaikan bil elektriknya secara mendadak.

Dia yang dimaklumkan bahawa kenaikan itu berpunca daripada peningkatan kenaikan tarif sejak bulan lalu diserang sakit jantung lalu rebah dan mati, lapor akhbar Ceylon Today.

Akhbar berkenaan tidak menyebut jumlah bil mangsa kecuali berkata, ia selaras dengan peningkatan tarif baru sebanyak 50 peratus.

Lelaki terbabit, SP Samaradasa rebah di atas kerusi, lapor akhbar berkenaan di muka depannya dengan tajuk ‘Tarif elektrik ragut mangsa pertama.’

“Punca kematian dikenal pasti sebagai serangan sakit jantung,” menurut akhbar itu. 

Samaradasa mati setibanya di hospital.

Sri Lanka menjadi antara negara paling mahal di Asia untuk elektrik dengan kos satu kilowatt sejam ditetapkan sebanyak 47 rupee (RM1.21).

Kira-kira dua pertiga tenaga elektrik diperoleh menerusi arang batu atau minyak sementara bakinya dari stesen tenaga hidro yang tidak boleh berfungsi ketika kemarau.

Pihak berkuasa elektrik negara itu berkata, ia akan mengalami kerugian RM2.25 juta tahun ini. 

Bagaimanapun, dengan kenaikan tarif dari Mei lalu akan mengurangkan unjuran kerugian kepada RM675 juta. - AFP



P/s: Seperti yang umum maklum, banyak rakyat Malaysia yang mengeluh dengan kenaikan bil elektrik terutamanya selepas PRU13. Hal ini menjadi perbualan hangat di laman sosial dan di warung kopi.





, ,

Isnin, 17 Jun 2013

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] 1Malaysia MENGELUH Bil Elektrik Naik Mendadak, Apa Alasan TNB?


Bagi orang yang prihatin akan jumlah bil utiliti bulanan, mereka tentu perasaan tentang peningkatan mendadak bil elektrik masing-masing. Kenaikan tersebut amat ketara sehingga menjejaskan bajet bulanan. Persoalannya, bilakah TNB mengumumkan kenaikan tarif elektrik? Rasa-rasanya selepas PRU, tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh TNB tentang kenaikan bil elektrik kecuali berita berkaitan dengan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan.

Hal kenaikan tarif ini heboh diperkatakan oleh orang ramai di ruang siber melalui laman forum dan laman sosial. Banyak pengguna mempersoal kenaikan mendadak tarif elektrik sehingga mencecah sekali ganda daripada bil yang lazim dikenakan kepada mereka. Misalnya, jika sebelum ini bil elektrik mereka sekitar RM80 sebulan, kini bil tersebut meningkat sehingga RM140-RM150 walaupun penggunaannya pada kadar yang hampir sama. Bayangkan jumlah baru bil elektrik bagi pengguna yang lazimnya sekitar RM200 atau RM300 sebulan. 

Apakah alasan TNB tentang kenaikan mendadak tarif elektrik? Berdasarkan rungutan pengguna yang disiarkan oleh BH, kenaikan tarif elektrik yang kini mengejutkan majoriti pengguna berpunca daripada blok penggunaan, iaitu A dan B yang ada kaitan dengan bilangan hari dan kenaikan bahan api. Persoalannya, mengapakah hal ini tidak dijelaskan kepada rakyat? Mengapakah kenaikan ini begitu terasa selepas PRU13? Adakah formula pengiraan baru tarif elektrik ini mendapat restu kerajaan BN?

Sebagai pengguna, kita berhak meminta TNB memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kenaikan mendadak tarif elektrik yang kini sedang membebani rakyat Malaysia.-DCM


P/s: Terima kasih pengundi BN. Kami yakin anda tidak mengeluh dengan kenaikan mendadak bil elektrik. Anda bahagia kami sengsara!!!



Khamis, 9 Mei 2013

[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Hadiah Pertama BN kepada Rakyat, Kenaikan Tarif Elektrik



[KD] KUALA LUMPUR 8 MEI: Kenaikan tarif elektrik merupakan hadiah terbesar BN kepada rakyat setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Beliau mengulas kenaikan caj tambahan sebanyak satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna dengan jumlah bil RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

Pengumuman kenaikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek, sehari sebelum PRU berlangsung Ahad lalu.

“Ini hadiah pertama BN kepada rakyat setelah menang pilihan raya. Selepas ini akan ada banyak lagi hadiah besar,” kata Azan ketika dihubungi.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini kerana BN mahu mengutip semula wang yang telah dilaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.

“Sebelum pilihan raya, pelbagai gula-gula termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia diberi. Sekarang masa untuk balas dendam dan mereka tak sabar-sabar nak kutip semula wang tersebut daripada rakyat,” kata Azan.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu juga tidak menolak kemungkinan tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana syarikat-syarikat kroni sudah melabur sebelum pilihan raya.

“Saya dapat banyak maklumat bahawa BN dapat pelaburan dari banyak syarikat sebelum pilihan raya. Setelah menang, syarikat terlibat tekan BN untuk mendapatkan pulangan,” jelas Azan.

Tambahnya, dalam tahun ini juga, beban rakyat akan bertambah kerana cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan turut dilaksanakan.

“Saya menjangkakan GST akan dikuatkuasakan tahun ini juga, selepas sidang Parlimen. Begitu juga harga barang, minyak dan tambang pengangkutan,” katanya.

“Ini adalah bukti semua pemberian BN sebelum pilihan raya hanya gula-gula, dan saya simpati kepada rakyat yang percaya janji-janji BN,” kata Azan lagi.

Laporan Sinar harian di sini.



P/s:  Caj tambahan satu peratus  dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan. Kononnya, caj ini merupakan sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011. Kalau kita dikejutkan dengan magik PRU13, kali ini kita dikejutkan pula dengan magik sumbangan. Sumbangan dibuat tanpa kerelaan rakyat!

Bagi pengundi BN,  anda semua boleh mendaftarkan nama untuk pengecualian daripada kenaikan tarif elektrik ini. Daftar nama pada siapa? Cuba tanya PM Najib Razak!

Bagi pengundi PR, takziah kerana terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik ini dan dalam masa yang sama pengusaha IPP meraih subsidi berbilion ringgit. Bagi rakyat marhaen, kenaikan ini sudah tentu membebankan dan meningkatkan kos sara hidup setiap bulan. 

Hujah pengundi BN, bukan semua rumah yang dikenakan caj tersebut. TM ingin bertanya, rumah siapa terutama di kawasan bandar bil elektriknya di bawah RM77? Rumah TM, walaupun tiada pendingin hawa, bil elektriknya melebihi RM80 sebulan. Bayangkan rumah yang memiliki satu atau lebih unit pendingin hawa! 

Tahniah dan takziah!


,

Rabu, 10 Oktober 2012

Apa Maksud Tarif Elektrik Kekal Sehingga Jun Tahun 2013?


Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan  
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (gambar).

Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

“Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini semalam.
P/s: Kalau ada yang masih tidak faham, masih memuji dan mengganggap BN prihatin dan bla bla, anda janganlah teruja sangat kerana selepas PRU 13 segala-galanya akan naik termasuk pelaksanaan GST untuk "cover up" kos bajet baru-baru ini dan terus mengayakan kroni.
 

, , ,

Selasa, 28 Jun 2011

Bil Utiliti Rumah Najib dan Muhyiddin Sebulan: Elektrik RM160 000, Air RM33 000



Kalau Najib dan Muhyiddin menyeru rakyat perlu berjimat, perlu menerima hakikat pengurangan subsidi kerana membebankan kerajaan, maka sekarang anda tahu apa yang perlu dilakukan. Pastikan orang ini tidak berkuasa lagi selepas PRU 13 nanti. Hal ini berikutan pendedahan kos pembiayaan rumah rasmi mereka sekitar RM49 juta dari tahun 2006-2010.

Dalam hal ini, pemimpin Pakatan Rakyat meminta kerajaan menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan, lapor MK.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud berkata, hal ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Mariah Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu kos penyelenggaran kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya.

Berdasarkan jawapan bertulis, sebanyak RM49 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. 

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. Sebanyak RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.


P/s: Dengan gaji yang ekstra lumayan dan kemudahan mewah yang lain, saya tidak menggalakkan anda membayangkan wang yang telah dihabiskan untuk "menyara" pemimpin UMCO sejak dahulu lagi.

Sakit hati!!! Anda diminta berjimat, subsidi minyak dan gula yang dikongsi bersama dengan 27 juta rakyat dipotong kerana mahu menjimatkan perbelanjaan negara, namun pada yang sama kerajaan menghabiskan wang puluhan juta ringgit untuk membiayai kos kediaman yang didiami oleh beberapa kerat manusia.




, , , ,

Sebanyak RM49 Juta Duit Rakyat Digunakan untuk Biayai Kos Kediaman Rasmi Najib dan Muhyiddin


Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, barang, dan kos sara hidup, kerajaan pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya lapor Keadilan Daily.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air, lapor Harakahdaily.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

“Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun,” katanya.

P/s: Bil elektrik RM10 juta dan bil air RM1.9 juta untuk 5 tahun, . GILAAAA!!!!


, ,

Sabtu, 4 Jun 2011

[WAJIB BACA] EPU Paksa TNB Beli Elektrik daripada IPP - Ani Arope

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik. The Malaysian Insider memetik Ani sebagai  berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.

“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,”
kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

“Dengan fasal ambil dan bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak  lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

“Bagus EPU — Unit Plundering Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.

Ani menimbulkan kegemparan pada 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan daripada jawatan pengerusi eksekutifnya kerana enggan menandatangani persetujuan tidak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Langkah yang diambil pada era Tun M menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff.

“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.

P/s: Semuanya sudah terburai!

,

Jumaat, 3 Jun 2011

Gaji CEO TNB RM1.8 Juta!


Semalam DCM ada menyiarkan salinan gambar dokumen yang memaparkan pendapatan tahunan CEO TNB yang berjumlah lebih RM1.1 juta. Dokumen yang ada saya paparkan di bawah ini  bertarikh 2007.
 
Hari ini KD mendedahkan gaji tahunan Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh pada tahun 2010 ialah sebanyak RM1.8 juta. Secara perbandingannya, gaji pokok Che Khalib Mohamad Noh meningkat dari RM600,000 pada 2009 kepada RM1.2 juta pada 2010. Justeru,  pendapatan tahunan Che Khalib tahun lalu adalah RM1.8 juta berbanding dengan RM1.4 juta pada tahun sebelumnya, lapor TMI. Jumlah itu jelas menunjukkan Melayu yang bernama Che Khalid ini menerima gaji yang terlalu besar ketika  rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus.

Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima pendapatan tahunan sekitar RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440 berbanding dengan gaji minimum pekerja TNB, iaitu sekitar RM750 sebulan.

Sebalik kemewahan gaji pegawai atasan TNB, Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid mendedahkan bahawa TNB hanya menawarkan kenaikan gaji sebanyak 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung. Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus, namun permintaan itu ditolak oleh majikan.


P/s: Melayu, Melayu!

, ,

Khamis, 2 Jun 2011

Salah Satu PUNCA Tarif Elektrik NAIKKKKKKKKKKKKKKKKK!


P/s: Sila perhatikan nama CEO dalam senarai teratas! Yang ini data lama. Cuba congak berapa gaji Melayu ini sekarang?



,

Rabu, 1 Jun 2011

FMM: Pengguna Tidak Wajar Tanggung Kenaikan, Elektrik di Malaysia Lebih Mahal


Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menyatakan bahawa kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah, laporka MK.

Dalam satu kenyataan akhbar, Presiden FMM Mustafa Mansur berkata, walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding dengan negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, kenaikan tarif elektrik itu tidak dapat diterima.

Berkuat kuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan harga ini jauh lebih rendah berbanding dengan Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!” kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Mustafa menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia.

P/s: Kantoi!!! Patutlah kali ini pak menteri tidak mengeluarkan kenyataan: "Elektrik di Malaysia jauh lebih murah daripada negara-negara lain di Asia."


,

Selasa, 31 Mei 2011

Pakar Ekonomi Ramal Inflasi Naik, Harga Barang Naik Melambung!

Untuk BN dan kroni!!!

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.

Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,” katanya seperti di lapor Malaysiakini.

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

Ia disebabkan langkah kerajaan untuk menarik semula subsidi daripada rakyat di negara ini.



Pengundi BN, Katakan Yahhhoooo, Tarif Elektrik Diramal Naik Setiap 6 Bulan!


Saya petik:
[MK] Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.

P/s: IPP didahulukan, rakyat dibelakangkan, IPP melaram, rakyat melarat!

Jumaat, 27 Mei 2011

Seperti yang Dijangka, Tarif Elektrik NAIKKKKKK!!!!


Seperti yang dijangkakan sebelum ini, kerajaan melalui Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan lapor Malaysia Kini.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter. 

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH