Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label AMANAH. Papar semua catatan

,

Isnin, 4 Julai 2016

Mazlan Nafi Mahu Muhyiddin Jadi Ketua Pakatan Harapan Ganti Anwar




Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional Mazlan Aliman menafikan laporan The Star bahawa parti itu bersetuju untuk memilih bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua Pakatan Harapan yang baru.

Menyifatkan laporan tersebut jauh tersasar daripada apa yang diperkatakannya, Mazlan meminta The Star membetulkan laporan tersebut dan jika akhbar berkenaan enggan berbuat demikian beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

“Laporan itu tidak betul sama sekali dan jauh tersasar daripada apa yang saya katakan.

“Saya katakan laporan tersebut jelas berniat jahat dan mahu memporak perandakan Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga naib pengerusi Amanah Johor berkata, beliau didatangi pemberita selepas sidang media parti itu semalam dan diminta mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang mahu Muhyiddin menjadi ketua Pakatan Harapan.

“Pemberita itu bawa pandangan itu kepada saya dan saya katakan memang ada pandangan dari pihak luar. 

“Tapi siapa Amanah Johor untuk buat keputusan? Soal memilih ketua terserah kepada Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tidak timbul isu saya katakan kami mahu Muhyiddin jadi ketua.

“Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah untuk sama-sama memperjuangkan isu-siu integriti dan sabagainya,” jelasnya.

Amanah Johor semalam secara terbuka menawarkan Muhyiddin untuk menyertai parti tersebut.

Dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi semalam, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, Amanah negeri menyediakan platform kepada Muhyiddin untuk bergerak dan sedia menjelaskan isu berkaitan penyelewengan dalam negara khususnya 1MDB.

Muhyiddin dipecat daripada Umno minggu lalu bersama bekas menteri besar Kedah Datuk Sri Mukhriz Mahathir. 

Muhyiddin bagaimanapun membayangkan beliau akan bergerak bersama parti baru yang menyerupai Umno.- Malaysia Dateline/2/7/2016


, ,

Ahad, 19 Jun 2016

Rasmi: BN Menang di Kuala Kangsar dan Sg Besar



Rasmi: BN menang di Kuala Kangsar juga

9.55pm- Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Pegawai pengurus Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata Mastura berjaya mendapat 12,653 undi.

Kemenangan Mastura disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di dewan itu, yang juga termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Berikut keputusan rasmi:

Izat Bukhary Ismail Bukhary 54
Dr Najihatussalehah Ahmad 5,684
Mastura Mohd Yazid 12,653
Ahmad Termizi Ramli 4,883
Undi rosak 239
Majoriti 6,969

Rasmi: BN menang di Sg Besar, majoriti melonjak

9.55pm: Sg Besar – Keputusan rasmi:

BN: 16, 800
AMANAH 7,609
PAS: 6,902

Majoriti: 9,191

AMANAH teruk di kawasan Melayu Sg Besar

9.49pm – Sg Besar

Analisis peti undi

Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 undi.

Manakala bagi peti undi di kawasan Melayu, PAS masih boleh menyaingi BN. Beza undi kedua-duanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.

Contohnya, peti undi bagi saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).

Manakala peti undi bagi saluran Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).

Bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan kebanyakannyaberbeza tidak lebih 50 undi.

Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan AMANAH dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.

Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.

Contohnya, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan - AMANAH mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).

Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33).

PAS jauh tertinggal di kawasan Cina Sg Besar

9.30pm: Sg Besar - PAS hilang sebahagian besar sokongan di Sekinchan, kawasan majoriti Cina.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi di lima kawasan majoriti Cina di kawasan itu - Sekinchan, Sekinchan Selatan, Sekinchan Tempatan Selatan, Sekinchan Tempatan Tengah dan Sekinchan Tempatan.

Data-data itu menunjukkan PAS hanya mendapat 292 undi, jauh di belakang calon AMANAH yang mendapat 3,502 undi. BN mendapat 2,909 undi.

Calon AMANAH: Hebat, lebih baik dari jangkaan

9.10pm: Sungai Besar – Calon AMANAH Azhar Abdul Shukur lega walaupun beliau sekadar menduduki tempat kedua, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.

“Hebat, lebih baik daripada dijangkakan,” katanya.

Calon BN tiba di pusat penjumlahan undi Sg Besar

9:05pm: Dewan Seri Bernam, Sungai Besar - Calon BN, Budiman Mohd Zohdi tiba di pusat penjumlahan undi di sini.

Turut berada di sana termasuk, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.

Terdahulu di pusat operasi PAS di Simpang Lima, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan terima kasih kepada jentera PAS sebelum memulakan solat terawih.

Jangan kecewa, PSM faham - Arutchelvan sindir PAS

9.03pm: Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan menyindir kedua-dua PAS dan AMANAH di Facebook.

Sambil menasihatkan mereka supaya tidak kecewa, katanya, “Kami PSM faham. kami pun dulu ada pengalaman kalah kerana tiga penjuru.”

BN secara tidak rasmi telah memenangi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti lebih tinggi.

AMANAH mungkin hilang tempat kedua kepada PAS

8:40pm: Pusat Operasi DAP, Kuala Kangsar: Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata, beliau tidak optimistik bahawa AMANAH dapat mengatasi PAS apabila peti undi di kawasan luar bandar Melayu dikira.

Bagaimanapun, katanya, bagi AMANAH yang berusia hanya lapan bulan, parti itu berjaya memberi persaingan yang sengit.

"Prestasinya baik terutama di kawasan bandar. Cabaran paling besar ialah bagaimana untuk mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Berita penuh di sini.

, ,

Khamis, 26 Mei 2016

AMANAH Kemuka Dua Nama Calon PRK kepada HARAPAN



Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata parti itu telah mengemukakan dua nama calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Khalid berkata dua nama berkenaan telah diserahkan ketika mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diadakan hari ini.

Beliau juga memaklumkan Pakatan Harapan dijangka mengumumkan calon bagi dua kerusi itu selewatnya pada 1 Jun.

"Kita beri hujah kenapa perlu AMANAH jadi calon. Baru hari ni kita kemukakan nama calon.

"Apa yang kita kemukakan akan dikaji secara muktamad bersama nama calon yang kita kemukakan dan ia akan diumumkan pada 1 Jun.

"Selewatnya 1 Jun. Kita cadang dan dua-dua parti (PKR dan DAP) akan buat pertimbangan khusus oleh kerana PAS dan PKR ada dalam kerajaan negeri dan kena kaji sudut itu juga macam mana ia nak dilakukan," katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada Datuk Seri Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor akan menerima calon yang dikemukakan AMANAH, Khalid menyerahkan perkara itu kepada PKR.

Bagaimanapun, Khalid yang merupakan anggota parlimen Shah Alam itu positif bahawa senarai calon parti itu akan diterima dan pilihan raya kecil pada 18 Jun akan berdepan pertandingan tiga penjuru.

"Apa yang kita bentangkan tadi telah dibahas dan kita memahami masalah Selangor.

"Kita tak boleh tunggu dia (Azmin) balik sebab perkara untuk kemukakan calon ni tak memerlukan Azmin. Cuma untuk keputusan muktamad kita memerlukan dia.

"Dan memang akan jadi pertandingan tiga penjuru, insha Allah," katanya lagi.

Sebelum ini, PKR didakwa mengadakan rundingan bersama PAS dalam isu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, PAS berpendirian untuk tetap meletakkan calon mereka di dua kawasan tersebut memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti Islam berkenaan.

Sekiranya AMANAH bertanding, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan antara BN, AMANAH dan PAS. - Malaysia Kini/26/5/2016


,

Jumaat, 13 Mei 2016

AMANAH Nekad Wakili PH dalam PRK


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar dan P.067 Kuala Kangsar mewakili Pakatan Harapan.

Bagi Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan, parti yang baru berusian lapan bulan itu sudah benar-benar bersedia menguji kekuatan jenteranya di Malaysia Barat.

“Seluruh pimpinan Pakatan Harapan harus jujur berusaha mengangkat keutuhan gabungan ini. P.093 dan P.067 merupakan kawasan strategik bagi AMANAH sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

“Komposisi campuran penduduk dengan majoriti Melayu Islam sememangnya menjadi gelanggang ideal buat AMANAH meluaskan pengaruh Pakatan Harapan di kedua-dua Parlimen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Dalam pada itu, Sany turut menjelaskan pihaknya menghormati PAS sebagai blok ketiga dan menyedari situasi bahawa parti Islam itu akan berperanan sebagai penasihat kerajaan yang memerintah.

Namun, pertembungan tersebut juga katanya bakal menguji dan menjadi kayu ukur gabungan politik mana yang lebih dipercayai rakyat.

“Bahkan rakyat umumnya telah sedia memaklumi bahawa PAS bukan sebahagian Pakatan Harapan dan jika berlaku tiga penjuru pun, anak muda boleh ‘membaca’ bahawa PAS bertindak sebagai entiti berasingan yang masuk bertanding demi kepentingan politik Blok Ketiga,” katanya.

Dia juga akui, PAS dan rakan-rakan koalisinya juga menunjukkan nekad bertanding di kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan merujuk kepada senario yang berlaku dalam PRN Sarawak baru-baru ini.

Oleh yang demikian, Sany mahu PH meletakkan calon yang tegas menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri selain itu juga tidak memberi ruang kepada calon-calon yang mesra Najib bertanding.

“Penting untuk Pakatan Harapan mengambil kira ketegasan prinsip untuk menolak Najib Razak dan pada masa yang sama tidak memberi ruang calon-calon yang ‘mesra’ Najib Razak bertanding secara solo,” katanya lagi yang bagaimanapun tidak menamakan calon ‘mesra Najib’ itu. -FreeMalaysiaToday/13/5/2016

Berkaitan:

AMANAH Juga Mahu Bertanding di Sg Besar

SHAH ALAM: Pemuda AMANAH Selangor mahu mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bulan depan.

Ini kerana kata Ketua Pemudanya, Abbas Azmi parti itu mempunyai beberapa calon yang kesemuanya memiliki kelebihan tersendiri dan diyakini akan diterima rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah membuat keputusan untuk mencadangkan calon daripada sayap itu bagi PRK Sungai Besar.

“Segala gerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi telah pun dibuat bagi memperkenalkan misi dan visi parti, malah program kemasyarakatan juga akan diperbanyakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta empat yang lain termasuk juruterbang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun nanti, manakala hari penamaan calon jatuh pada 5 Jun ini. – BERNAMA/13/5/2016

, ,

Pemuda AMANAH Tibai Pemimpin Harapan Berlagak Baik



Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan mengenai keperluan untuk memartabatkan integriti perikatan pembangkang persekutuan dalam masa melakukan persediaan berdepan pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar and Kuala Kangsar.

Ketuanya, Sany Hamzan dalam kenyataan berkata, rundingan berterusan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan mengenai calon-calonnya akan menjadi ujian kritikal demi meraih kepercayaan rakyat untuk dilihat sebagai berkemampuan menggantikan BN dan melaksanakan perubahan secara keseluruhan pentadbiran negara.

“Suka atau tidak, pertembungan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan semasa pilihan raya negeri Sarawak sudah tinggal menjadi sejarah dan tidak harus diulangi oleh mana-mana parti,” jelasnya.

Beliau merujuk kepada kekalahan teruk Pakatan Harapan akibat pertembungan antara DAP dan PKR di enam kerusi.

Sany, bagaimanapun, menyedari kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, BN dan PAS, dengan sokongan blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

“Rakyat bukan bodoh. Adalah sukar untuk mereka menerima pemimpin yang mengecewakan majoriti rakyat dengan membenarkan parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk bertembung di Sarawak, sekarang ‘berlagak baik’ dan cuba menghalang pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

“Apa sebenarnya mesej politik yang pemimpin ini cuba sampaikan? Terus cuba mengganggu Pakatan Harapan atau apa?,” kata Sany tanpa menamakan sesiapa.

Sany, sementara itu, turut menekankan AMANAH patut diberikan peluang untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Antara lain, beliau turut berkata kerusi yang majoritinya Melayu menjadi platform yang sesuai buat AMANAH untuk melebarkan pengaruh Pakatan Harapan. - Malaysia Kini/13/5/2016

, ,

Rabu, 11 Mei 2016

AMANAH Mahu Bertanding di Sg Besar, Kuala Kangsar


PETALING JAYA : Parti Amanah Selangor (AMANAH) sewajarnya mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Demikian kata Pengerusinya Izham Hashim yang berpendapat secara prinsipnya parti itu telah menggantikan tempat PAS dalam PH.

“Oleh kerana AMANAH menggantikan PAS dalam PH maka sewajarnya kami yang bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kita ada ramai calon yang berkelayakan dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AMANAH Nasional pada 15 Mei nanti,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas wakil rakyat terbabit, merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.

Tragedi itu turut meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Konstabel Ahmad Sobri Harun.

Sementara itu, Izham turut diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti

“Mana-mana pimmpinan daripada komponen parti dalam PH bebas menjemput sesiapa atau mana-mana parti menyertai PH. Namun, kaedah penerimaan mestilah mengikut tatacara yang terkandung dalam perjanjian PH yang ditandatangani baru-baru ini.

“PH percaya pembangkang perlu bersatu di bawah satu platform bagi menghadapi BN.

“Walau bagaimanapun parti-parti berkenaan perlulah jujur dan bersedia mematuhi segala peraturan berhubung dengan perjalanan PH. Juga mereka perlu dipersetujui keahlian oleh ketiga-tiga parti komponen PH sedia ada,” tegasnya. - FreeMalaysiaToday/10/5/2016


, , ,

Isnin, 18 Januari 2016

PKR Sertai Majlis Amanah, Tidak Hirau Bantahan PAS - Rafizi



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.

Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.

"Jika (Datin Seri) Rosmah (Mansor) ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu.

Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.

"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar.

"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.

"Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini.

PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," menurut surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ia tidak diteruskan demi kebaikan bersama," kata kandungan surat yang dihantar menjelang ceramah Rafizi di Kok Lanas malam tadi itu.

Bantahan PAS terhadap PKR semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sehingga ada pemimpin menjangkakan hubungan antara keduanya akan putus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara yang berpendapat demikian ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, hubungan kedua-duanya akan kekal sekurang-kurangnya hingga PRU14.

PAS sebelum ini membuat pendirian untuk mengadakan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR dan taawun (kerjasama untuk kebaikan) dengan Umno.

Dalam masa yang sama, PAS menyifatkan Amanah, iaitu parti yang ditubuhkan hasil perpecahannya, serta DAP, adalah musuh mereka. – The Malaysian Insider/ 17 Januari, 2016. 


, ,

Sabtu, 16 Januari 2016

Kawan BN Musuh Amanah - Mat Sabu



Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu.

"Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baharu. Mereka akan bertanding 8 kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di 8 kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman. Kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan, siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtimak Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, minggu lepas.

Amanah ditubuhkan serpihan kepimpinan profesional PAS yang tewas dalam pemilihan parti ekoran rasa tidak puas hati mereka terhadap parti Islam itu yang kini dikuasai golongan konservatif ulama.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini memutuskan parti itu tidak akan menyertai BN, namun bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak, khususnya dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, berkata PAS bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya. – The Malaysian Insider/16 Januari, 2016.


,

Ahad, 10 Januari 2016

AMANAH Musuh Baharu PAS


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain Umno, Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan ancaman kepada parti Islam itu.

Ia berikutan AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kawasan mereka akan rampas.

“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.

“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.

PAS memang tidak mempunyai hubungan baik dengan AMANAH yang terbentuk hasil perselisihan aliran pemikiran dalam parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.

Permintaan akar umbi

Pada masa sama, DAP dan PKR menjalin hubungan dengan parti baru berkenaan walaupun ia kelihatan longgar di beberapa negeri.

Beberapa hari lalu AMANAH mendapat lapan daripada 288 kerusi yang ada di semua pihak berkuasa tempatan di Selangor dan ia dikecam PAS.

Di sebalik pembahagian itu kerajaan negeri enggan mendedahkan parti mana yang terpaksa berkorban memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.

Sementara itu, Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor dalam PRU akan datang, menjadikan jumlah kerusi keseluruhan yang ditandingi mereka menjadi 25.

Katanya, PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan.

“Kita akan bertanding. Ini permintaan akar umbi untuk bertanding lima kerusi lagi. Bukan sebab lapan kerusi tu tapi sebab keperluan (dalam PRU).

“PAS ada Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, bukan (sekadar) suka-suka nak bertanding,” katanya yang menjangkakan PRU akan datang berlangsung pada Mac 2017. - Malaysia Kini/10/1/16



Berkaitan:

PAS Tak Goyang Hadapi AMANAH

PAS tidak gentar menghadapi Parti Amanah Negara (AMANAH) berikutan pengalaman dan sejarah panjang yang dihadapi oleh parti berkenaan.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS pernah menghadapi pelbagai parti sebelum ini, termasuk Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) bagaimanapun PAS tidak pernah jatuh, malah terus bangkit.

“PAS parti paling berpengalaman sebelum merdeka dan sejak merdeka. (Menghadapi parti lain) itu adalah perkara biasa.

“Pakatan bukan baru, Pakatan Harapan dan pelbagai pakatan sejak tahun 1960-an ada yang rebah. Ada yang rebah tak bangun-bangun, (tetapi) kita terus bangkit,” katanya di sidang media selepas melancarkan Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas kerjasama yang dijalinkan AMANAH dengan PKR dan DAP ketika ini.

Semalam, AMANAH yang merupakan parti serpihan PAS, bersama PKR dan DAP memeterai perjanjian kerjasama Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka bakal diadakan pada 2017.

Sebelum ini PAS dan DAP telah berpatah arang berkerat rotan sehingga kerjasama Pakatan Rakyat tumbang dan masing-masing menjalani kerjasama berasingan dengan PKR. - Malaysia Kini/10/1/16

Satu Kerusi Pun Tak Boleh

PAS tidak akan menyerahkan satu pun kerusi yang ditandinginya kepada parti pembangkang lain dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menganggap ia adalah "maruah parti" Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebelum ini parti itu berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).

Katanya PAS bersikap berlapang dada dengan kerjasama itu seperti dibuktikan dalam pilihan raya sebelum ini.

“Setiap kali PAS mengadakan tahaluf, PAS berlapang dada. (Apabila) kita bekerjasama dengan Semangat 46, PAS serahkan kerusi PAS kepada Semangat 46.

“Bahkan di masa kerjasama dengan Parti Negara, PAS serahkan kerusi kepada Parti Negara, dan apabila bergabung dengan PKR (melalui Pakatan Rakyat), PAS serahkan jentera (kerana) tahaluf.

“Hari ini mereka minta PAS bekerjasama dengan gabungan baru (Pakatan Harapan) - maksudnya mahu kerusi PAS. Ia tidak akan berlaku. Kita tidak akan serah satu pun kerusi kita.

"Kerusi yang ditandingi adalah maruah parti,” katanya di majlis penutup Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.

Semalam, AMANAH yang merupakan parti serpihan PAS bersama PKR dan DAP memeterai perjanjian kerjasama Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU ke-14.

Tebus 'dosa' masa lalu

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata PAS bersedia untuk berhadapan dengan Umno satu lawan satu sekiranya parti Islam itu tidak diganggu parti pembangkang lain.

Katanya, beliau ditanya tentang gagasan parti itu di Selangor.

"Saya tegaskan (ia adalah) satu lawan satu dengan Umno selagi mana mereka (parti lain) tak mengganggu.

"Kalau kita (PAS) digempur (parti pembangkang lain), kita akan (melawan semula),” katanya kepada lebih 6,000 ahli PAS yang hadir.

Tuan Ibrahim turut menambah, rakyat di negara ini perlu mengundi PAS bagi "mengampunkan dosa ibu bapa" yang mungkin tersalah memilih pemimpin terdahulu.

“Kita menang di Selangor, di Kelantan (dan seterusnya) menawan Putrajaya, untuk apa kita menang?

“Untuk Allah ampunkan dosa kita yang dulu dan sekarang, dosa tok ayah kita yang dulu mungkin silap pilih pemimpin.

“Kedua, Allah janji kalau dengan kemenangan Islam kita akan rasa nikmat sempurna Islam, nikmat kestabilan ekonomi, nikmat kepimpinan, nikmat agihan kekayaan di kalangan rakyat, nikmat keamanan, nikmat perlaksanaan hukum Allah dan undang-undang, semua ini nikmat yang tidak rasa selama ini,” katanya. - Malaysia Kini/10/1/16




, ,

PAS larang ahli sertai program AMANAH, DAP



PAS mengeluarkan arahan melarang semua ahlinya daripada menyertai mana-mana program Parti Amanah Negara (AMANAH).

Perintah itu dikeluarkan kurang dari dua minggu selepas bekas naib presiden parti berkenaan, Datuk Husam Musa, menghadiri - dan beucap - dalam program Makan Malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya pada 1 Januari lalu.

Menurut surat yang dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan, jika ahli parti masih mahu menyertai program AMANAH atau DAP, mereka mestilah mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pusat PAS.

Surat berkenaan bertarikh 8 Januari.

Arahan berkenaan ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah.

"Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti AMANAH dan DAP di semua peringkat.

"Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat PAS sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari AMANAH dan DAP)," pekeliling itu dipetik. - Malaysia Kini/10/1/16

P/s: Dengan UMNO, ok!!!


,

Sabtu, 2 Januari 2016

AMANAH Sasar Setiap Keluarga Ada Ahli AMANAH



SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sedang merancang secara teliti agar setiap keluarga di negara ini mempunyai ahli Amanah. 

Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, rancangan itu antara visi Amanah pada tahun 2016.

"Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru setiap kepimpinan di semua peringkat supaya menjadikan tahun baru 2016 sebagai 'Tahun Merakyatkan Amanah',

"Oleh itu antara visi Amanah ialah mensasarkan setiap keluarga sekurang-kurangnya seorang menjadi ahli Amanah" katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Dalam pada itu Salahuddin berkata, Amanah akan menampilkan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif dan peduli bagi mendekati rakyat. 

"Ini perlu diagendakan dalam setiap segmen kehidupan rakyat di negara ini, oleh itu adalah terlalu penting bagi Amanah sepanjang tahun 2016 untuk menjenamakan dirinya dalam ingatan dan sanubari rakyat melalui seluruh ruang dan kesempatan yang terbentang luas di persada politik negara ini," katanya. -Sinar Harian/1/1/16


, ,

Saya Hanya Ikut Jejak Presiden, Alasan Husam Hadir Majlis AMANAH



Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden.

"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.

"Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.

"Takkan saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh ke majlis bersama pemimpin Umno," kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada persidangan serantau bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Kata Husam, kalau presiden PAS boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakannya yang dulunya anggota PAS.

Ini kerana, Hadi berkata beliau mahu berperanan sebagai penasihat kepada Umno ketika ditanya mengenai hubungannya dengan parti Melayu itu yang selama ini merupakan musuh ketat PAS.

Husam turut memaklumkan, beliau akan menyertai majlis DAP malam esok di Kluang, Johor atas alasan yang sama.

"Saya akan bersama majlis DAP untuk menasihati rakyat Malaysia agar bersatu menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN)," kata Husam yang menjadi pemidato utama dalam majlis anjuran Amanah Kelantan itu malam tadi.

Husam juga melahirkan kebimbangannya ekoran hubungan baik antara pemimpin PAS dengan Umno.

"Saya bimbang parti saya lindungi Umno yang lakukan korupsi," kata ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu.

Baginya, rasuah adalah salah satu dosa, sambil menambah penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bentuk rasuah.

"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan itu?" soal Husam.

Husam dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau tokoh reformasi Malaysia.

Katanya, tidak ada ulama di Malaysia mengajar pengikutnya dari sekecil-kecil perkara seperti mengelakkan pembaziran dan penyelewengan, apatah lagi isu besar seperti rasuah.

"Tidak ada ulama yang mengajar pengikutnya agar hanya menggunakan sebotol air sahaja untuk mengambil wuduk.

"Ketika para ustaz mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sangat banyak, ia dianggap membazir oleh Tok Guru Nik Aziz," kata Husam.

Husam juga memberi contoh beliau pernah dimarahi Nik Aziz kerana tidak mematikan lampu bilik air hampir 30 tahun lalu, dan hingga kini menjadi tabiatnya tidak meninggalkan lampu bilik air terpasang apabila keluar tandas. – The Malaysian Insider/2 Januari, 2015.


, ,

Anak Nik Aziz sertai AMANAH



Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH).

Dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan.

Nik Omar bagaimanapun tidak hadir dalam majlis tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya.

Namun ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH.

Malah, beliau mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.

"Eh mana ada anak Nik Aziz masuk AMANAH. Kamu salah dengar ni. Mana ada," katanya selepas majlis yang dihadiri kira-kira 1000 penyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemuiMalaysiakini mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan itu memang telah menyertai parti berkenaan.

Sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata Nik Omar bagaimanapun tidak akan hadir pada majlis-majlis yang melibatkan orang ramai pada ketika ini.

Hormati permintaan keluarga

Katanya, ia bagi menghormati permintaan keluarganya serta kematian bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu.

"Sebenarnya dia (Nik Omar) memang dah sertai AMANAH tapi sebab nak menghormati permintaan bondanya serta keluarganya yang lain.

"Tetapi kalau ada mesyuarat dalaman memang dia akan hadir cuma di majlis terbuka seperti ini dia tak mahu menonjol," katanya kepada Malaysiakini.

Masih belum bersedia.

Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.

"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.

Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya.

Manakala adiknya, Nik Abduh yang merupakan anak kelima pula merupakan Ketua Pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Nik Omar untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau sendiri. - 2/1/16

Kemas Kini:

‘Ambo tidak terlibat,' kata Nik Omar

KOTA BHARU - Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan penyertaan beliau dalam‎ Parti Amanah Negara (Amanah) seperti mana yang dilaporkan portal berita.

Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.

Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.

“Ambo (saya) tidak terlibat, ambo bawa pandangan masing-masing, kena terima kewujudan dan menghormati satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin‎ mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.

Ditanya kenyataan itu bermaksud beliau menolak perlantikkan itu, Nik Omar yang juga Pengetua Mahaad Tahfiz Darul Annuar di Pulau Melaka‎ berkata, beliau sama sekali tidak terlibat.

Dalam masa yang sama, Nik Omar turut enggan mengulas ketika ditanya dakwaan mengatakan beliau telah menyertai parti itu dengan menggunakan nama samaran.

Nik Omar sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Amanah setelah beberapa kali hadir dalam majlis anjuran parti serpihan Pas itu‎ beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu. -Sinar Harian/3/1/16

, , , , , ,

Ahad, 6 Disember 2015

DAP Kesal Pemimpin PAS Fitnah Amanah, Mohamad Sabu



KUALA LUMPUR, 6 DIS: Tuduhan PAS kononnya Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, adalah alat serta jurucakap DAP adalah fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pihaknya membantu Amanah mengikut apa yang mampu berdasarkan semangat setiakawan Pakatan Harapan.

“Ia sama seperti DAP membantu PKR kerana kita sama-sama rakan komponen Pakatan Harapan,” katanya, memberi contoh usaha, setiakawan dan bantuan DAP kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang diserang Barisan Nasional dalam kes pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak kepada pemimpin Sulu di Filipina.

Beliau kesal dengan tuduhan PAS yang tidak adil itu kerana menuduh Mohamad Sabu sebagai jurucakap DAP dan Amanah sebagai proksi DAP.

“Biar saya jelaskan di sini, Mohamad Sabu adalah pemimpin Amanah, beliau adalah jurucakap Amanah. Saya adalah Setiausaha Agung DAP, saya hanya boleh menjadi jurucakap DAP dan bukannya Amanah.

“Namun kita bersatu hati dan bantu-membantu antara satu sama lain kerana kita ada bersama dalam Pakatan Harapan,” ujarnya sewaktu merasmikan Konvensyen Biasa DAP Wilayah Persekutuan 2015 di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Semalam, media menyiarkan kenyataan pemimpin veteran PAS, Datuk Mustafa Ali, yang menuduh Mohamad Sabu sebagai alat atau jurucakap DAP, dan mendakwa Amanah adalah proksi DAP.

Sebelum Pakatan Rakyat berpecah atas sikap PAS yang mahu bermain dengan isu hudud yang bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, UMNO dan BN sering menyebarkan fitnah menuduh PAS sebagai proksi DAP.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan kini keadaan sudah terbalik apabila pimpinan PAS pula menggunakan taktik kotor UMNO-BN terhadapnya dahulu untuk memfitnah Amanah dan DAP.

“Ini adalah gaya politik UMNO yang dilakukan sejak zaman berzaman. Sekarang PAS gunakan taktik UMNO untuk menyerang Amanah dan DAP,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan bahawa Mohamad Sabu adalah pemimpin yang tegas, berani dan beramanah.

Katanya, Mohamad Sabu pernah dilantik sebagai ahli lembaga sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang dan dibayar elaun atas kapasiti sebagai wakil PAS, tetapi setelah beliau keluar PAS, beliau telah meletak jawatan daripada syarikat kerajaan tersebut.

“Inilah amanah. Malah, selepas itu beliau terus membantu kerajaan negeri Pulau Pinang tanpa dibayar apa-apa elaun,” tambah beliau. – Roketkini.com

, , ,

Isnin, 16 November 2015

PAS Permatang Pauh Putus Hubungan dengan Salleh Man



PAS Kawasan Permatang Pauh semalam mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man.

Yang dipertuanya, Omar Hassan berkata PAS kawasan itu membuat keputusan tersebut pada mesyuaratnya pada Isnin lepas. 

"Keputusan ini dibuat berikutan kenyataan Salleh dengan jelas menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui DAP dan bertentangan dengan pendirian PAS pusat," katanya kepada pemberita di Dewan Yusof ar-Rawa di Permatang Pauh, semalam.

Katanya, pendirian PAS pusat tidak mengiktiraf kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Dalam kenyataan pada 2 November, Salleh mengumumkan pendirian menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Omar yang juga timbalan yang dipertua 2 PAS Pulau Pinang berkata, keputusan itu yang mendapat persetujuan PAS negeri, akan dimaklumkan kepada PAS pusat. – Bernama, 16 November, 2015.


, , ,

Khamis, 12 November 2015

Mat Sabu: Saya Turut Bina PAS Selama 37 Tahun


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata beliau antara individu yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan yang dikecapi PAS kerana turut terlibat dalam membina parti itu sejak 37 tahun yang lalu.


Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS itu menepis tanggapan bahawa pemimpin AMANAH menumpang kekuatan dan kejayaan PAS sebelum ini, lapor Sinar Harian hari ini.

"Saya juga punca PAS kuat tetapi AMANAH tidak menumpang kekuatan PAS. Kita tak tumpang PAS, kejayaan PAS ini kejayaan bersama.

"Saya baru tinggalkan PAS empat bulan. Jadi selama ini, 37 tahun saya bina PAS, kejayaan PAS selama ini kami yang buat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Mohamad menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor menganggap AMANAH dilihat ingin menumpang kejayaan PAS meletakkan asas Islam dan membina Kelantan dan tiada keperluan untuk menukar kerajaan baru.

Ia ekoran kenyataan Mat Sabu bahawa AMANAH bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohamad bersama sekumpulan bekas pemimpin PAS bertindak menubuhkan AMANAH selepas disingkirkan pada muktamar di Kuala Selangor pada Jun lalu dan menyaksikan kepimpinan parti itu dikuasai pemimpin pro-ulama.

Akhbar itu hari ini juga menyebut, Mohamad mengulangi bahawa parti itu mampu menggantikan PAS di negeri itu dan menegaskan AMANAH "tidak bermimpi" memandangkan sokongan hebat oleh rakyat di negeri itu.

Dalam laporan itu juga, Mohamad berkata PAS ketika ini "tidak seperti dahulu" menyebabkan beliau menubuhkan parti Islam yang baru.- Malaysia Kini/12/11/15


, , ,

Mesej Hukum Bunuh kepada Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Negeri Terengganu



Kuala Terengganu: “Saya berani katakan cgu (cikgu) Man dah murtad dan wajib dihukum bunuh,” demikian kandungan mesej WhatsApp yang ditujukan kepada Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Negeri Terengganu, Othman Ismail.

Menurut Othman, 56, ugutan berkenaan dihantar seorang daripada individu yang turut ada dalam kumpulan WhatsApp dikenali Arena Politik Royalti, kelmarin.

“Saya terima mesej berkenaan pada jam 3.10 petang semalam (kelmarin) ketika berada di rumah di Kuala Ibai.

“Saya percaya mesej itu dihantar berikutan keputusan saya untuk mengubah hala tuju politik daripada PAS kepada Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Terengganu sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkaitan ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, semalam.

Othman berkata, dia beberapa kali menerima ugutan daripada individu berkenaan tetapi tidak mengendahkannya sebelum ini.

“Bagaimanapun, kali ini saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri pada masa depan selepas mendapat nasihat daripada rakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Nik Mohd Zain Nik Omar mengesahkan ada menerima laporan polis berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan. -Harian Metro/12/11/15


, ,

‘Harum Manis’ Pertama Gugur 19 November



ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah memberi gambaran bahawa ‘harum manis’ pertama akan gugur dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Dr Ismail Salleh berkata, harum manis yang dimaksudkan ialah pemimpin dan ahli yang luarannya pengikut Pas tetapi dalamannya menyokong Amanah.

“Kita seolah dicabar untuk menunjukkan bukti bahawa wujudnya ahli Pas yang cenderung kepada Amanah.

“Maka kita akan tunjuk bukti kepada mereka dalam bentuk gugurnya buah itu. Sekarang kita bagi mereka bau dulu bunganya,” katanya kepada media di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra, di sini, semalam.

Menurutnya, maklumat lanjut berhubung perkara itu akan didedahkan pada 19 November ini kerana terpaksa menunggu ‘harum manis’ tersebut masak sebelum boleh diambil dan kupas.

Difahamkan, gelombang pertama ‘harum manis’ itu adalah melibatkan lebih 300 ahli Pas Kawasan Pokok Sena.

Mengulas lanjut perkara itu, Ismail mengesahkan terdapat beberapa pemimpin besar dalam Pas Kawasan juga akan terlibat.

“Buat masa ini ia hanya melibatkan peringkat kawasan. Di peringkat negeri kita akan buat pada gelombang berikutnya nanti,” katanya.

Pas Kedah sebelum ini tidak bimbang dengan dakwaan wujudnya ‘harum manis’ yang dikatakan cenderung kepada Amanah walaupun masih bergelar ahli pas.

Timbalan Pesuruhjaya III, Muhammad Sanusi Md Noor turut mencabar Amanah untuk menunjukkan bukti jika benar terdapat ‘harum manis’ dalam parti Islam itu.

Pada perkembangan lain, Ismail turut menegaskan bahawa Amanah Kedah belum berbincang mengenai hasrat untuk bertanding di kawasan Pas.

“Kita berada dalam satu pakatan. Apa-apa keputusan akan dibincangkan dahulu dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

“Lawan kita hanyalah BN. Bermakna hanya ada dua penjuru iaitu satu oleh Pakatan Harapan dan satu lagi oleh BN,” katanya.

Tambahnya, mana-mana parti lain yang tercicir daripada itu adalah dianggap melakukan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.

“Kami dalam Pakatan Harapan hanya akan lawan BN, yang lain kami tidak kacau. Tapi kalau dia (Pas) masuk, dia lah yang akan buat tiga penjuru.

“Tentang spesifik Dun dan Parlimen itu bukan dalam bayangan kita lagi sebab masih di peringkat awal untuk tambah bilangan ahli,” katanya. -Sinar Harian/12/11/15


, ,

Selasa, 10 November 2015

AMANAH Sedia Ganti PAS di Kelantan - Mat Sabu



Parti Amanah Negara (AMANAH) bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima AMANAH). Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu (untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di Pasir Mas, malam semalam.

Mat Sabu berkata pada masa ini, AMANAH akan memberi fokus kepada penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan PKR.

"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya.- Bernama/10/11/15

, ,

Khamis, 5 November 2015

Lebih 50% Ahli PAS Sokong Amanah di Kelantan - Penyelidik



Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.

Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.

"Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.

Mereka diberikan gelaran "harum manis" iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.

"Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah," kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.

Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.

Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.


Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bercakap pada satu dialog diadakan di Kota Baru, Kelantan, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 November, 2015.

Bahkan Wan Rahim yakin, mereka boleh menang jika terpaksa bertanding 3 penjuru di kerusi paling kuat PAS iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.

"Kami yakin menang di Demit dengan calon yang kami ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau tidak mahu Amanah dipersalahkan jika kerajaan negeri Kelantan, yang dibina bekas menteri besar allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lalu, jatuh.

Sebab itu, sejak awal, beliau mahu berbincang dengan PAS agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, Amanah (mewakili Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Bahkan katanya, Amanah bersedia tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Kelantan jika perundingan dibuat antara kedua-duanya.

"Namun, PAS tidak pernah menghiraukan bunga yang kami tawarkan," kata Wan Rahim ketika ditemui selepas satu majlis dialog antara Amanah dan golongan profesional Kelantan di Kota Baru baru-baru ini.

Program yang diadakan di sebuah dewan milik sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyasarkan hanya 70 profesional Kelantan, khasnya di kalangan doktor perubatan, ahli farmasi dan peguam.

Bagaimanapun, ia mendapat sambutan di luar dugaan apabila dewan itu dipenuhi ramai golongan profesional, terutamanya di kalangan para doktor dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, khasnya Hospital USM sendiri.

Salah seorang doktor yang ditemui, Datin Dr Salehatun Salleh berkata, beliau masih bersama PAS tetapi pada masa sama mengkaji prospek Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan susulan tewasnya pemimpin progresif parti itu pada pemilihan Jun lalu.

"Kebanyakan kawan saya sudah sertai Amanah dan mereka kempen agar saya juga menyertainya," katanya yang saban waktu menyertai kuliah Nik Aziz ketika menteri besar, yang juga bekas mursyidul am PAS itu, masih hidup.

"Masa Tok Guru masih ada, kami orang profesional ni terasa sangat dihargai, tetapi sekarang mereka buat tak kisah sahaja," katanya memberikan justifikasi kenapa golongan profesional di Kelantan menyertai Amanah. – The Malaysian Insider/5 November, 2015.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH