Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label gaji. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 16 November 2015

Lim: Gaji KM Pulau Pinang Paling Rendah di Negara Ini




Diasak rasional di sebalik kenaikan 100 peratus gaji untuk anggota exco kerajaan negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau adalah ketua menteri yang palng rendah gaji di negara ini.

Lim berkata tidak ada kenaikan gaji untuk jawatan ketua menteri kerana tidak ada kenaikan gaji bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tetapi sebab utama kenaikan gaji (untuk ahli exco) ialah kita melakukannya sejajar dengan Selangor (pada 2013) dan negeri maju yang lain seperti Sarawak," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan kritikan mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengkaji semula gaji wakil rakyat negeri itu.

"Kami sedar bahawa masa tidak begitu sesuai, tetapi kami perlu lakukannya kerana kos sara hidup meningkat," katanya.

Selaku, ketua menteri, Lim menerima gaji pokok sebanyak RM14,000 sebulan.

Namun, sebagai ADUN Air Putih, beliau turut menikmati kenaikan daripada RM6,000 kepada RM11,250. Kerajaan negeri meluluskan kenaikan gaji 87 peratus kepada semua ADUN.

Jika pindaan kepada Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980 diluluskan pada Jumaat ini, ahli-ahli exco kerajaan negeri akan menikmati 100 peratus kenaikan gaji pokok, daripada RM6,109.29 kepada RM12,109.29.

Kenaikan gaji akan berkuatkuasa mulai 1 Jan tahun depan. Kenaikan gaji terakhir bagi 40 wakil Dewan Undangan Pulau Pinang adalah pada tahun 2013.

Sementara itu, elaun ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid juga akan meningkat, sebanyak 50 peratus, iaitu daripada RM2,000 kepada RM3,000.

Gaji pokok Speaker Law Choo Kiang pula dikaji semula daripada RM6,109.29 kepada RM12,109.29. - Malaysia Kini/16/11/15





, , ,

Isnin, 3 Mac 2014

MB Selangor DERMA Keseluruhan Kenaikan Gajinya kepada TAWAS


RM 15,074.85 Sebulan, Ikhlas daripada MB kepada TAWAS.

[Selangorku] SHAH ALAM 1 MAC : Walaupun menerima kenaikan gaji hampir seratus peratus, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan menyumbang kesemua kenaikan itu kepada Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Memetik laporan Malaysian Insider, seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar mengesahkan perkara itu dan berkata jumlah yang disumbangkan Khalid ialah sebanyak RM 15,074.85.


“Betul, beliau sumbangkan kenaikan gaji menteri besar kepada tabung Tawas,” kata pegawai berkenaan.

Semalam, beberapa pengendali laman Facebook mula berkongsi gambar satu surat rasmi bertarikh 28 Januari 2014 yang ditandatangani Abdul Khalid kepada Pegawai Kewangan Selangor, Datuk Noordin Sulaiman.

“Saya dengan ini menyumbang semua wang kenaikan gaji tersebut sebanyak RM 15,074.85 ke dalam Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) melalui potongan gaji saya bermula bulan Januari 2014 dan seterusnya,” kata surat rasmi berkenaan.

Surat itu turut menyatakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 8 Januari 2014 hanya meluluskan pemotongan sebanyak RM 4,250 sahaja daripada keseluruhan RM 29,250 gaji Menteri Besar.

Walaupun begitu, Abdul Khalid dengan suka rela ingin menyerahkan kesemua kenaikan gaji kepada TAWAS dan sekadar menerima gaji asalnya sebelum ini iaitu RM 14,175.15.

Pendedahan ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada orang ramai di Facebook, antaranya di laman Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.

“Tan Sri Abdul Khalid ialah pemimpin terbaik. Bila masa PKR hendak buang Tan Sri Khalid. Tolong jangan fitnah,” kata HairiReallyme.

“Jadi janganlah tukar MB. Kekalkan Tan Sri Abdul Khalid. Pemimpin macam mana kita mahu lagi,” kata seorang lagi, Rashyad Afham Feroz.

Pada sidang DUN November lepas, Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan kenaikan gaji Menteri Besar, anggota Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan kesemua Adun yang mula diterima Januari 2014. -Lizawati Madfa


,

Isnin, 13 Januari 2014

Gaji MB, Speaker, Timbalan, Exco Selangor Dipotong, Kenaikan Diteruskan - Exco


[TMI] Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor mengesahkan gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker serta exco akan dipotong dan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan untuk membantu rakyat negeri itu.

Ia dibuat selepas pentadbiran kerajaan negeri dikritik hebat kerana kenaikan terlalu mendadak. Namun, gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan dikekalkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad bagaimanapun berkata, kenaikan yang diputuskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetap kekal.


"Kenaikan gaji masih kekal seperti yang diluluskan DUN bagaimanapun dipotong untuk dimasukkan ke tabung negeri bagi melaksanakan program kebajikan demi kesejahteraan rakyat Selangor," kata Iskandar yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Iskandar berkata, kadar pemotongan tersebut berbeza-beza tetapi kadarnya masih lagi belum dimuktamadkan.

"Peratusan memotong untuk setiap jawatan berkenaan adalah berbeza-beza," katanya.

Iskandar memberi alasan langkah untuk mengubah gaji baru perlu melalui proses rumit, oleh sebab itu kaedah pemotongan adalah jalannya.

"Kalau hendak ubah gaji kena pinda dalam DUN, ia terlalu rumit.

"Oleh itu, dimuktamadkan sebulat suara gaji menteri besar, speaker, timbalan speaker dan exco dipotong untuk disalurkan ke tabung kebajikan untuk tujuan kebajikan," katanya.

Beliau juga menafikan laporan gaji dibekukan seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Persidangan DUN Selangor pada November lalu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari 2014, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Ia melanggar ranking perjawatan sebelum ini kerana biasanya gaji menteri besar paling mahal diikuti exco, speaker dan timbalan speaker.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Bagaimanapun, langkah tersebut menerima kritikan hebat daripada pemimpin PR sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat ekonomi negeri Selangor berkata, kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Adun di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.

Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah. - 13 Januari 2014.

,

Ahad, 12 Januari 2014

Selangor BEKU Kenaikan Gaji MB, Exco


[MK] Selangor telah memutuskan untuk membekukan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker.

Bagaimanapun, ahlil exco, Ean Yong Hian Wah dilaporkan hari ini
sebagai berkata bahawa kenaikan gaji Ahli Undangan Negeri (ADUN) kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.

Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas.

Keputusan itu dibuat dalam Dewan Undangan Negeri, yang meluluskan kenaikan gaji daripada 87 peratus kepada 373 peratus. 11/1/14

, ,

Khamis, 5 Disember 2013

Bacalah Sebab Kewajaran Kenaikan Gaji ADUN Selangor dan Perbelanjaan Mereka


MB : Gaji ADUN Berbaki RM500 Tanpa Pelarasan Gaji

[SelangorKini] SHAH ALAM 4 DIS : Gaji yang diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hanya berbaki RM500 dan tidak mencukupi bagi menampung keperluan keluarga masing-masing jika pelarasan gaji tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan, baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu berlaku apabila perbelanjaan berbentuk sumbangan harus dihulurkan wakil rakyat terbabit kepada masyarakat setempat yang diwakili mereka.

“ADUN bergaji RM6,000 dan hampir setiap minggu perlu dibelanjakan RM500 untuk sumbangan orang kahwin, orang datang pejabat dan orang meninggal dunia. Keseluruhan sumbangan sebulan mencecah RM2,000 dan hanya tinggal RM4,000.

“Bayar kereta, rumah dan bayaran lain mencecah RM2,000, manakala kena beri kepada parti RM1,000. Beli baju kalau yang mementingkan gaya sudah RM500, tinggal RM500 duit untuk anak sekolah dan perbelanjaan keluarga. 

“Jadi, bagaimana dia ingin berbelanja dan sebab itu saya menaikkan gaji kerana susah untuk ADUN bekerja,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapan perasmian Bengkel Kenali Kampungku/Bagan/Tersusun bagi peringkat Hulu Selangor dan Sabak Bernam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, keputusan menaikan gaji mampu mengurangkan risiko pembabitan pemimpin kerajaan yang sering terdedah dengan gejala rasuah.

“Saya tidak mahu ADUN kekurangan duit untuk menjaga masyarakat setempat. Nanti, kalau dia pergi pula minta pada tauke atau sana sini. Hal ini akan menjadi sangat susah dan negeri juga akan turut terpalit dengan masalah terbabit, katanya.

Sebelum ini, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, langkah menaikkan gaji mampu membendung Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan ADUN Selangor terjebak dengan gejala rasuah mengikut perspektif Islam.

“Kalau soal akauntabiliti itu sudah ditekankan dan kemudian dinaikkan gaji sebagai salah satu langkah mengangkatnya, maka itu tidak menjadi masalah. Tidak kira sama ada Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen boleh dinaikkan gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil sebarang keuntungan lain, selain gaji yang diterima,” katanya. - 5/12/13


P/s: Sebelum kutuk dan bangkang, fikir dahulu. Kita bukan bercakap tentang ADUN yang pecah amanah yang menibai harta awam atau ADUN yang memiliki bisnes yang bernilai jutaan RM. Kita bercakap, insyaAllah tentang ADUN yang amanah dan berkhidmat sepenuh masa sebagai ahli politik (kecuali beberapa orang ADUN yang sememangnya sudah kaya sebelum menjadi ahli politik).

Kerajaan negeri perlu menambah peruntukan kawasan ADUN agar mereka tidak perlu menggunakan duit poket sendiri untuk membantu dan membangunkan masyarakat. Penambahan ini juga perlu dibuat untuk tujuan pembangunan, penyediaan dan penambahbaikan kemudahan awam, kebersihan dan keceriaan negeri. Penambahan peruntukan ini dapat menjustifikasi kenaikan kos gaji dan sebagainya.



, , ,

Ahad, 1 Disember 2013

Dr Asri: Kerajaan Jujur, Bersih Rasuah seperti Selangor Layak Naik Gaji



[Selangorku] SHAH ALAM 30 NOV : Anggota pentadbiran kerajaan yang jujur, bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak menerima kenaikan gaji, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mengikut perspektif Islam, beliau berkata, langkah itu mampu membendung Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu dari terjebak dalam rasuah.

“Kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan, kemudian dinaikkan gaji sebagai satu lagi langkah mengangkat akauntabiliti, tidak mengapa.

“Tidak kira Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan selain gaji mereka semata-mata,” katanya kepada Selangor Kini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sesebuah kerajaan negeri harus terlebih dahulu mengkaji sama ada kenaikan itu memberi kesan negatif dari sudut ekonomi kepada rakyat.


“Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji lebih tinggi dari Selangor.

“Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah,” katanya.

Dr Asri berkata, langkah menaikkan gaji sama ada pemimpin negeri atau negara untuk mengelakkan rasuah bukan baru, malah ia dipraktik di Singapura dan negara maju lain.

Katanya, tuduhan kenaikan itu tidak wajar kerana ada rakyat masih berada di bawah paras kemiskinan tidak timbul kerana ia memudahkan pemimpin membantu golongan sedemikian.

“Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam pengurusan politik selalunya bagi juga, tidak banyak sedikit.

“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu, orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke mari,” katanya.

Sebaliknya, Profesor Madya Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, berkata kenaikan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak adil kepada rakyat jika gejala rasuah berlaku dalam pentadbiran negeri.


“Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit banyak. (Tapi) sebab Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus sebab menjadikan mereka lebih berhati-hati,” katanya.

Dr Asri berkata, wang rizab Selangor yang ketika ini hampir mencecah RM3 bilion pula mampu memberi manfaat besar kepada segenap lapisan rakyat.

“Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena fikirkan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat,” katanya. -EZY FZL- 30/11/13


, ,

Jumaat, 29 November 2013

Isu Gaji MB, ADUN, dan Exco Selangor: Azmin dan ADUN Lain Tidak Bantah Semasa RUU Dibentangkan


[MK] Walaupun lantang mengkritik kenaikan gaji wakil rakyat Selangor, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Azmin Ali sebenarnya ada di dalam sidang dewan undangan negeri sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan tetapi memilih untuk berdiam diri, kata ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim.

"Apabila rang undang-undang itu dibentangkan, dibahas dan diluluskan, beliau berada di dalam dewan. Beliau tidak berkata apa-apa walau sepatah pun...

"Kecuali dua ADUN iaitu Sekinchan (Ng Suee Lim) dan Kampung Tunku (Lau Weng San) yang menyokong rang undang-undang itu, tiada seorang pun daripada yang menghadiri sidang membahaskan rang undang-undang gaji itu bercakap atau membangkang.

"Malah sewaktu bacaan kali ketiga pun, mereka ada di dalam dewan.

"Jadi mereka tak bolehlah tampil sekarang dan menyatakan yang mereka tak setuju," kata Teng kepada wartawan hari ini.

Tegasnya, mereka yang membantah kenaikan gaji itu sepatutnya berbuat demikian agar ia boleh direkod dalam hansard dewan.

Tambahnya, Ng juga telah merangka surat kebenaran untuk ditandatangani oleh ADUN yang enggan menerima kenaikan gaji itu.

Surat itu adalah untuk membenarkan kenaikan tambahan gaji mereka didermakan buat pertubuhan kebajikan. - 29/11/13


P/s: Mengapa mengkritik hebat selepas MB umum kenaikan tersebut?



, ,

Selangor Sediakan BORANG SERAH GAJI kepada Badan Kebajikan


[TMI] Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyediakan borang untuk mereka yang berasakan kenaikan gaji anggota Dewan terlalu tinggi dan hendak diserahkan kepada badan kebajikan.

Kenaikan gaji yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menimbulkan pelbagai kritikan termasuk daripada partinya sendiri, PKR.

"(Adun) Sekinchan (Ng Suee Lim) dah buat surat, membenarkan Dewan serahkan (lebihan gaji) kepada badan kebajikan," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Katanya, DUN Selangor amat berbesar hati sekiranya surat berkenaan ditandatangani oleh pihak yang berpendapat kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu terlalu tinggi dan ingin menyerahkan lebihan kepada kerajaan negeri untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

"Kami tuliskan surat, kalau ada yang tak tahu buat surat, Sekinchan dalam Dewan dah tunjukkan surat itu," kata Teng.

Beliau membangkitkan tindakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Mohamed Azmin Ali mempersoal perkara itu semalam, sedangkan ketika sesi perbahasan kenaikan berkenaan dilakukan di Dewan, tidak membuat sebarang bantahan.

"Tiada pihak yang bangkitkan (kenaikan gaji) di dalam Dewan. Malah ketika bacaan ketiga pun mereka ada di dalam Dewan.

"Kalau rasa terlalu tinggi perlu dibangkitkan dalam Dewan, jadi akan ada dalam hansard. Dia (Azmin) ada dalam Dewan bila kenaikan gaji dibacakan, dia ada dalam Dewan masa perkara itu diluluskan," katanya.

Ditanya tujuan sebenar Azmin membangkitkan perkara itu di luar sidang DUN, Teng berkata:"Itu kena tanya dia."

Kenaikan gaji ahli Dewan Selangor dimaklumkan ketika mesyuarat khas PKR, kata Elizabeth Wong. Sementara itu, Exco Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata perkara kenaikan gaji ahli Dewan Selangor itu dimaklumkan ketika mesyuarat khas PKR hujung minggu lalu.

"Dalam mesyuarat itu kita diberitahu berkenaan kenaikan gaji," katanya ketika ditemui di lobi DUN Selangor, di Shah Alam.

Ditanya sama ada Azmin turut berada dalam mesyuarat tersebut, Elizabeth bagaimanapun tidak pasti berhubung perkara itu.

"Saya tidak ingat," katanya.

Azmin yang ditemui hari ini bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan, sebaliknya dilihat cuba mengelak pertanyaan daripada pemberita.

"Terima kasih. 'No Comment',” kata Azmin ketika ditemui sebelum sidang DUN berhenti rehat hari ini.

Malah, Azmin berkata, hubungan beliau dengan Menteri Besar "tersangat baik". - 29 November, 2013.



, ,

Khamis, 28 November 2013

Menteri Besar, ADUN Selangor Dapat Kenaikan Gaji Mulai 1 Januari 2014



[BERNAMA] Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.


Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini. Persidangan DUN bersambung esok. – November 27, 2013.


P/s: TM tidak mahu komen lebih-lebih fasal gaji ADUN, Exco, dan MB kerana mereka yang bersusah payah berkhidmat untuk rakyat. DUN pun sudah meluluskan gaji itu tanpa bantahan. Untuk rekod, Adun PR dan Exco masih belum terpalit dengan skandal meratah harta atau duit rakyat secara haram. Jika berlaku, sudah tentu SPRM yang sentiasa memerhati kerajaan PR tidak akan berdiam diri. Kalau masih ada yang rasa tidak puas hati, sila undi calon BN dalam PRU14.

Sebagai penduduk Selangor, TM mohon kerajaan negeri menambah peruntukan ADUN agar rakyat mendapat manfaat daripada kemakmuran ekonomi negeri. Perbelanjaan peruntukan tambahan itu pula perlu diaudit bagi memastikan duit itu tidak disalah guna atau dibazirkan. 

Selain itu, peruntukan yang lebih besar perlu disediakan untuk tujuan pembersihan kawasan, pemungutan sampah, dan keceriaan negeri. Banyak kelemahan yang dapat dilihat dalam hal ini walaupun sudah ada sedikit perubahan daripada sebelumnya.

P/s: Yang bekerja dengan kapitalis sdn bhd, mengamuk pada tauke, moga-moga dinaikkan gaji. Kalau mengamuk pada Najib pun tidak berguna.


Berkaitan:


[HD] SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan langkah kerajaan negeri menaikkan gaji Menteri Besar, anggota Exco, speaker dan timbalan speaker yang dianggap masih rendah dan munasabah.

Beliau berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima Adun serta anggota pentadbiran negeri Sarawak, lapor Bernama.

"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.

"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya kepada pemberita di lobi Dun Selangor di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa gaji baru beliau lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.

"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.

"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.

Sementara itu beberapa anggota pembangkang Dewan Negeri (Adun) Selangor hari ini berbeza pendapat dengan ketua pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung isu kenaikan gaji itu.

Shamsuddin seperti dilapor Selangorkini menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu adalah berpatutan serta wajar namun beberapa Adun BN menganggapnya tidak wajar dan terlampau tinggi.

Adun Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus berkata berdasarkan kenaikan gaji dan elaun bagi tiga jawatan itu, timbalan speaker DUN mencatatkan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan daripada RM3,327.

"Begitu juga dengan gaji menteri besar yang naik 106 peratus iaitu RM29,250 daripada RM14,175 sebulan diikuti gaji Speaker DUN yang turut naik mendadak pada kadar 268.3 peratus iaitu kira-kira RM22,500 daripada RM6,109 sebulan.

"Bagi saya, kenaikan (bagi ketiga-tiga jawatan ini) tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di luar sidang dewan di sini.

Adun Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz pula berkata peratusan kenaikan gaji itu sepatutnya diselaraskan dan bukan hanya untuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker, lapor Bernama.

"Melihat gaji menteri besar, speaker dan timbalan speaker, kadar kenaikannya jauh lebih tinggi. Sepatutnya, kalau semua naik, maka peratusannya perlu selaras serta munasabah bagi semua jawatan," katanya.

Namun, Johan bersetuju dengan kenaikan gaji termasuk elaun bagi Adun di negeri ini yang mendapat pertambahan 87.5 peratus iaitu RM11,250 daripada RM6,000 sebulan kerana sebahagiannya mungkin dipulangkan semula kepada rakyat atas peranan serta tanggungjawab seorang wakil rakyat. - 28/11/13




,

Rabu, 22 Mei 2013

[Gambar] Gaji PM Najib dan Kabinetnya



P/s: Sebelum PRU merekalah "hamba", selepas PRU merekalah "raja".






,

Gaji Taib Mahmud Kini RM39 Ribu


[HD] KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.



P/s:  Kalau ADUN berkhidmat ikhlas untuk rakyat, orang tidak akan mempertikaikan kenaikan ini memandangkan Sarawak juga merupakan negeri yang luas dengan muka bumi yang sukar ditembusi dengan kenderaan.

Moga-moga tiada tender, balak, atau duit rakyat menjadi mangsa apabila gaji dan elaun ADUN dan Exco naik mencanak seperti yang diberitakan di atas.

Persoalannya, sesuaikah dengan pendapatan dan kewangan negeri?


,

Rabu, 17 Oktober 2012

Gambar Didakwa Slip Gaji CEO Tabung Haji, Bersedia untuk Terbeliak Biji Mata...


P/s: Jika benar, gaji sebulan CEO ini bersamaan dengan gaji lima atau enam tahun pekerja swasta yang memiliki ijazah. Itu yang pasti. Selebihnya baca ulasan blog yang menjadi sumber gambar di atas. Klik di sini.

Dengar juga ulasan YB Dato' Mahfuz Omar di bawah ini:








, ,

Khamis, 8 Mac 2012

[Kemas Kini] Skim SBPA Dibatalkan, SSM Dikemaskinikan


[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.



P/s: Jangan sedih, gaji kakitangan awam jauh lebih tinggi daripada majoriti pekerja sektor swasta.




Kemas Kini:

Gaji Minimum-Maksimum ganti struktur gaji SSM
 [UM] PUTRAJAYA 8 Mac - Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.


1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaan gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan - insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikan gred untuk guru-guru berdasarkan ‘time-based’.

,

Khamis, 15 September 2011

[Berita Baik] Kerajaan PR Selangor Laksana Gaji Minimum RM1500: Jika Anda Kakitangan Kerajaan Negeri, Masih KEMARUKkah Pangkah BN?


Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 15 SEPT : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya.


P/s: Penyokong UMCO tegar pun akan berfikir 100 kali sebelum memangkah BN!



,

Sabtu, 18 Jun 2011

Apa Menteri Dapat? Apa yang Anda (Majoriti) Dapat?

Poster menarik, tetapi penggunaan bahasa kebangsaannya salah. Seharusnya: Mengapa potong subsidi rakyat, potonglah gaji anda!

 P/s: Bandingkan!  
Mereka bukan sahaja mendapat gaji sebesar angka dalam jadual, malah diberi pelbagai kemudahan mewah yang lain termasuklah pengecualian membayar bil utiliti yang membebankan anda ketika ini.




,

Isnin, 7 Mac 2011

Wow, Lumayannya Gaji Amah/Pemandu di Arab Saudi! Mahu Tahu Berapa?


Anda tahu berapa gaji minimum yang bakal diterima amah Indonesia di Arab Saudi? Walaupun kadang kala kita terbaca tentang kekejaman majikan Arab Saudi terhadap amah terutamanya dari Indonesia, namun perkembangan terkini mungkin akan merancakkan kembali penghijrahan warga Indonesia ke negara Arab apabila kerajaan Indonesia mengenakan syarat terbaharu yang lebih ketat. Antaranya termasuklah meminta gaji minimum untuk pembantu rumah, iaitu sebanyak RM4 800 sebulan. Fuh, lumayan. Hal ini saya baca di SG, rasa-rasanya HM pun ada menyiarkan berita ini.

Seperti yang anda maklum, pembantu rumah warga asing di Malaysia rata-ratanya menerima gaji sekitar RM500-RM600 sebulan selain berisiko didera dan dirogol jika bekerja dengan majikan berhati dan bertopengkan syaitan. Tidak kiralah sama ada syaitan lahanat itu betina atau jantan!

Menulis fasal gaji, saya juga tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan gaji yang diterima oleh rakyat Malaysia terutamanya pemegang ijazah. Rata-rata syarikat swasta di Malaysia bukanlah "cikai" sangat sehingga tidak mampu menawarkan gaji yang agak tinggi kepada pekerjanya. Namun, hakikatnya, majoriti pemegang ijazah yang menceburi bidang pekerjaan bukan profesional terpaksa menerima gaji yang terlalu rendah berbanding dengan mereka yang menjawat jawatan yang diklasifikasikan sebagai profesional seperti peguam dan jurutera.

Saya pernah menyentuh hal ini sebelum ini. Tidak perlulah saya menulis panjang lagi. Cuma saya mahu menyatakan di sini bahawa rata-rata pemegang ijazah yang baru menamatkan pengajian di IPT terpaksa menerima gaji sekitar RM1 000-RM1 500 sebulan sebagai upah melakukan kerja-kerja yang saya kira agak sama berat, sama rumit dengan kerja-kerja dalam bidang profesional. Tidak percaya?

Saya bagi satu contoh (contoh sama seperti yang saya nyatakan dalam kiriman sebelum ini), sebuah syarikat penerbitan buku silibus yang sudah lebih dua puluh tahun menjalankan perniagaan dan memperoleh pendapatan puluhan juta setahun hanya membayar RM1 200 kepada pekerja baharu yang menyertai bahagian editorial syarikat itu. Dengan kenaikan gaji sekitar RM100 setahun, cuba congak gaji dan "penderitaan" staf baharu itu? Ironinya, syarikat ini mampu memberikan komisen sehingga RM60 ribu setahun kepada jurujual syarikat yang turut diberikan sebuah kereta syarikat. Walhal, staf editorial adalah nadi syarikat sama juga pentingnya chef di hotel dan di restoran. Namun, nasib intelektual kecil di syarikat kapitalis tidak sama dengan tukang masak di hotel dan di restoran. Hal sebegini bukan sahaja berlaku di syarikat ini, bukan juga untuk jawatan itu, cuba-cubalah risik, saya pasti hal yang sama turut berlaku di mana-mana syarikat swasta di negara ini.
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Selasa, 23 November 2010

Gaji Rasmi PM, TPM, dan Menteri Kabinet yang Lain

Yang tidak rasmi jangan tanya! Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH