Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label DEB. Papar semua catatan

, , ,

Jumaat, 4 April 2014

Subsidi IPP 'Berdosa', Tidak Dapat Dimaafkan - Ku Li



[MK] Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima.

"Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain.

"Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li itu mengulas pemberian subsidi petroleum oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak mampu untuk membeli bahan bakar itu pada harga pasaran yang sebenar.

Bekas pengerusi Petronas merangkap MP Gua Musang itu turut mengkritik cara kerajaan menguruskan pendapatan badan korporat nasional tersebut.

Memetik statistik daripada buku yang dilancarkannya, Tengku Razaleigh berkata hampir separuh trilion yang telah disumbangkan syarikat itu sejak tahun 1974 sehingga 2011 sepatutnya dimanfaatkan untuk menubuhkan tabung khas program pencen nasional seperti dilakukan sesetengah negara Scandinavia.

Namun beliau kesal apabila sebahagian daripada wang itu sebaliknya digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Bank Bumiputra sebanyak dua kali pada tahun 1985 dan 1991 melibatkan wang sebanyak RM3.5 bilion.

Tambahnya, Petronas juga digunakan untuk menjamin pembinaan Menara Berkembar Petronas sebanyak RM6 bilion dan membina Putrajaya sebanyak RM22 bilion.

"Tindakan bermewah-mewah yang dipaksa ke atas Petronas ini menafikan syarikat ini daripada mengumpul rizab tunai untuk pelaburan semula bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

"Adalah penting buat Petronas untuk melihat ke hadapan dalam meneroka pelaburan dalam perniagaan selain minyak dan gas apabila mengambil kira sifat hidrokarbon sebagai sumber yang terhad," katanya.

Namun kini, Petronas digunakan sebagai tabung kecemasan oleh kerajaan apabila ia terdesak memerlukan wang, kata Ku Li lagi. -Ahmad Fadli KC/ 4/4/14


Berkaitan:

'Budaya untung atas angin daripada DEB'

[MK] Naungan politik yang menggalakkan amalan mengambil untung atas angin dalam perniagaan, berpunca daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang bercanggah dengan falsafah asalnya yang adil dan mulia.

Demikian hujah bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu kota semalam.

Menurutnya, amalan untung atas angin merujuk kepada cara mudah membuat duit melalui hubungan politik, tanpa perlu terlibat secara sihat dalam persaingan terbuka.

"Walaupun ia kedengaran seperti mahu menuding jari mencari salah dan pahit ditelan, jawapannya terletak pada DEB, atau lebih tepatnya pada DEB yang tersasar dalam pelaksanaannya.

"Jangan silap tentang DEB; falsafah dan idea di sebalik program kejuruteraan sosial ini adalah adil dan mulia.

"Namun, pelaksanaannya menjadi cacamarba dan salah kerana amalan naungan yang menjurus pertamanya, kepada kronisme dan untung atas angin yang kita sebutkan.

"Hasilnya, matlamat yang ditetapkan oleh pembuat polisi gagal dicapai dalam rangka masa yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li seterusnya berkata, amalan itu pada asalnya bertujuan mengupayakan segelintir mereka yang terpilih untuk berjaya sebagai usahawan dan pemilik ekuiti.

Kekayaan daripada golongan tersebut sepatutnya berkembang dan dapat dinikmati orang ramai, katanya lagi.

"Rancangan itu sepatutnya mewujudkan kesan pengganda yang akan sampai ke bawah untuk memanfaatkan masyarakat secara kewangan.

"(Sayangnya) rancangan itu gagal," kata Ku Li kerana ia menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia. - Ahmad Fadli KC/ 4/4/14


,

Sabtu, 23 Mei 2009

DEB: BENARKAH BAKAL DIMANSUHKAN?

SAYA SALIN DAN TAMPAL 100 PERATUS DARI BLOG lanailestari. ISU YANG SANGAT MENARIK PERHATIAN SAYA. PANJANG LEBAR PERKARA INI DIKUPAS OLEH TUAN EMPUNYA BLOG. MAKA TIDAK PERLULAH SAYA MENGULAS PANJANG. SEGALA PERSOALAN YANG MUNGKIN TIMBUL TURUT DINYATAKAN DALAM ARTIKEL DI BAWAH INI.

SEPERTI JUGA TUAN EMPUNYA BLOG, SAYA TURUT TERNANTI-NANTI RESPONS AHLI UMNO; PARA BLOGGER PRO DAHULU, KINI, DAN SELAMANYA; PEMIMPIN NGO; PERSATUAN MAHASISWA; AHLI AKADEMIK; DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT YANG LAIN. SEBELUM INI, SAYA TURUT TERTUNGGU-TUNGGU RESPONS YANG SAMA APABILA PM KITA MENGUMUMKAN DASAR LIBERALISASI KEWANGAN BARU-BARU INI. LAMA JUGA MENUNGGU, NAMUN TIADA SIAPA YANG BERANI BERSUARA. YANG ADA HANYA SUARA-SUARA YANG MENYOKONG TINDAKAN PM. ADAKAH PERKARA YANG SAMA AKAN BERLAKU?

NAMUN, KALI INI ISU YANG DITIMBULKAN LEBIH BESAR. ISU SENSITIF YANG JIKA DIUTARAKAN OLEH PEMIMPIN PEMBANGKANG, SAYA YAKIN AKAN BERGEMALAH PELBAGAI SUARA YANG MENGHENTAM DAN MENCACI PEMIMPIN TERSEBUT. ISU DEB = Dasar Ekonomi Baru SEBELUM INI PERNAH MENCETUSKAN HISTERIA PELBAGAI PIHAK TATKALA DISENTUH OLEH PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PADA PILIHAN RAYA YANG LALU. SAYA MASIH INGAT BEBERAPA GEROMBOLAN MANUSIA YANG BERDEMONSTRASI SAMBIL TERPEKIK-PEKIK DI PULAU PINANG, DI KUALA LUMPUR. SURAT KHABAR ARUS PERDANA TURUT MENGUPAS ISU ITU DAN PERKARA ITU MENJADI TAJUK UTAMA AKHBAR-AKHBAR TERSEBUT LEBIH DARI SEMINGGU. PELBAGAI FORUM/PROGRAM BUAL BICARA DI KACA TELEVISYEN TURUT MENGUPAS ISU INI. PEMIMPIN NGO PULA PADA KETIKA ITU BERLUMBA-LUMBA MENGHANTAR MEMORANDUM KE SANA SINI. TIDAK LUPA JUGA BERPULUH-PULUH LAPORAN POLIS DIBUAT SEBAGAI REAKSI TERHADAP ISU TERSEBUT. DI SANA SINI BERGEMALAH SORAKAN "KETUANAN MELAYU" BAIK SECARA BERTULIS MAHUPUN SECARA LISAN.

APAKAH KITA BAKAL MELIHAT PERKARA YANG SAMA BERLAKU APABILA PM MAHU MENGHAPUSKAN DEB SEPERTI YANG TERCATAT DI BAWAH INI? SAYA MENUNGGU. ANDA?

SUMBERlanailestari
"Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan. Kenyataan tersebut dibuat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

Saya mengalu-alukan kenyataan bagi menamatkan riwayat DEB yang telah pun melangkaui had masanya, pada masa yang sama saya menjadi sedikit berprasangka dengan Najib; persoalan yang bermain di benak saya ialah kenapa Najib "berani" mengumumkan perancangan menghapuskan DEB tersebut di Singapura dan tidak di tanah air?

Pada hemat saya, Najib tidak punya keberanian politik dan moral untuk mengumumkan pendiriannya bagi menghapuskan DEB yang merupakan 'brainchild' ayahanda beliau, Tun Razak. Sementara kajian oleh para akademia dan mereka yang berwenang mendapati, antaranya, DEB telah disalahgunakan untuk mengkayakan segelintir individu yang rapat dengan UMNO selain membiakkan budaya KKN sedangkan masih ramai bukan sahaja dari kalangan Orang Melayu/Bumiputera malah yang bukan Melayu diulit kemiskinan tetapi sejak sekian lama UMNO tetap mempertahankan dasar yang telah diseleweng ini.

Pada perkiraan Najib, dengan membuat kenyataan di Singapura tentunya beliau berharap tidak ada "backlash" dari kalangan yang akan mengkritik dan mengecam beliau; ini jelas jika dilihat dari liputan dari stesen TV Malaysia yang langsung tidak menyebut tentang kenyataan Najib untuk melupuskan DEB. Tidak ada sebarang ulasan atau komentar yang diberikan melalui TV dan saya kira, akhbar-akhbar perdana juga samada tidak akan memaparkan berita ini ataupun sekadar memberikan ruang yang kecil sedangkan kenyataan yang keluar dari mulut Najib itu penting dalam konteks yang merangkumi dasar negara.

Sebagai seorang yang meyakini bahawa DEB seumpama ubat lepas tarikh (expired) serta meyakini pula dasar yang dibawa oleh Pakatan-Agenda Ekonomi Malaysia yang dicanangkan oleh Keadilan yang saya kira dikomplimentarikan (complement) oleh Dokumen Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS-kenyataan Najib ini dilihat sebagai "mencuri" idea dan gagasan pembangkang. Najib, pada masa yang sama, gagal memperincikan gagasannya samada dari sudut idealisme mahupun falsafah dan pengisian wadah yang akan dibawa bagi menggantikan DEB (malah berkaitan 1Malaysia pun sehingga kini saya gagal melihat idealisme serta falsafah yang ingin diketengahkan selain dari retoriks dan kenyataan lintang pukang dari Rais Yatim yang terlalu dilihat membodek bossnya).

Apakah bentuk dan susun atur dasar yang akan dibawa menggantikan DEB? Bagaimana rupa wajah dan pengisian serta falsafah yang akan dicanangkan? Siapakah yang menjadi sasaran serta bagaimana akan dicernakan dalam konteks kemajmukan masyarakat dan iklim ekonomi? Bagaimana dengan masalah yang sememangnya mendasar yakni agihan kekayaan yang tidak adil, rasuah yang membarah, jurang pendapatan dan kekayaan antara orang Melayu dan bukan Melayu? Bagaimana pula dengan statistik yang menunjukkan nisbah profesional Melayu berbanding bukan Melayu yang jauh melebar? Sistem pendidikan yang bercelaru khususnya PPSMI yang tidak menguntungkan anak-anak sekolah?

Kesemua persoalan ini, saya masih tidak menemukan sesuatu gagasan serta idea besar lagi segar dari Najib.Apa yang ada setakat ini hanyalah sekadar retoriks dan klise yang sangat-sangat diragui bukan sahaja keikhlasannya malah kemampuan untuk direalisasikan selain kemampuan kecendiakawanan (intellectuality) Najib sendiri.

Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar sorak sorai yang begitu riuh rendah dari kalangan pemimpin UMNO. Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu, Alat Cina, Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau. Malah para pensyarah Universiti pun dipanggil tampil di kaca TV kononnya mengupas secara ilmiah lagi berilmu buat mempertahankan DEB dan pada masa yang sama mencela serta mengecilkan gagasan besar Agenda Ekonomi Malaysia yang dibawa Anwar.

Gunanya untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan yang dibawa Anwar kononnya merugikan orang Melayu serta tidak lebih dari upaya untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu. Pun begitu yang dikesalkan tidak ada suatu kritikan membina yang dilontarkan untuk menyegarkan perdebatan sebelah pihak itu.Saya kira kita mengalu-alukan masukan-masukan (input) yang dapat menjernihkan lagi gagasan dan idea tersebut tetapi apa yang berlaku hanyalah kecaman kosong yang tidak bersandarkan kepada tiang ilmu. Menyedihkan citra para ilmuan tanah air yang tidak lebih pengampu nombor wahid layaknya.

Nah,sekarang pemimpin 'numero uno' UMNO sendiri yang mencadangkan di Singapura untuk menamatkan DEB tetapi gagal pula menonjolkan gagasan dan idea sebagai ganti kepada dasar tersebut. Saya ternanti-nanti apakah reaksi dari kalangan pemimpin UMNO sendiri termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaludin serta para profesor terutamanya Ibrahim Shah UiTM; apakah kelak akan dianjurkan perarakan atau demontrasi oleh para pelajar UiTM dibawah Ibrahim Shah bagi membantah kenyataan Najib tersebut?

Saya juga menunggu sikap para pengemudi surat khabar seperti Utusan Malaysia, apakah akan ada tulisan Lidah Pengarang yang berani mengkritik Najib atau sekurang-kurangnya menyeru agar DEB di pertahankan? Lebih jauh dari itu,apakah nanti ada yang berani melabelkan Najib sebagai pengkhianat atau tidak mengenang budi atau alat cukong Cina?

Saya berpandangan memahami budaya politik mual tajaan UMNO,apa yang berlaku ialah tidak akan ada suara-suara dari mereka yang berwenang dari dalam UMNO sendiri yang berani untuk mengkritik Najib seperti pengalaman yang di lalui oleh Anwar Ibrahim. Mereka tentunya akan menari mengikut rentak gendang yang dipalukan Najib walaupun iramanya sumbang. Ertinya mereka tetap bersedia untuk menjadi hipokrit-sebelum ini bak pahlawan Melayu sejati mempertahan DEB dan mengecam sesiapa sahaja yang tidak bersetuju-tetapi kini akan mengubah nada dengan memuji dan memuja Najib semahunya.


Dalam hal ini,saya kira sesungguhnya Keadilan telah jauh terkehadapan.Seruan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar DEB dimansuhkan yang perlu digantikan dengan dasar yang lebih pragmatiks dan memenuhi kehendak rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia yang telah dihidangkan kepada rakyat membuktikan komitmen Keadilan untuk membina negara bangsa yang benar-benar adil dan bertunjangkan kepada mengangkat maruah dan hak rakyat.Pandangan jauh pimpinan yang mengarifi denyut nadi rakyat jelas memperlihatkan upaya untuk membina Malaysia yang adil dan makmur. Ertinya,tatkala Keadilan telah lama bersedia,UMNO kelihatannya gagal total untuk membawa gagasan yang ampuh;kenyataan Najib di Singapura itu tidak lebih dari omong kosong tanpa wajah dan roh.
"

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH