Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Geng Kerajaan Perpaduan. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 4 Julai 2016

Husam: PAS Bakal Kalah di Kelantan, Hilang Semua Kerusi Selangor



PETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata PAS “tentu akan jatuh” di Kelantan sementara di Selangor, kesemua 15 kerusi negeri yang disandangnya akan turut hilang.

Bekas naib presiden PAS yang pernah menjawat Exco kanan Kelantan itu berkata keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga membuktikan PAS tidak lagi berpeluang menang di kerusi campuran dan “marginal” kawasan majoriti Melayu.

“Di Selangor, kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya merujuk Adun Chempaka dan Exco Selangor mewakili PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, seperti dipetik portal berita Amanah, Malaysia Dateline, hari ini.

Husam, yang dipecat oleh PAS pada April lalu, berkata demikian ketika berucap pada majlis “makan colek” (jamuan selepas berbuka puasa) anjuran Amanah Kelantan, semalam.

Menurutnya, ahli Dewan Undangan Negeri popular PAS seperti Dr Abdul Rani Osman (Meru) akan turut menerima tempias kekalahan pada pilihan raya akan datang.


Husam berkata kekalahan PAS di Kelantan dan Selangor adalah sesuatu yang pasti berlaku berikutan perubahan hala tuju parti itu di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kepimpinan PAS dilihat mula bertukar arah dan lebih mesra Umno selepas muktamar tahun lalu yang menyaksikan kebangkitan puak konservatif menyokong Hadi.

Susulan itu, PAS memutuskan hubungan dengan DAP, dan tidak menyertai Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah yang diterajui bekas pemimpin parti Islam itu.

Husam turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

“Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini (Kelantan) tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu,” kata Husam

Katanya, tidak perlu penganalisa profesional untuk menjangkakan PAS kalah di Kelantan.

“Yang menjadi isu sekarang, kerajaan PAS yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa,” ujar beliau. -FreeMalaysiaToday/3/7/2016


, , , ,

'Kenapa Haron Din, Hadi tak minta Najib cuti?'



Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertikaikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempunyai 'pendirian celaru' dalam melawan rasuah di negara ini.

Ia berikutan kenyataan Haron yang menggesa supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti sehingga siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya selesai.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu sepatutnya bersikap lebih 'gentleman' dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama ekoran dakwaan terlibat dengan skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

"Kenapa Haron Din nasihat ketua menteri Pulau Pinang sahaja untuk berbuat demikian? Mengapa Haron Din tidak berani nasihat Najib juga untuk berbuat demikian.

"Apa pendirian Haron Din dalam kes skandal kewangan Najib? Mengapa Haron Din dan Hadi Awang diam seribu bahasa?

"Haron Din dan Hadi selaku ulama jangan ambil pendekatan berat sebelah. Jangan jadi gajah depan mata tak nampak, tetapi kuman di seberang laut mereka nampak," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Sehubungan itu, Khairuddin menasihatkan Haron dan Hadi selaku seorang ulama agar tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan bercakap perkara yang benar.

"Dalam Islam tak boleh ada unsur pilih kasih. Segalanya mestilah berteraskan kepada kebenaran. Ulama mesti bercakap yang benar. Jangan amalkan sikap pilih kasih," katanya lagi.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Haron Din meminta Guan Eng menjadi seorang 'gentleman' dengan mengambil cuti atau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri selepas didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Khamis lalu, Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial. -Malaysia Kini/3/7/2016



, , , ,

Selasa, 22 Mac 2016

PRU-14: PAS Sedia Hadapi Pakatan Harapan - Hadi



KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk menentang parti dalam Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu pada masa ini tidak merancang untuk berundur daripada mana-mana kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

"Kita tetap dengan pendirian untuk kekal dengan gabungan kita sendiri pada ketika ini.

"Terpulang pada pihak lain (Pakatan Harapan atau Barisan Nasional) untuk menerima konsep kita atau sebaliknya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan parti itu akan berbincang dengan PKR bagi mengelak bertanding kerusi yang sama dan pertembungan tiga penjuru dalam kalangan pembangkang.

Pada 17 Mac lepas, PAS mengumumkan pembentukan permuafakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), sekali gus mewujudkan blok politik ketiga di negara ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara yang baik, termasuk dalam soal politik.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini perjuangan kedua-dua parti masih berbeza.

"Sehingga sekarang kita (PAS dan BN) masih perlu bertanding, kita tunggulah pilihan raya umum nanti," katanya. -Mstar/21/3/16


, , ,

Ahad, 28 Februari 2016

'Saya anti Umno, bukan anti orang Umno'



MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib termasuk yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan.

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung 27 Mac ini selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini. - Sinar Harian/28/2/16


P/s: 'Saya anti Umno, bukan anti orang Umno' 

Pening!!!

Dalam isu 1MDB, komennya cukup melegakan Najib. Dia juga berkecuali dalam isu bajet yang menekan rakyat. Dia juga tidak hadir dalam sesi yang melibatkan komitmen pembangkang untuk menekan Najib.

Kali ini, pendiriannya juga cukup melegakan Najib. Tidak memusuhi Amno tetapi musuhi orang Amanah, DAP.

Walhal mudarat yang dihadapi oleh rakyat akibat keputusan dan tindakan orang Amno cukup jelas. Bak kata Rafizi di lamannya:

"- GST diperkenalkan
- biasiswa dihentikan
- pinjaman PTPTN dikurangkan hingga anak-anak orang susah kesempitan hidup
- subsidi minyak dihapuskan sama sekali
- subsidi lain dihapuskan/dikurangkan sehingga tambang pengangkutan awam, tol dan lain-lain naik mendadak
- Dana Tabung Haji digunakan untuk tujuan yang berisiko tinggi seperti 1MDB
- Dana pencen rakyat diberikan kepada 1MDB tetapi tidak ada kepastian bagaimana dana itu akan dibayar balik oleh 1MDB
- Hutang 1MDB mencecah RM42 bilion tetapi tidak menampakkan hasil
- Harta negara seperti tanah-tanah dan stesen janakuasa elektrik bertukar tangan kepada syarikat asing dari Republik China
- kemewahan yang tidak sepadan seperti pembelian jet baru dan rombongan ke luar negara yang ditanggung rakyat"

Seperti biasa, walaun mengangguk saja. Walaaaa!!!

, ,

Sabtu, 16 Januari 2016

Kawan BN Musuh Amanah - Mat Sabu



Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu.

"Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baharu. Mereka akan bertanding 8 kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di 8 kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman. Kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan, siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtimak Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, minggu lepas.

Amanah ditubuhkan serpihan kepimpinan profesional PAS yang tewas dalam pemilihan parti ekoran rasa tidak puas hati mereka terhadap parti Islam itu yang kini dikuasai golongan konservatif ulama.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini memutuskan parti itu tidak akan menyertai BN, namun bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak, khususnya dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, berkata PAS bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya. – The Malaysian Insider/16 Januari, 2016.


,

Ahad, 10 Januari 2016

Takkan ada kerjasama politik PAS-Umno? Tak Tolak Kerajaan Campuran? Tidak Tolak Kerjasama dengan UMNO?




Takkan ada kerjasama politik PAS-Umno, kata Mustafa Ali

PAS hari ini menegaskan tiada kerjasama politik yang akan dijalin dengan Umno sekalipun pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata ketetapan itu seiring keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang tiada kerjasama melibatkan aspek politik dengan Umno.

"Hingga pilihan raya akan datang, takkan ada kerjasama politik dengan Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkara itu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, di Kuala Lumpur.

Majlis taklimat itu turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan pimpinan tertinggi PAS lain.

Hadi yang meninggalkan majlis berkenaan pada jam 12.15 tengah hari bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai sambutan peserta yang terdiri daripada kira-kira 200 pimpinan PAS pusat dan negeri.

Isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyentuh hal itu dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Najib menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara mengikut syariat Islam sebenar.

Najib sekali lagi menyatakan hasratnya itu di hadapan Abdul Hadi ketika kedua-duanya berkongsi pentas di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar hujung bulan lalu.

Mustafa bagaimanapun berkata PAS tidak menolak kerjasama dengan Umno dalam sektor selain politik termasuk dalam membantu meningkatkan kepentingan rakyat di bidang pendidikan dan ekonomi. 

"Keputusan Majlis Syura Ulama itu kita dah terangkan kepada ahli, semua faham.... sekarang ini kita akan turun dan jelaskan ke peringkat akar umbi," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PAS akan bertanding lebih daripada 10 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangkakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan tiada kompromi dari segi kerjasama strategik dengan mana-mana pihak dan apa jua strategi yang akan dilakukan mestilah berasaskan dasar parti.

"Kalau dulu kita bersama Pakatan Rakyat kita ingat dasar kita tidak akan terjejas, tapi bila dah terjejas kita tak boleh buat apa lah," katanya. 

Dalam pada itu ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki menempelak keputusan Pakatan Harapan untuk tidak lagi menerima dasar "bersetuju untuk tidak bersetuju" kerana ia sesuatu yang mustahil dilakukan.

"Setiap manusia ada perbezaan pandangan masing-masing dan konsep Pakatan Harapan untuk 'unity in everything' (sepakat dalam setiap perkara) adalah sangat mustahil," katanya. – Bernama, 9 Januari, 2016.


P/s: Berbelit-belitlah pak lebai. 

,

Ahad, 27 Disember 2015

Selepas Berdekad Bermusuhan, Ahli PAS Sedia Kerjasama dengan Umno


Ahli PAS bersedia bekerjasama dengan Umno walaupun selepas berdekad wujud persengketaan antara mereka, ketika adanya usaha untuk memperbaiki hubungan antara 2 kuasa politik terbesar Malaysia itu.

Bagaimanapun, ada sesetengah masih curiga dengan tawaran perdamaian Umno dan bimbang PAS akan sekali lagi terjatuh ke dalam perangkap musuh lamanya yang kini semakin terdesak.

Walaupun ada penganalisis berpendapat kerjasama antara parti itu tidak lebih daripada sekadar memanjangkan jangka hayat kedua-duanya yang sedang tenat, ahli PAS melihatnya sebagai cara menyatukan hubungan masyarakat Melayu Islam negara ini.

Mohd Monier Mat Din, ahli PAS dari Baling, Kedah, mengalu-alukan idea memperbaiki hubungan dengan Umno.

Walaupun menyedari kebimbangan yang wujud di kalangan ramai rakan parti terhadap musuh lama mereka itu, bagi Monier, PAS bertanggungjawab menerima salam silaturahim Umno, walau apa pun risikonya.

“Kerja PAS ialah berdakwah walaupun kepada orang jahat. Tetapi sekiranya orang jahat itu mengkhianati kita lagi, apa kita boleh buat? Sejahat mana pun Umno, mereka masih orang Islam.”

Ramlan Samiran dari Batu Pahat, Johor, juga menyuarakan sentimen perpaduan Melayu-Islam, mengatakan PAS perlu memaafkan kesilapan silam Umno dan melupakan sejarah permusuhan panjang kedua-dua parti.

“PAS membenci Umno tetapi sekiranya Umno bertaubat dan kembali ke jalan yang benar,kita perlu menerima mereka,” kata Ramlan.

Enam dekad permusuhan

Dua parti itu bersaing untuk mendapatkan undi orang Melayu dan menjadi suara mewakili masyarakat Melayu Islam sejak PAS ditubuhkan pada 1951.

PAS menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1974 atas undangan Umno. Hubungan antara mereka terputus pada 1977 apabila PAS meninggalkan BN. Ia juga hilang kawalan atas kerajaan Kelantan.

Pengalaman pahit itu menyebabkan beberapa pemimpin PAS seperti allahyarham mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan parti Islam itu tidak akan bekerjasama lagi dengan Umno.

Hubungan kedua-dua parti kembali baik apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai PAS.

Pada 18 Disember, Hadi berkongsi pentas dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bekas pelajar Universiti Al Azhar di mana sekali lagi Najib menyuarakan tawaran perdamaian kepada PAS.

Penganalisis seperti Mohd Hisomuddin Bakar dari Ilham Center berkata, kehadiran Hadi ialah petanda jelas parti Islam itu mungkin akan berdamai dengan musuh lamanya.

Terutama sekali selepas PAS tidak termasuk dalam pakatan pembangkang baharu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Isu kepercayaan

Semua yang ditemuramah menyuarakan kepercayaan kepimpinan parti, terutama sekali presiden dan majlis syura ulama membuat keputusan terbaik dengan kembali bekerjasama dengan Umno.

Walaupun hakikatnya, sebilangan pemimpin ini menyaksikan sendiri bagaimana Umno mengkhianati mereka di penghujung 1970-an.

“Kami tahu pemimpin yang kami pilih serta para ulama lebih berpengetahuan dan berpengalaman berbanding kami dalam hal ini dan mereka akan melakukan keputusan yang tepat untuk parti,” kata Mohamad Shamsuri Mohamad Hussin dari Maran, Pahang.

Mereka juga mengulangi kenyataan Hadi sebelum ini, PAS bersedia bekerja dengan Umno dan menasihati mereka tentang bagaimana mentadbir negara berdasarkan prinsip Islam.

“PAS boleh menjadi ‘check and balance’ kepada Umno dan mengawalnya daripada korupsi dan salahguna kuasa,” kata Ramlan dari Batu Pahat.

“Kami di sini bukan untuk memerintah, kami di sini untuk menasihati Umno,” kata Monier dari Baling, mengulangi kata-kata presiden parti. 

Ahli parti lain seperti Mohamad Zahar dari Kuala Lumpur, bagaimanapun, mempersoalkan sama ada Umno benar-benar ikhlas atau ia sekadar cubaan menyelamatkan parti Melayu itu.

“Umno dipenuhi skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion dan rungutan rakyat tentang ekonomi,” kata Zahar yang tidak mahu mendedahkan nama penuhnya.

“Jadi kini, tiba-tiba kita seperti membantu mereka bangun selepas semua yang dilakukan kepada kita.”

Dia juga kritikal terhadap pemimpin PAS yang cepat memaafkan Umno tetapi tidak parti lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah), yang dibentuk bekas pemimpin dan ahli PAS.

Kepimpinan PAS melabelkan parti serpihan itu sebagai pengkhianat tetapi apa yang dilakukan Amanah tidak seteruk mana berbanding tindakan keras Umno atas aktiviti dan pemimpin PAS, kata Zahar.

“Mengapa hanya terbuka hati kepada Umno? Mengapa tidak Amanah malah DAP, kedua-duanya juga boleh memperkukuhkan PAS.

"Sekiranya kita boleh memaafkan kesalahan Umno kepada kita selama ini, jadi pastinya kita boleh juga memaafkan yang lain,” katanya. – The Malaysian Insider/27 Disember, 2015.


P/s: Era ini sudah berakhir.


, ,

Khamis, 24 Disember 2015

Retorik Pertemuan Sedondon Najib-Hadi – Dr Maszlee Malik



Pertemuan sepentas 2 presiden bagi 2 aparti umat Islam terbesar di Malaysia di dalam acara Multaqa Alumni al-Azhar baru-baru ini menimbulkan pelbagai polemik dan perdebatan, sama ada di media arus perdana, hatta di media sosial.

Pakaian sedondon, nada ucapan yang seiring sekata, dan juga resolusi yang menjurus kepada ‘perpaduan’ di antara Umno dan PAS demi Islam dan bangsa Melayu memberikan impak yang cukup untuk 1001 spekulasi dan ramalan-ramalan dari warga Malaysia.

Di sebalik semua polemik yang ditimbulkan, seperkara yang perlu diakui ialah kedua-dua presiden Umno dan PAS tersebut berjaya melakukan sesuatu yang gagal dilakukan oleh presiden Umno dan PAS sebelum mereka selepas era Tun Abdul Razak dan Datuk Asri Muda. Hal ini perlu diakui, dan kejayaan mereka perlu diiktiraf.

Mungkin ada yang ingin menyamakan pertemuan 2 presiden tersebut dengan perkongsian sepentas antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Datuk Fadzil Nor.

Dua pertemuan tersebut tidak sama, walaupun kedua-dua pertemuan itu menemukan presiden Umno dan PAS sepentas. Dalam pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil, isu utamanya ialah isu Palestin. Penganjurnya pula ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Resolusinya pula ialah berkaitan isu Palestin yang pada waktu kini membuahkan hasil daripada pertemuan tersebut. Pertemuan Dr Mahathir dan Fadzil tidak membawa manifestasi politik, malah kedua-duanya tidak berpakaian sedondon dan tidak pula di kala reputasi politik Dr Mahathir sedang nazak.

Jika ada pihak yang sepatutnya mendapat kredit daripada pertemuan tersebut, maka Abim adalah pihak tersebut.

Pertemuan baru-baru ini memang membawa mesej dan motif politik. Tiada sesiapa dapat menafikan tema pertemuan 2 presiden berpakaian sedondon itu pun sarat dengan isyarat politik.

Malah, resolusi yang dikemukakan juga terang-terangan membawa implikasi politik. Mereka bukannya berbincang di atas isu keperluan kedua-dua parti melawan keganasan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) mahupun Bashar al-Asad di dalam multaqa tersebut.

Kedua-dua presiden juga tidak membicarakan tentang kematian demokrasi dan keadilan di Mesir yang dibunuh oleh rejim Jeneral al-Sisi yang disokong agamawan di universiti al-Azhar.

Mereka juga tidak berbincang tentang cara untuk menangani kemerosotan kualiti graduan al-Azhar mutakhir ini, terutamanya di dalam penguasaan bahasa Arab dan penguasaan ilmu dan alam akademik dan cara untuk mengatasinya.

Walaupun ketiga-tiga isu tersebut merupakan isu yang memerlukan input dan ketegasan alumni al-Azhar di Malaysia, namun kesemuanya tidak menjadi pokok perbincangan di dalam multaqa berkenaan.

Perkara pokok yang menjadi tema ucaptama kedua-dua presiden parti tersebut ialah usaha kerjasama Umno-PAS dan juga kepentingan politik Melayu-Islam bila mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang diasak hebat oleh pihak luar dan dalam partinya sendiri.

Pokoknya, pertemuan tersebut merupakan pertemuan politik yang membawa mesej politik yang jelas. Pertemuan tersebut bakal membawa satu anjakan paradigma di dalam PAS dan juga Umno.

Retorik teologi, ataupun penggunaan wacana agama di dalam menjadikan Umno di pihak yang salah, atau batil dan PAS di pihak yang benar, bakal berakhir dengan penerimaan kedua-dua presiden tersebut terhadap resolusi multaqa berkenaan.

Lebih menarik, amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang selama ini menjadi senjata Umno untuk membuktikan PAS adalah parti ajaran sesat, ataupun parti ekstremis dan pelampau agama juga akan lenyap dan senyap, dan mungkin hanya timbul apabila Umno terdesak pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya sahaja, jika ia diperlukan.

Apa yang pasti, kedua-dua parti yang dilihat daripada segi agama pada suatu waktu dulu sukar untuk bersama ataupun seia sekata kini dapat berkongsi aspirasi dan juga bersetuju untuk melakar masa depan demi kepentingan bersama.

Usah salah faham, persepakatan tersebut bukanlah membawa maksud meleburkan PAS untuk masuk Umno, ataupun membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional (BN), itu tidak akan berlaku.

Tindakan berkenaan merupakan tindakan “kamikaze” bagi kedua-dua parti tersebut. Umno akan kehilangan rakan-rakan dari Borneo dan parti-parti komponen yang lain, manakala PAS akan kehilangan kerusi Exco di Selangor, dan juga kepentingan segelintir pimpinan mereka di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri tersebut juga.

Ianya pertaruhan yang tidak akan menguntungkan kedua-dua parti tersebut. Apa yang berlaku ialah kemenangan pihak Umno untuk tidak dilabel lagi sebagai pihak menentang agama, pihak yang mengkhianati dan penipu penyokong PAS.

Keuntungan bagi Umno juga ialah berakhirnya label-label bersalah daripada dimensi keagamaan yang sering PAS gunakan dahulu terhadap mereka. Keadaan tersebut akan memberikan kredit kepada Najib untuk menumpukan fokusnya melawan penentangan dari dalam Umno sahaja, terutamanya dari Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekutu-sekutu mereka.

Umno sedar, undi bukan Melayu merupakan “gone case” bagi mereka di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Maka tumpuan perlu diberikan ialah untuk mengekalkan undi Melayu majoriti mereka yang membawa kepada kemenangan tipis lewat PRU13 yang lalu.

Pertemuan Najib-Hadi adalah merupakan satu usaha penegasan Umno serius di dalam menjaga kepentingan Melayu-Islam dan juga komitmen Umno di dalam melawan DAP dan sekutu mereka yang dicanangkan sebagai musuh Melayu-Islam dan agenda Melayu-Islam di Malaysia.

Keuntungan bagi pihak PAS pula ialah imej mereka kepada penentang tradisi parti berkenaan dari kawasan majoriti Melayu luar bandar akan segera pulih. Kebersamaan presiden PAS dan Najib akan memberikan isyarat positif kepada para pengundi tegar Umno-BN di kalangan Melayu luar bandar.

Congak-congak sesetengah pimpinan PAS, jika keadaan seperti ini berterusan, maka peluang lebih cerah untuk mereka mendapatkan undi Melayu jika Umno semakin berpecah menjelang PRU14 nanti.

Strategi PAS sedar, di dalam PRU14 nanti, undi bukan Melayu bukanlah sasaran mereka. PAS tidak akan mendapat sokongan dari bukan Melayu seumpama 2008 dan 2013 lagi. Maka, mereka perlu mengalihkan tumpuan kepada pengundi Melayu di luar bandar. Maka pertemuan Najib-Hadi merupakan pertaruhan awal ke arah tersebut.

Persoalan yang bermain di minda semua rakyat Malaysia, ke arah manakah persefahaman Umno-PAS yang baru ini? Apakah langkah seterusnya? Apakah hasil dan impak ketara yang boleh dilihat di dalam waktu terdekat ini?

Apakah kesannya terhadap segala skandal dan isu yang sedang dihadapi oleh Najib kini? Apakah kesan persefahaman ini sekadar menyemarakkan lagi retorik kesatuan Melayu-Islam dengan mengetepikan isu utama di dalam politik seperti isu-isu tata kelola?

Isu skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), isu kegagalan teruk projek ternakan lembu suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) yang memakan ratusan juta duit rakyat, isu ringgit yang jatuh teruk? isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyebabkan kenaikan taraf hidup rakyat ketika pendapatan isi rumah tidak bertambah?

Isu bauksit di Pahang yang mengancam kesejahteraan rakyat dan alam sekitar, isu Rang Udang-undang MKN yang bakal menyaksikan kuasa eksekutif yang tidak terhingga, isu keterlibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Isis, dan juga pelbagai lagi isu lain yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat teramai di Malaysia?

Apa yang pasti, di Malaysia ini, naratif agama dan bangsa yang diwujudkan merupakan satu elemen penting yang dapat melarikan tumpuan rakyat dari isu sebenar yang mereka hadapi. Selagi keadaan seperti ini berterusan, semakin jauhlah harapan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju dan warga berminda kelas pertama menjelang 2020. – The Malaysia Insider/22 Disember, 2015.


* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

, ,

Kerjasama Umno-PAS Bagi Selamatkan Najib-Hadi - Zam



Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin percaya gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno lebih kerana dorongan kepentingan survival Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, perpaduan itu, langsung bukan untuk memenuhi idealisme perpaduan Melayu atau Islam mahupun impian rakyat.

Sebaliknya, isu perpaduan, menurut Zainuddin adalah demi keselamatan kerusi bagi parti masing-masing berikutan runtuhnya nilai-nilai ideologi parti mereka.

“Ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno telah menjerumuskannya ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip-prinsip utamanya, penjualan maruah parti, bersekongkong dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islami,” katanya dalam tulisan di blog.

Menurut Zainuddin, demi menjayakan perpaduan Melayu, Najib harus berundur daripada kepimpinan negara manakala Hadi pula melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS.

“Kedua-dua mereka (Najib dan Hadi) sudah hilang kredebiliti dan tidak mempunyai kekuatan untuk menjadi asas perpaduan PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara,” katanya.

Bergelumang najis

Bekas ketua pengarang Utusan itu juga membidas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang masih mendabik dada berhubung kesucian partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis.

“Dia melihat Umno sebagai biawak tetapi tidak melihat diri PAS sebagai ular berkepala dua,” katanya.

Tuan Ibrahim sebelum ini yang menegaskan PAS tidak sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno walaupun dipelawa Najib kerana parti itu tidak akan bersekongkol “memikul biawak hidup” sepertimana yang pernah diucapkan Hadi.

Zainuddin menjelaskan yang menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat peringkat akar umbi kepada usaha perpaduan PAS dan Umno ialah kepimpinan negara sendiri yang terpalit dengan isu 1MBD dan juga ‘derma’ RM2.6 b ketika keadaan ekonomi negara merosot.

Katanya, apapun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib telah melakukan kesilapan dari awal lagi.

Beliau memberi contoh cara pentadbiran Najib menggunakan media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad yang katanya, tidak akan dapat menutup fakta bekas perdana menteri itu disanjung rakyat Malaysia.


“Apa pun cerita disebarkan sama ada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor, bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

“Sebaliknya sekarang rakyat merasa kehinaan diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi.

“Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari ke hari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula. Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini,” kata Zainuddin lagi. - Malaysia Kini/23/12/15


, ,

Selepas Sediakan Maafkan Umno, Kini Pemimpin Gesa PAS Jangan Ungkit Dosa Lampau UMNO


PAS Jangan Ungkit Dosa Lampau Umno - Zuhdi


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menasihatkan parti Islam itu buka lembaran baharu bersama Umno dalam mewujudkan kerjasama berkaitan ketakwaan dan kebaikan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki menasihatkan parti Islam itu supaya membuka lembaran baharu bersama Umno dalam mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan, lapor akhbar Berita Harian.

Bagaimanapun, katanya, kerjasama itu tidak bermakna PAS perlu bergabung dengan Umno, tetapi demi menegakkan dan mempertahankan Islam untuk kebaikan rakyat dan negara.

"Sekiranya generasi pemimpin dan ahli Umno hari ini mahu merapatkan hubungan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang bukan dilakukan mereka?" katanya.

Zuhdi berkata, pimpinan dan ahli Umno hari ini tidak mewarisi dosa dan kesalahan generasi terdahulu dan wajar bagi PAS membuka lembaran baharu dengan parti Melayu itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan parti Islam itu memaafkan dan melupakan kesalahan Umno yang lalu.

Katanya, dalam perkara yang mengancam Islam dan merugikan rakyat serta negara, menjadi kewajipan PAS mencegah perkara itu termasuk membetulkan Umno sebagai parti pemerintah.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno kerana ia sebahagian ciri perjuangan mereka.

Malah, ahli Parlimen Kota Baru itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

Zuhdi pada masa sama mengakui hubungan Umno dan PAS sebelum ini agak meruncing sehingga berlaku beberapa peristiwa yang tidak diingini.

Katanya, ada kalangan pemimpin itu sudah lama meninggal dunia dan sekiranya masih hidup, mereka bukan lagi pemimpin yang menggerakkan Umno.

“Kita serahlah kepada Allah untuk mengadili seadilnya pemimpin dulu pada hari akhirat kelak," katanya. – The Malaysia Insider/23 Disember, 2015.


,

Tiga Pemimpin Kanan PAS Bangkit Menentang Kerjasama dengan Umno



Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Disember, 2015.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu. – The Malaysian Insider/23 Disember, 2015.


,

JK Penaja Pas-Umno mungkin mesyuarat 30 Disember ini



SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Penaja untuk mengadakan pertemuan berkala antara Pas-Umno mungkin akan diadakan pada 30 Disember ini.

Menurut jurucakap jawatankuasa itu yang juga merupakan Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul berkata, antara yang akan dibincangkan adalah perjalanan jawatankuasa itu terhadap hubungan antara Pas-Umno.

"Kita akan bincang skop dan perjalanan aktiviti kita nanti, kita akan letakkan satu batu asas yang kuat bagi mengharmonikan hubungan Pas-Umno," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Katanya, ahli jawatankuasa itu akan terdiri daripada ahli akademik dan profesional dan tidak melibatkan ahli parti politik sama ada daripada Pas mahupun Umno.

"Kita sudah senaraikan mungkin dalam 30 ahli, asas pemilihan ialah mereka yang boleh diterima oleh Pas dan Umno," katanya.

Jawatankuasa penaja Pas-Umno dibentuk selepas Alumni Al-Azhar , (hasil daripada persidangan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015) bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

Persetujuan itu dinyatakan oleh Mohd Fakhrudin selepas bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015. -Sinar Harian/22/12/15


, , ,

Kepimpinan PAS Terbahagi Dua Berhubung Keputusan Bergabung dengan Umno



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar percaya kepimpinan PAS kini sedang terbahagi dua, berhubung keputusan untuk bergabung dengan Umno.

Mahfuz percaya kenyataan Naib Presiden parti Idris Ahmad yang menggesa individu untuk meninggalkan parti itu jika mereka mahu melihat penggabungan dengan Umno secara tersirat menunjukkan terdapat dua pihak dalam kepimpinan PAS.

"Kenyataan YB Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno/BN, manakala satu pihak lagi menentang.

"Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas," katanya.

Mahfuz berkata kenyataan Idris itu mencetuskan pandangan seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam PAS untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara PAS dengan Umno/BN.

"Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu individu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi PAS dan bukannya ahli biasa.

"Kalau ahli biasa PAS mereka percaya YB Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan PAS kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa PAS tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan parti," katanya.

Katanya beliau sendiri dihubungi oleh ahli-ahli PAS yang meminta pencerahan sambil menambah kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiuddin Hassan telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

"Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama PAS-Umno.

"Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan pimpinan," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tentang kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan ahli PAS yang menentang kerjasama PAS-Umno perlu akur kepada keputusan Majlis Syura Ulamak PAS Pusat.

"Mereka menyatakan bagaimana Zahid boleh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura.

"Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli," katanya.

"Saya percaya kerisauan ahli PAS dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian.

"Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno/BN. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti.

"Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti," katanya. _Mstar/23/12/15



,

Selasa, 8 Disember 2015

Najib: PAS Tunjuk Tanda Menggalakkan Ke Arah Permuafakatan dengan Umno



PAS telah menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan

positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga perdana menteri berkata antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 November lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

"Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen malam tadi.

Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv

Najib percaya tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Islam.

"Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan oleh pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.

Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, enam anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Manakala empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sesi itu.

Najib juga berkata kenyataan Abdul Hadi dan Mursyidul Amnya Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.

Abdul Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Najib berkata beliau terbuka dalam soal permuafakatan antara Umno dan PAS kerana soal perpaduan adalah sangat penting dan begitu diberi perhatian dalam agama Islam.

"Cuma kita tak boleh paksa ini berlaku. Ini perlu terbit dari nawaitu (niat) ikhlas dan biarkan proses ini berjalan mungkin langkah demi langkah tetapi yang penting sekali kepimpinan Umno dan PAS sedar bahawa perpaduan ummah adalah penting untuk umat dan agama Islam," katanya.- Bernama/8/12/15


, , ,

Sabtu, 5 Disember 2015

Kakitangan Pejabat MB Kelantan Diugut, Didakwa Bocor Maklumat kepada Husam



Seorang kakitangan pejabat Menteri Besar Kelantan, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan diugut selepas didakwa membocorkan maklumat kepada bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

Ekoran itu, Syazwan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap akaun Facebook hantu, yang pemilik akaunnya tidak diketahui, El-Haraki.

Syazwan juga turut membuat laporan polis mengenai ugutan yang beliau terima di samping ancaman yang dibuat melalui panggilan telefon kepadanya.

El-Haraki, sebuah akaun Facebook yang dianggap pro ulama dalam PAS, dalam 1 postingnya semalam memuat naik gambar Syazwan dengan tulisan "Wanted" sambil memberikan ugutan.

"El-Haraki ucapkan tahniah dan syabas atas kehebatan Syazwan ini yang berjaya membocorkan maklumat dari pejabat menteri besar Kelantan. Apakah tujuan Syazwan lakukan ini? 

"Anda ingin tahu apa tujuannya? Jika ingin mengetahuinya, bolehlah anda semua cari “dalang utama” ini dalam proses hendak menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan, minta dia nyatakan sebabnya," tulis El-Haraki pada posting bersama gambar Syazwan.

Namun semakan The Malaysian Insider hari ini mendapati posting berkenaan sudah dipadamkan. 

Bagaimanapun, Syazwan mengakui dalam posting di Facebook beliau pula, serangan kepada Husam tetap diteruskan El-Haraki.

Katanya, tepat jam 10 pagi semalam, beliau menerima panggilan daripada lelaki tidak dikenali yang mengugutnya.

"Sejurus saya memberi salam, terus dijawab 'Syazwan! aku dengar kamu beri maklumat kepada Husam. Kamu jaga elok-eloklah anak bini kamu!'," tulis Syazwan.

Katanya, panggilan itu dibuat semasa beliau dalam perjalanan ke SKMM Cyberjaya untuk membuat laporan kes fitnah El-Haraki terhadapnya.

"Saya akan terus buat laporan polis sekali lagi sejurus selesai di SKMM," tulisnya kemudian.

Malam tadi dalam ceramahnya, Husam meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob lebih prihatin terhadap kakitangannya yang menerima ugutan.

Menurut Husam, tidak ada kakitangan kerajaan PAS yang memberikan maklumat kepadanya sebagaimana didakwa.

Husam sebelum ini menulis 1 surat untuk diserahkan kepada Dewan Harian PAS Pusat dalam 1 pertemuan yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Kuala Lumpur.

Husam didakwa mendapat maklumat untuk menulis surat itu daripada dokumen yang dibekalkan Syazwan. – The Malaysian Insider/5 Disember, 2015.

, , , ,

Rabu, 25 November 2015

Presiden PAS Didesak Berdebat dengan Husam Dakwaan Kerjasama dengan Umno



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tampil ke depan berdebat dengan Datuk Husam Musa berhubung dakwaan mahu menubuhkan kerajaan dengan Umno di Selangor tahun lepas.

Bekas AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata, itulah langkah terbaik menguraikan kekusutan ekoran dakwaan itu.

"Sebagai pemimpin, Hadi perlu bersikap telus dan berterus terang dengan ahli dan masyarakat, sama ada benar usaha ke arah pembentukan kerajaan bersama Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor yang beliau usahakan pada 2014," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini ekoran desakan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali agar beliau membuat penjelasan mengenai dakwaan itu.

Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, peristiwa 2008 berlaku 7 tahun yang lepas dan ianya sudah lama berlalu dan suasana sudah berubah.

"Kalau masih ingin dibahas, tiada masalah. Tetapi yang lebih penting, adalah yang lebih semasa.

"Debat berhubung usaha pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor pada 2014 perlu diadakan dengan kadar seberapa segera. Itu yang merupakan tumpuan dakwaan Husam.

"Supaya kesemuanya akan dengan itu menjadi jelas dan nyata dan tiada yang ditipu atau dilalaikan dengan kata-kata manis sambil usaha sebaliknya dilakukan,"'kata Khalid mengulas desakan Mustafa agar beliau menjelaskan mengenai peristiwa 2008 itu. – The Malaysian Insider/24 November, 2015.

,

Selasa, 24 November 2015

Kerjasama dengan UMNO Hari Ini, Tuntutan Syarak – PAS



KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan PAS ke atas UMNO sejak kebelakangan ini telah berubah.

Menurut beliau, perubahan itu bertujuan menyatukan umat Islam negara ini bagi mengagalkan cita-cita pihak yang mahu menangguk di air keruh.

“Memang betul ada perubahan pendekatan PAS dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi PAS termasuk Presiden dan Mursyidul Am PAS.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Amzad berkata, pendekatan baharu PAS yang lebih terbuka dengan UMNO itu turut memenuhi tuntuan syarak iaitu merapatkan silaturrahim sesama umat Islam.

Menurutnya, perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif PAS sebelum ini.

“Setiap solat Jumaat kita tidak pernah pun berhalangan solat berjemaah bersama. Perpecahan merugikan semua,” katanya.

Hubungan baik PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini mengundang keresahan Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Situasi itu menyebabkan ahli dan penyokong Pakatan Harapan menyerang hebat Presiden dan Ulama PAS menerusi media sosial bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiti mereka. – MYNEWSHUB.CC/22/11/15


, , ,

Isnin, 16 November 2015

PAS Sahkan Hadi Bersama Najib dalam Multaqa Disember Ini



PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.

Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1 bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.

"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.

"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.

Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi" itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.

Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.

Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.

Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.

"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.

Kali ini, katanya, Hadi akan berucap di hadapan pembesar negara, menyampaikan ucap utama, melontarkan pandangan dan mutiara dakwah Islam atas dasar menjana kebaikan untuk ummah.

"Sasaran program ini ialah cendikiawan Islam, mereka yang mudah memahami bahasa dakwah dan siasah Islam.

"Umat Islam pasti bergembira, penentang PAS sejak puluhan tahun kini bersedia mendengar secara terus daripada presiden PAS," katanya dipercayai merujuk kepada Najib.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan senang dengan perkembangan ini.

"Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula. Memang dasar mereka yang sudah menutup mata telinga dan hati.

"Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah penyakit yang bahaya," katanya yang menang buat pertama kali sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar Jun lalu.

"Ayuh! Jom kita sokong presiden PAS membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif serta hebat seperti ini.

"Islam ini, kedudukannya tinggi, maka tentulah jalannya tidak sempit," tegas Sanusi dalam kenyataannya. – The Malaysian Insider/16 November, 2015.


, ,

Mufti: PAS Patut Lebih Serius Cuba Gabung dengan Umno



PAS patut cuba bergabung dengan Umno secara lebih serius, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, PAS telah pun cuba bergabung dengan pembangkang berulang kali tetapi ternyata gagal disebabkan idealisme.

“PAS patut mencuba dengan Umno secara lebih serius.

“Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara,” katanya.


Isu kerajaan perpaduan kedua-dua parti itu muncul kembali selepas bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan presidennya Datuk Seri Hadi Awang pernah mengakui usaha itu.

Hadi menafikan dakwaan itu manakala PAS pula akan memanggil Husam memberi penjelasan susulan serangannya pada pemimpin tertinggi parti Islam itu.

Menulis di Facebook, Asri berkata alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan mengimbangi Umno dengan “mewujudkan hubungan yang matang, tegas tapi mesra”.

Katanya, idea kerajaan perpaduan oleh Hadi mungkin boleh direalisasikan memandangkan kedua-dua pihak saudara seakidah yang tidak jauh berbeza daripada segi watak dan idealisme.

“PAS hari ini hampir menyamai Umno dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja,” katanya.

Katanya, Jika PAS dan Umno dapat menjadi “sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran”, mungkin banyak manfaatnya. -Malaysia Kini/16/11/15


, , ,

Ahad, 15 November 2015

Hadi Nafi Cuba Bentuk Kerajaan Perpaduan Umno-PAS di Selangor



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan bahawa beliau mahu bekerjasama dengan Umno dengan membentuk kerajaan perpaduan di Selangor sewaktau krisis menteri besar tahun lalu.

"Tak ada, tak ada," katanya ketika ditanya oleh wartawan hari ini.

Ini walaupun ADUN PAS Datuk Husam Musa, yang membuat dakwaan itu, menyatakan bahawa beliau sedia menceraikan isterinya jika dakwaan itu tidak benar.

Mengulas hal itu, Hadi yang juga timbalan ketua kesatuan ulama sedunia mencabar bekas naib presiden PAS itu untuk berbuat demikian.

"Biar dia sumpahlah. Kalau apa yang dia kata betul dan kami bohong, sila bersumpah (untuk cerai isterinya)," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini. -Malaysia Kini/15/11/15

Pendedahan Husam di sini dan di sini.

Berkaitan:

Husam Sanggup Sumpah Talak Isteri, Buktikan Hadi Bekerjasama dengan Umno

Susulan dakwaan mengejut terdapat usaha penyatuan PAS dengan Umno melalui Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden Datuk Husam Musa menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataannya itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata demikian ketika menjawab soalan di majlis “Demo Tanya, Ambo Jawab” di Kota Baru, Kelantan, malam kelmarin.

Menurut Husam, usaha membentuk kerajaan di antara PAS dan Umno sudah berlaku sejak sekian lama.
Bekas exco kerajaan Kelantan itu berkata, setiap kali pilihan raya akan terdapat ramai pemimpin dan kenamaan berkunjung ke rumah bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memujuknya supaya berbaik dengan Umno.

Katanya, usaha itu diteruskan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 apabila presiden PAS dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menurut Husam, usaha itu gagal kerana kerusi yang diperoleh PAS pada ketika itu tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan dengan Umno.

Menurut Sinar Harian, Husam menceritakan, ketika perundingan itu berlangsung selama 15 minit, beliau menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada bekas setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa untuk bertanyakan tentang pertemuan itu.

Katanya, beliau menerima maklumat mengenai perundingan itu daripada pekerja hotel yang tidak mahu kedua-dua parti itu bergabung.

“Saya sebut nama Datuk Mustafa supaya dia boleh jadi saksi, mungkin selepas ini dia nafi, saya tanya mereka perundingan apa yang dibuat?

“Tetapi adakah PAS dan Umno tidak boleh berbaik? Boleh, dengan dasar terbuka (tetapi), bukan kerana fulus (duit), tapi saya peringatkan dari situ sehingga mesyuarat PAS Pusat dalam isu menteri besar Selangor.

“Saksi saya adalah AJK PAS ketika itu termasuk presiden dan timbalan (ketika itu Mohamad Sabu), mungkin Mat Sabu tidak boleh jadi saksi sebab sudah keluar parti tetapi saya masih ahli PAS. Selain itu, bekas ketua Muslimat PAS Siti Zailah. Soalnya berani atau tidak sahaja.

“Ulama kena cari formula kalau suruh saya sumpah talak isteri, saya sanggup,” katanya.- The Malaysian Insider/15/11/15


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH