Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label diskriminasi. Papar semua catatan

,

Isnin, 7 Disember 2015

Jururawat Sedia Bersemuka Hospital di Mahkamah, Jawab Sebab Tidak Hadir



Jururawat Naziah Sauni Samat, yang mendakwa dipecat kerana cuba menutup aurat, bersedia berdepan bekas majikannya Hospital Damai di mahkamah.

Wanita 24 tahun itu juga akan membuat aduan kepada Jabatan Buruh mengenai perkara itu hari ini, selepas diminta berbuat demikian jika berasa dianiaya.

“Saya bersedia disaman. Saya tidak takut sebab saya tahu apa yang saya buat dan saya tidak rasa saya bersalah.

“Kalau betul saya salah dengan apa yang saya buat, saya terima apa yang dia bagi tu (saman malu),” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini Naziah mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Naziah mendakwa tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.

Bagaimanapun Hospital Damai berkata bekas jururawatnya diberhentikan kerana masalah disiplin tidak hadir kerja dua hari tanpa sebab.

Semalam Hospital Damai berkata, pihaknya akan mengambiltindakan undang-undang terhadap Naziah.

Tak hadir kerana digantung

Mengulas soal kehadiran, Naziah mengakui tidak hadir bekerja.

Bagaimanapun, katanya, langkah itu diambil selepas menerima surat penggantungan daripada pihak hospital kerana memakai stoking lengan.

“Saya dapat surat yang menyatakan employment saya digantung.

“Itu terjadi selepas saya datang kerja dua hari dengan berlengan pendek dan memakai stoking lengan,” katanya.

Naziah ketika ditanya adakah menyedari syarat-syarat sebelum bekerja di Hospital Damai iaitu perlu berlengan pendek berkata:

“Masa saya ditemuduga, saya sendiri menyatakan kalau pakai baju lengan pendek dan tak benarkan saya pakai tudung dan hanya anak tudung, saya tidak akan bekerja di hospital itu. Saya dah terang-terang cakap masa tu.

“Tapi pengurusan tinggi cakap, pakai saja baju lengan panjang selagi itu adalah uniform. Saya pegang kata-kata itu. Dalam syarat masuk hospital sendiri kata tidak ada syarat pakai baju lengan pendek,” katanya.

Damai Service Hospital (HQ) entiti lain

Sementara itu, sebuah lagi pusat perubatan Damai Service Hospital (HQ) Sdn Bhd hari ini tampil menjelaskan mereka bukan hospital yang terpalit dengan kontroversi itu, walaupun mempunyai nama hampir sama.

“Damai Service Hospital (HQ) adalah entiti berbeza dengan hospital itu, tiada sebarang hubungan daripada aspek pengurusan atau dasar.

“Kami hormat semua pesakit dan pekerja beragama Islam dalam setiap aspek keagamaan dan kepercayaan,” menurut kenyataan pengurusannya hari ini. -Malaysia Kini/7/12/15


,

Ahad, 6 Disember 2015

Kementerian Kesihatan Siasat Kes Jururawat



GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang jururawat diberhentikan kerja berikutan enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek di sebuah hospital swasta.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tindakan akan diambil sekiranya hospital terbabit didapati melanggar peraturan di bawah Bahagian Amalan Perubatan Swasta Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata, semua hospital di bawah kementerian mewajibkan jururawat beragama Islam menutup aurat dan arahan ini turut diguna pakai untuk hospital swasta.

[ ARTIKEL BEKAITAN: Jururawat dilarang tutup aurat? ]

[ ARTIKEL BEKAITAN: Hospital mahu saman Naziah, PPIM ]


"(Jururawat) hospital kerajaan semua tutup aurat kecuali dalam dewan bedah yang memerlukan doktor dan jururawat pakai lengan pendek. Namun mereka masih bertudung dan memakai gaun perubatan yang menutup aurat.

"Jururawat yang beragama Islam semua wajib (menutup aurat). Hospital swasta kena ikut kementerian. Dalam hal ini kita pun tidak tahu apa masalah yang sebenarnya, Bahagian Amalan Perubatan Swasta kementerian tengah siasat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Umno Bahagian Jelutong melibatkan 45 kanak-kanak lelaki di sini, hari ini.

Pada Jumaat lepas (4 Disember), seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Naziah Sauni Samat, 24, mendakwa beliau diberhentikan kerja setelah enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek.

Katanya, arahan supaya mengenakan pakaian seragam itu dikeluarkan selepas dua bulan dia bertugas di hospital swasta tersebut atas faktor kebersihan.

Gadis berkelulusan Diploma Kejururawatan itu sebelum ini bertugas di sebuah klinik sebelum bekerja di hospital swasta berkenaan pada 1 September lepas, sekembalinya dari Jepun sebagai jururawat peribadi selama setahun empat bulan.

Dalam pada itu, Dr Hilmi menasihatkan mana-mana doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang mempunyai masalah untuk terus membuat laporan kepada pihak kementerian supaya tindakan susulan dapat diambil.

"Semua laporan dan aduan yang diterima tidak kira sama ada melalui media sosial, bertulis dan e-mel serta menerusi WhatsApp berkaitan masalah disiplin, tidak puas hati akan disiasat," katanya.

Mengulas cadangan bayaran tempat letak kenderaan di kawasan hospital awam di seluruh negara, Dr Hilmi berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan ia masih di peringkat awal.

Beliau berkata, tujuan cadangan itu adalah untuk menyelaras dan mengawal penyalahgunaan tempat letak kenderaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyukarkan kakitangan hospital dan pelawat.

"Ada yang salah guna kerana tempat letak kereta di hospital ni percuma. Ada tu letak kereta di hospital kemudian pergi tempat lain petang baru ambil balik kereta. Kita nak menyelaras dan mengawal supaya tempat meletak kenderaan ini digunakan oleh mereka yang ada kena mengena dengan hospital seperti kakitangan dan pelawat," katanya. - Bernama/6/12/15


,

Jumaat, 4 Disember 2015

Jururawat Dakwa Dipecat Kerana Tutup Aurat



Seorang jururawat hospital swasta mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Pengadu, Naziah Sauni Samat mendakwa beliau tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.

“Saya rasa hak saya untuk pakai baju lengan panjang, dia (pihak pengurusan) suruh potong, potong dan potong sehingga satu hospital itu suruh pesan dekat saya suruh potong baju lengan panjang menjadi lengan pendek.

“Dan akhirnya semalam saya dibuang kerja,” katanya dalam sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Naziah mendakwa hospital berkenaan juga tidak membenarkan beliau memakai stoking lengan bagi atas alasan kawalan jangkitan kuman.

Larangan itu, dakwanya, tidak dimaklumkan sebelum ini.

Wanita 24 tahun itu juga membangkitkan amalan di hospital lain yang membenarkan pegawainya berlengan panjang tanpa sebarang masalah.

“Kalau nak dikira, hospital seperti Hospital Kuala Lumpur benarkan jururawat mereka berlengan panjang.

“Kalau nak cakap mengenai mengawal kawalan jangkitan (kuman), pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju,” katanya.

PPIM tuntut penjelasan

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya telah bertemu dengan pengurusan hospital tersebut bagi menuntut penjelasannya.

“Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini,” katanya sambil menegaskan Islam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Justeru, Nadzim menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan keadaan yang berlaku.

“Saya gesa Jakim, KKM tampil jelaskan perkara ini dan ada dasar yang jelas kerana libatkan orang Islam,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan hospital itu. - Malaysia Kini/4/12/15

Respons pihak hospital di sini.

, , ,

Khamis, 7 Ogos 2014

Larangan Berimej Islam: Lelaki, Wanita Muslim Terus Jadi Mangsa Diskriminasi


[Harian Metro] Beijing: Xinjiang semalam melarang wanita bertudung atau lelaki berjanggut panjang menaiki bas dalam usaha kerajaan menangani pergolakan di antara penganut Islam dan bukan Islam di situ.

Pelaksanaan polisi baru kerajaan itu disifatkan pengkritik sebagai satu lagi siri diskriminasi terhadap masyarakat Muslim di China.

Xinjiang yang menjadi petempatan Muslim Uighur dilanda pergolakan dan keganasan sejak beberapa tahun lalu dan kerajaan China mendakwa ia disebabkan oleh militan dan puak pemisah.

Melalui pelaksanaan polisi baru itu, pihak berkuasa akan melarang penumpang yang memakai tudung, niqab, jubah, pakaian yang mempunyai lambang bulan dan bintang serta mereka yang menyimpan janggut panjang daripada menaiki bas di bandar Karamay.

Lambang bulan dan bintang yang dikenali simbol Islam dan diletakkan pada kebanyakan bendera negara Islam turut digunakan pejuang Islam di China yang ingin mewujudkan sebuah negara Turkestan Timur.

Menurut laporan media tempatan, polisi baru itu didakwa bertujuan mengukuhkan kawalan keselamatan menjelang acara sukan yang bakal berlangsung 20 Ogos ini.

“Mereka yang enggan bekerjasama akan dilaporkan kepada polis,” lapor media berkenaan.

Bulan lepas, pihak berkuasa di Urumqi melarang penumpang bas awam daripada membawa barangan seperti pemetik api, yogut dan air yang kononnya bagi membendung serangan pengganas.

Masyarakat Uighur dan aktivis hak asasi manusia menyifatkan polisi berat sebelah kerajaan itu bakal menambahkan lagi pergolakan namun ia dinafikan Beijing.

- Agensi Presiden Persatuan Uighur-Amerika yang berpangkalan di Washington, Alim Seytoff menyatakan polisi berkenaan ternyata sebuah polisi yang bersifat perkauman.

“Pihak berkuasa di Karamay melaksanakan polisi yang rasis dan diskriminasi secara terbuka ke atas masyarakat Uighur,” katanya, semalam.- Reuters/7/8/14


, ,

Selasa, 21 Januari 2014

[PANAS] Identiti Individu Didakwa Paksa Artis Buka Tudung Didedahkan dalam Sidang Media, Individu Tersebut Buat laporan Polis


Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha

[HD] KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.

Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab.

"Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun.

"Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara.

Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama.

"Tindakan memperlekehkan seseorang individu di atas sebab-sebab yang tidak munasabah sebegini amatlah dikesali dan pastinya memberi impak yang amat negetif jika ianya dipanjangkan.

"Semua pihak disarankan mempelajari dan meraikan perbezaan fahaman dan warna kulit demi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman.

"Karyawan menawarkan jalan penyelesaian atas konfliks yang berlaku agar perkara ini dapat diredakan secepat yang mungkin," sambungnya.

Sementara itu, Marinatasha turut kesal dengan apa yang berlaku dan ia merupakan insiden keempat ke atas dirinya yang menyuruh beliau membuka tudung jika mahu membuat persembahan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, suatu yang amat memalukan, tapi ini bukan kali pertama berlaku dan ia merupakan kali keempat berlaku sebelum ini sudah ada yang suruh saya buka tudung jika ingin menyanyi.

"Dalam industri tidak sepatutnya berlaku sedemikian, wanita yang berhijab juga mempunyai hak mereka dan sepatutnya hak itu dihormati.

"Saya harap agar ia tidak berlaku lagi terhadap wanita berhijab dan insiden ini perlu menadi pengajaran kepada pihak-pihak lain," jelasnya.

Beliau yang sepatutnya mengadakan persembahan pada majlis makan malam tahunan CASTMET pada 18 Januari lalu telah diarahkan turun dari pentas ketika ingin memulakan persembahan olah Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong dengan alasan beliau berhijab.

Selain itu juga, beliau turut dimarahi oleh Shannon kerana terus mengadakan persembahan setelah dijemput oleh rakan artis lain yang turut bersimpati atas apa yang berlaku terhadap dirinya. - MUHAMMAD FAIZAL-21/1/14


Berkaitan:

Untuk berlaku adil, baca laporan polis yang dibuat oleh Shannon Yong untuk mendengar penjelasan di pihaknya.


Sumber di sini.



, ,

'Kerana TUDUNG, Penyanyi Diarah TURUN Pentas'


[MK] Setelah 12 tahun bergelumang sebagai anak seni, penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar bersuara lantaran dikriminasi yang dihadapi.

Siapa yang tidak berasa malu apabila diarahkan turun dari pentas di hadapan ratusan penonton hanya kerana kepercayaan dan pakaian mencerminkan peribadi dan agama.


"Saya rasa terhina dan malu, perkara sedemikian tak patut berlaku," kata beliau dalam dada sebak di sidang media di Shah Alam hari ini.

Ini merupakan kes ketiga tahun ini setelah graduan Mira Kamil tidak diterima bekerja di Suria KLCC kerana bertudung dan guru mualaf Choi Yi Shan diarah membuka tudung beliau.

Marinatasha yang sepatutnya melakukan persembahan di majlis makan malam tahunan sebuah syarikat di Kuala Lumpur pada 18 Januari baru-baru ini diarah menghentikan persembahan.

Beliau malah mendakwa diminta turun dari pentas oleh seorang pegawai kanan syarikat itu kerana memakai hijab.

Buat laporan polis

Beliau digantikan oleh penyanyi lain dan hanya dibenarkan menjadi penyanyi latar sahaja selepas itu.

"Dia (pegawai itu) mengatakan saya tidak sepatutnya memakai tudung.

"Semasa mengadakan raptai dengan pemuzik pada 16 Januari lalu, wakil syarikat yang hadir tidak pernah mengisukan hal tudung," kata beliau.

Marinatasha mendakwa beliau turut dimarahi selepas persembahan itu tetapi mendapat bayaran seperti yang dijanjikan.

Satu laporan polis juga telah dibuat beliau pada jam 2:40 pagi Ahad di balai polis Sentul berikutan insiden itu.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi syarikat berkenaan berhubung dakwaan itu.

KARYAWAN tuntut maaf

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie Fernandez menuntut syarikat itu memohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang kerana mendisriminasi anak seni.

"KARYAWAN rasa untuk selesaikan masalah ini kami ingin jemput syarikat itu memohon maaf dan sedia tawarkan jalan penyelesaian.

"Bagi kami ia pengajaran kepada pihak lain agar tak diskriminasi artis bertudung," kata beliau. - 21/1/14


Kemas Kini:

Laporan polis dibuat oleh Shannon Yong boleh dibaca di sini.



, , ,

Rabu, 9 Oktober 2013

[Gambar] Akibat Diskriminasi, Wanita Lahir Anak Beralaskan Rumput




[HM] Oaxaca (Mexico): Seorang wanita melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Mexico.

Laporan mengenai wanita daripada suku Orang Asli itu mencetuskan kemarahan di media sosial. Foto yang diterbitkan di akhbar dan media sosial menunjukkan Irma Lopez, 28, berlutut sambil menangis di taman bersama seorang bayi yang masih bertali pusat di luar pusat kesihatan awam di Oaxaca.

Kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan rakyat di rangkaian laman media sosial.

Mereka mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang berkualiti dan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu. - Agensi - 9/10/13

Berita lanjut di sini.


,

Khamis, 12 September 2013

[Video] Isu Premis Perniagaan Tidak Ambil Pekerja Pakai Tudung



[MD] KUALA LUMPUR: Sebagai sebuah negara yang mempunyai latar belakang kepelbagaian kaum dan agama, ramai yang mungkin merasakan tidak sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana percaya syarikat atau majikan sudah tentu memahami tentang keunikan negara kita.

Malangnya tidak, jika anda seorang wanita Islam yang bertudung dan sedang mencari pekerjaan di kedai-kedai pakaian terkemuka di ibukota.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ira, 24, yang baru-baru ini mencari pekerjaan sementara sebagai pembantu kedai di beberapa kedai pakaian berjenama di Suria KLCC, terkejut apabila permohonan kerjanya ditolak hanya kerana beliau bertudung.

Ketika dihubungi Malaysian Digest, tidak lama selepas beliau 'meluahkan perasaan' di laman sosial Facebook, Ira nyata kecewa dengan kejadian tersebut dan seperti tidak percaya ia berlaku di negara sendiri.

"Masa tu hari Isnin, saya bawa ibu sekali pergi cari kerja dan saya memang nak cari kerja 'part-time' saja. Jadi saya pun masuklah ke dalam kedai-kedai yang ada tampalkan iklan cari pekerja,"

"Memandangkan ada kekosongan, saya masuk dan bertanyakan kepada mereka. Namun, dengan pantasnya saya diberitahu kedai-kedai ini tidak mengambil orang yang memakai tudung," katanya.

Ira, berasal dari Kuala Lumpur, menjelaskan antara kedai-kedai yang dimasukinya adalah Topshop, Esprit, Nike, serta beberapa gerai kecil yang lain, namum semuanya tidak membuahkan hasil dan menggunakan alasan yang sama.

"Apa yang telah berlaku itu memang mengejutkan dan saya fikir perkara ini perlu dipandang serius. Walaupun saya meletakkan status sebegitu di Facebook, tak sangka pulak ia menjadi 'viral' sebegini," katanya.

Dalam status tersebut yang bertarikh 2 September, beberapa jam selepas kejadian, Ira telah menulis tentang bagaimana beliau terkedu apabila permohonan kerja yang ditolak oleh kedai-kedai tersebut.

Dia turut membandingkan kehidupan beliau ketika di United Kingdom selama empat tahun diikuti pengalamannya mengembara sekitar Eropah namun tidak pernah merasa terhina kerana memakai tudung seperti yang berlaku di negara sendiri.

Status beliau setakat ini telah menerima 9,000 'shares' dalam media sosial tersebut serta telah mendapat perhatian orang ramai yang turut melahirkan rasa kecewa.

Sementara itu, tinjauan mD di kedai-kedai yang disebutkan itu menunjukkan adanya kebenaran pada kenyataan Ira sebelum ini.

Secara keseluruhan, kedai-kedai tersebut menolak permohonan kerja wanita bertudung dengan alasan ia adalah polisi syarikat, namun ada juga yang memberi alasan tiada kekosongan walaupun terpampang iklan jawatan kosong.

Di kedai Nike, wartawan kami, yang memakai tudung, telah ditolak bulat-bulat dan pekerja yang bertugas mengatakan kedai tersebut tidak mengambil pekerja yang menutup kepala dan rambut mereka.

Jawapan yang sama turut diberi oleh Esprit dimana wartawan kami diberitahu bahawa ia adalah polisi syarikat. Penyelia bertugas menjelaskan mereka sudi menerima permohonan jika wartawan kami mahu membuka tudung ketika bertugas.

Beliau berkata sebelum ini memang terdapat kes-kes seperti itu di mana pekerja membuka tudung semasa bertugas dan memakainya semula apabila habis bekerja.

Di Topshop pula, jawapan yang diberikan agak berlapik, di mana wartawan kami diberitahu kedai tersebut tidak mengambil pekerja bertudung namun bersedia untuk menimbangkannya semula jika pemohon sudi menukar 'cara pemakaian'.

Usaha untuk menghubungi DNP Clothing Sdn Bhd, Esprit De Corp (Malaysia), and Nike Sales Malaysia Sdn Bhd, yang menguruskan kedai-kedai tersebut masih belum membuahkan hasil setakat ini. -11/9/13



P/s: Apa tindakan kerajaan? Apa tindakan kita?

Apa respons Perkasa dan geng?

DAP kecam diskriminasi terhadap wanita bertudung di sini.

Kemas Kini:

* Respons kerajaan di sini.


, ,

Rabu, 11 September 2013

DAP Kecam Diskriminasi Syarikat terhadap Wanita Bertudung



[Roketkini] PETALING JAYA, 10 SEPTEMBER: DAP menggesa syarikat di Malaysia melayan calon pekerja secara adil dan saksama dalam proses pengambilan pekerja serta menilai mereka bukan daripada segi cara berpakaian tapi berdasarkan kecekapan, keupayaan dan produktiviti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, ekonomi negara akan mendapat manafaat jika semua syarikat bebas daripada diskriminasi dengan pekerja yang diambil menjalankan kelangsungan syarikat.

“Wanita Muslim sepatutnya bebas mengamalkan tuntutan agama dan tidak wajar bagi majikan atau mana-mana pihak memaksa mereka memakai atau tidak memakai tudung. Mereka seharusnya bebas daripada apa jua bentuk diskriminasi dan prejudis, tidak wajar menempatkan mereka pada kedudukan lebih lemah dalam proses pengambilan pekerja apatah lagi langsung tidak diterima seperti yang dilaporkan.

“Perkara ini bukan isu agama tetapi soal keadilan dan hak sama rata. Adalah amat perlu untuk melihat kembali keperluan memasukkan klausa pakaian dalam bahagian berkaitan diskriminasi di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang terdapat dalam perlembagaan Amerika Syarikat dan Mexico.

“Perkara 8, Perenggan 2 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ‘tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam’,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Strategis Sosial Media DAP berkata demikian merujuk kepada status laman sosial Facebook wanita Muslim, Mira Kamil, baru-baru ini yang mendedahkan pengalamannya di mana kebanyakan syarikat di Malaysia tidak mengambil wanita bertudung bekerja.

Permohonan kerja beliau di beberapa syarikat bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditolak dengan alasan syarikat terbabit tidak mengambil wanita bertudung.

Kejadian ini juga disahkan Harian Metro apabila seorang daripada wartawannya menyamar untuk mencari kerja di syarikat terbabit namun ditolak atas sebab sama.

“Saya sekali lagi menekankan bahawa syarikat sepatutnya mengambil pekerja berasaskan merit dan kecekapan bukan daripada segi cara pemilihan mereka untuk berpakaian mengikut kepercayaan agama yang diamalkan,” ujarnya. 



, ,

Isnin, 2 April 2012

[KANTOI] Ronnie Liu Dedah Kerajaan Pusat Sekat Usaha Atasi Banjir di Selangor


[HD] SHAH ALAM, 2 April: Tuduhan Datuk Seri Noh Omar yang menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kejadian banjir kilat di Klang menunjukkan mentaliti pemimpin UMNO-Barisan Nasional yang sentiasa mempolitikkan isu.

Tetapi, mereka tidak memberi sebarang idea untuk penambahbaikan dan menyelesaikan masalah.

Malaysia beriklim khatulistiwa yang menerima hujan lebat melebihi 2000mm setahun.

Justeru, masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu (gambar atas).

Di Selangor, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir.

Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari Kerajaan Pusat, tambah beliau.

Menurut beliau, peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini.

"Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir," dakwanya.

Walaubagaimanapun, kata Exco kerajaan tempatan itu, menyedari masalah banjir adalah besar maka Kerajaan Negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.

Ini berbeza dengan amalan pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun.

Kerajaan negeri terdahulu juga tidak mempunyai pelan pembangunan yang teratur.

"Justeru, banjir kilat baru-baru ini merupakan hasil dari produk pembangunan yang dilakukan oleh mereka," dakwa Ronnie.

Menurut beliau, kerajaan Negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.

Peruntukan ini telah dimasukkan dalam RMK-10 tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah permohonan ini bukan dianggap permohonan penting oleh Kerajaan Pusat malah permohonan ini dikategorikan tahap ketiga.

Lebih malang lagi, tambahnya, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh Omar tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 billion diturunkan ke Negeri Selangor.

Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan malah beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS, katanya.

"Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik jika Kerajaan Pusat menyekat peruntukan ini dan Noh Omar pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang?" soal beliau.

Bagi Ronnie, memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir.

Malangnya, tambahnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini, pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan.

Bagi Ronnie, Noh Omar tidak jauh beza dengan mantan Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ketika itu.

Noh Omar tidak perlu berdolah-dalih dalam isu ini.

"Jika beliau jujur untuk membantu rakyat Selangor, beliau perlu mendesak Kerajaan Pusat menyalurkan segera peruntukan RM1 biliion kepada JPS supaya masalah banjir dapat diatasi segera," katanya.



, ,

Sabtu, 18 Februari 2012

Kelantan Miskin Bukti Najib dan PM Terdahulu GAGAL


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.



P/s:  Apa yang berlaku di balik "kegagalan" itu? Diskriminasi, ketidakadilan, hasad dengki, busuk hati, politik jahat, rompakan hasil mahsul, apa lagi? bla..bla...bla....




, , ,

Ahad, 9 Oktober 2011

34 Pemandu Digantung Kerja kerana SOLAT

ZAINAB AWEIS, 20, yang merupakan orang Islam Somalia bergambar di hadapan bendera Amerika Syarikat di Seattle.
 
Saya petik:

[Kosmo] SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seramai 34 pemandu syarikat sewa kenderaan tempatan Hertz digantung kerja kerana bersolat semasa waktu bertugas.

Pihak pengurusan Hertz sebaliknya memberitahu, tindakan disiplin itu diambil kerana mereka menyalahgunakan waktu rehat.

Disokong kesatuan sekerja, semua pemandu terbabit mengadakan protes di luar kaunter syarikat Hertz di Lapangan Terbang Seattle-Tacoma di sini bagi membantah tindakan majikan mereka.

“Penggantungan ini merupakan pencabulan terhadap hak para pekerja terbabit sekali gus satu diskriminasi agama,” kata setiausaha perbendaharaan sebuah kesatuan sekerja tempatan, Tracey A. Thompson.

Menurutnya, penganut agama Islam dituntut melakukan solat sebanyak lima kali sehari.

Namun, pihak pengurusan Hertz ketika mengulas isu penggantungan kerja itu memberitahu, mereka yang terlibat melanggar perjanjian hak pekerjaan saksama yang dipersetujui dua tahun lalu.

“Isu ini tiada kaitan dengan agama. Beberapa pekerja Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka mematuhi masa rehat 10 minit yang diberikan untuk bersolat. Mereka yang digantung kerja sebaliknya mengambil rehat lebih panjang,” kata seorang jurucakap syarikat Hertz, Rich Broome.

Menurutnya, kakitangan yang ingin melakukan solat perlu merekodkan waktu rehat mereka dengan menggunakan kad perakam waktu.

Kenyataan tersebut bagaimanapun disangkal oleh seorang pemandu syarikat berkenaan, Zainab Aweis.

Dalam wawancara bersama akhbar The Seattle Times Zainab memberitahu, beberapa pengurus syarikat Hertz memberitahunya bahawa beberapa kakitangan wanita yang ingin mengerjakan solat telah diarahkan supaya pulang.

“Dia (pengurus berkenaan) berkata, jika anda mahu solat lebih baik anda pulang dan tidak bekerja di sini lagi.

“Saya bertanya kepadanya, adakah ini peraturan baru syarikat, di seterusnya menjawab, ya,” kata Zainab. – Agensi 
 
 

, ,

Khamis, 28 Julai 2011

Banyak Duit BN? TPM Janji Beri RM100 Ribu kepada Ahli Parlimen BN


Kalau Muhyidin berkata, "Semua MP akan menerima peruntukan sebanyak RM100 000 menjelang Aidilfitri." Tidaklah orang yang tahu cerita ini menjerit-jerit marah kepada TPM Malaysia. Namun seperti yang diberitakan di TMI, peruntukan sebanyak RM100 ribu HANYA diberikan kepada Ahli Parlimen BN.

Muhyiddin akan menggunakan wang siapa? Wang BN atau wang kerajaan Malaysia? Kalau duit BN, orang ramai yang menyedari hal ini sudah tentu tidak akan menjerit-jerit marah kepada Muhyiddin. Yang menjadi masalahnya, duit peruntukan itu datangnya dari kocek Kerajaan Malaysia yang sudah tentunya bukan duit BN, tetapi duit rakyat Malaysia. Jika Muhyiddin selaku TPM mahu mengumumkan hal itu, maka dia sepatutnya memaklumkan bahawa semua Ahli Parlimen menerima peruntukan yang sama.


P/s: 1Malaysia? Harap pada nama sahaja!






, , ,

Ahad, 19 Jun 2011

Permit PERKASA Diluluskan SEHARI Sahaja oleh Polis, Bukan 14 Hari!

Kredit: Malaysia Today/Pulakdah

Pada 17hb Jun 2011, polis telah mengeluarkan satu permit kepada PERKASA untuk menganjurkan satu perhimpunan. Permit itu dikeluarkan hanya SEHARI selepas PERKASA memohonnya pada 16hb Jun 2011. 

Perhimpunan itu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada hari ini, 19hb Jun 2011. Lokasi itu juga adalah tempat yang sama pernah menjadi lokasi pilihan Pakatan Rakyat untuk menganjurkan satu perhimpunan. Walau bagaimanapun permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan di lokasi itu telah ditolak atas alasan 'KESELAMATAN'.

Lazimnya, anda perlu memohon permit 14 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan.


P/s:Inilah demokrasi versi Malaysia di bawah pemerintahan UMCO!

,

Isnin, 7 Mac 2011

Wow, Lumayannya Gaji Amah/Pemandu di Arab Saudi! Mahu Tahu Berapa?


Anda tahu berapa gaji minimum yang bakal diterima amah Indonesia di Arab Saudi? Walaupun kadang kala kita terbaca tentang kekejaman majikan Arab Saudi terhadap amah terutamanya dari Indonesia, namun perkembangan terkini mungkin akan merancakkan kembali penghijrahan warga Indonesia ke negara Arab apabila kerajaan Indonesia mengenakan syarat terbaharu yang lebih ketat. Antaranya termasuklah meminta gaji minimum untuk pembantu rumah, iaitu sebanyak RM4 800 sebulan. Fuh, lumayan. Hal ini saya baca di SG, rasa-rasanya HM pun ada menyiarkan berita ini.

Seperti yang anda maklum, pembantu rumah warga asing di Malaysia rata-ratanya menerima gaji sekitar RM500-RM600 sebulan selain berisiko didera dan dirogol jika bekerja dengan majikan berhati dan bertopengkan syaitan. Tidak kiralah sama ada syaitan lahanat itu betina atau jantan!

Menulis fasal gaji, saya juga tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan gaji yang diterima oleh rakyat Malaysia terutamanya pemegang ijazah. Rata-rata syarikat swasta di Malaysia bukanlah "cikai" sangat sehingga tidak mampu menawarkan gaji yang agak tinggi kepada pekerjanya. Namun, hakikatnya, majoriti pemegang ijazah yang menceburi bidang pekerjaan bukan profesional terpaksa menerima gaji yang terlalu rendah berbanding dengan mereka yang menjawat jawatan yang diklasifikasikan sebagai profesional seperti peguam dan jurutera.

Saya pernah menyentuh hal ini sebelum ini. Tidak perlulah saya menulis panjang lagi. Cuma saya mahu menyatakan di sini bahawa rata-rata pemegang ijazah yang baru menamatkan pengajian di IPT terpaksa menerima gaji sekitar RM1 000-RM1 500 sebulan sebagai upah melakukan kerja-kerja yang saya kira agak sama berat, sama rumit dengan kerja-kerja dalam bidang profesional. Tidak percaya?

Saya bagi satu contoh (contoh sama seperti yang saya nyatakan dalam kiriman sebelum ini), sebuah syarikat penerbitan buku silibus yang sudah lebih dua puluh tahun menjalankan perniagaan dan memperoleh pendapatan puluhan juta setahun hanya membayar RM1 200 kepada pekerja baharu yang menyertai bahagian editorial syarikat itu. Dengan kenaikan gaji sekitar RM100 setahun, cuba congak gaji dan "penderitaan" staf baharu itu? Ironinya, syarikat ini mampu memberikan komisen sehingga RM60 ribu setahun kepada jurujual syarikat yang turut diberikan sebuah kereta syarikat. Walhal, staf editorial adalah nadi syarikat sama juga pentingnya chef di hotel dan di restoran. Namun, nasib intelektual kecil di syarikat kapitalis tidak sama dengan tukang masak di hotel dan di restoran. Hal sebegini bukan sahaja berlaku di syarikat ini, bukan juga untuk jawatan itu, cuba-cubalah risik, saya pasti hal yang sama turut berlaku di mana-mana syarikat swasta di negara ini.
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Jumaat, 20 Ogos 2010

Pekerja Melayu & India Dilayan Tidak Adil dalam Sektor Swasta


Pertama sekali, perkara seperti ini memang berlaku. Kedua, diskriminasi ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi berlaku di serata negara. Perkara seperti lazimnya berlaku di syarikat sendirian berhad terutamanya syarikat yang tidak mempunyai jabatan khusus untuk menangani hal ehwal tenaga manusia. Hal ehwal gaji dikawal oleh orang tertentu dan bukannya boleh diakses oleh banyak pihak. Tambah-tambah pula polisi di syarikat swasta, gaji ialah rahsia.

Bagi yang bekerja swasta, hal ini bukanlah sesuatu yang baharu. Mula-mula hal ini hanyalah syak-wasangka. Namun, hal ini lebih jelas apabila ada yang berkesempatan melihat slip gaji rakan atau melihat rakan sebangsa dengan pemilik syarikat dinaikkan pangkat walaupun prestasi tidak seberapa. Lebih malang tangga gaji yang berbeza juga diberikan kepada pekerja Melayu, India, Cina.

Ada rakan yang berhenti kerja kerana protes apabila gaji yang diterimanya jauh lebih rendah berbanding dengan staf yang baru masuk ke tempat kerjanya. Walhal dari segi pengalaman, dia jauh lebih berpengalaman dan prestasi kerjanya pun cemerlang. Namun, diskriminasi yang diamalkan oleh majikannya membuatkannya tawar hati untuk berkhidmat di syarikat kejuruteraan. Akhirnya, dia membuat keputusan meninggalkan syarikat tersebut dan berkhidmat di syarikat lain.

Kiriman ini bukan untuk memprovokasi atau bersifat perkauman. Kiriman ini memerihalkan realiti semasa. Jika ada pembaca yang tidak bersetuju dengan kiriman ini, terpulanglah. Namun, saya pernah mengalaminya dan masih mengalaminya.

Seperkara lagi, apabila isu ini timbul janganlah melulu mengatakan semua syarikat milik swasta bersikap demikian. Saya tahu ada banyak majikan yang adil dan saksama. Apabila menyentuh tentang diskriminasi di sektor swasta, saya tidak menafikan juga diskriminasi yang berlaku di sektor awam.

Saya petik:
[FMT] PETALING JAYA: Sikap perkauman kaum Cina di Pulau Pinang lebih jelas kelihatan sekarang ini sehingga mengakibatkan golongan Melayu dan India terus ditindas dalam menceburi bidang swasta.

Timbalan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Azmi Merican berkata, masalah sentimen perkauman pekerjaan swasta yang digunakan oleh kaum Cina telah lama berlaku di Pulau Pinang dan kebanyakan orang Melayu serta India tidak diberi peluang untuk menceburi sektor swasta kerana syarat yang dikenakan tidak munasabah.


"Antara syarat yang diwajibkan sektor swasta di Pulau Pinang adalah pemohon perlu fasih berbahasa Cina dan kebanyakan jawatan yang diiklankan khas untuk kaum Cina sahaja.

"Banyak jawatan tertulis dalam akhbar yang mengenakan syarat sedemikian hingga menyebabkan penindasan secara halus berlaku kepada kaum Melayu dan India di Pulau Pinang," ujarnya.

Beliau berkata, walaupun ada kaum Melayu dan India yang mempunyai kriteria seperti ditetapkan, tangga gaji bagi jawatan yang sama dengan kaum Cina akan dibezakan kerana menggunakan kuasa perkauman untuk membezakan taraf kedudukan.

Sektor swasta amal perkauman
"Sekarang ini kaum Cina baru menguasai sektor swasta di Pulau Pinang tetapi sudah mengamalkan dasar perkauman yang ketara.

"Kaum Cina selalu menyentuh mengenai ekuiti Bumiputra tetapi Melayu tidak pula banyak menyentuh isu perkauman yang diamalkan dalam sektor swasta," jelasnya.

Azmi berkata, apabila kaum Cina mengamalkan dasar perkauman, ianya tidak dipertikaikan tetapi kaum Cina sekarang ini sentiasa tidak berpuas hati terhadap kaum Melayu hingga sengaja mempertikaikan pelbagai dasar yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

"Jika kaum Melayu dan India tidak melihat tamparan perkauman yang digunakan oleh kaum Cina, kedua-dua kaum ini akan sentiasa dibelakangkan," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.
Katanya, kelebihan kaum Cina dalam sektor swasta adalah kerana pemilik syarikat swasta rata-ratanya adalah terdiri daripada kaum Cina sendiri.

"Sepatutnya pemilik syarikat kaum Cina perlu memberi peluang yang sama rata tanpa menindas kaum lain dalam melaksanakan tugas.

"Isu ini bergantung kepada pemilik-pemilik syarikat swasta untuk melakukan perubahan yang adil kepada semua pihak," katanya.

Penganalisis Politik USM Dr Sivamurugan Pandian berkata, permasalahan kaum India dan Melayu dalam menceburi sektor swasta di Pulau Pinang perlu diselesaikan segera supaya tiada perbezaan taraf sehingga menyebabkan masa depan kaum lain terjejas.

"Mana-mana kaum yang berkuasa dalam sektor apa sekalipun perlu memberi kerjasama kepada semua pihak tanpa membezakan kaum dalam memberi pekerjaan bagi melaksanakan tangungjawab secara bersama.

"Kaum Melayu yang menguasai sektor kerajaan juga haruslah menyediakan banyak peluang pada kaum lain terutamanya kepada kaum Cina dan India,"jelasnya.

Dr Siva berkata, institusi swasta perlu berubah peranan dari bersikap sedemikian kerana negara ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa untuk bersatu.

Sikap prejudis
"Jika sektor swasta terus mengamalkan sikap prejudis, perkara ini akan berlarutan dan membimbangkan," katanya.

Nazbina Ghazali seorang pekerja swasta berkata, tindakan membeza kaum amat ketara berlaku dalam sektor swasta hinggakan kaum lain seperti Melayu dan India gagal maju ke hadapan menjawat jawatan lebih tinggi dalam sektor tersebut walaupun mempunyai banyak kelebihan berbanding kaum Cina.

"Ramai kaum Melayu dan India telah bekerja bertahun-tahun dan mempunyai kelebihan untuk menjawat jawatan lebih tinggi, tetapi masih tetap ditahap yang lama kerana kaum Cina yang tidak mempunyai pengalaman dan kelulusan diberi keutamaan menjawat jawatan tertinggi.

"Saya pernah mempunyai pengalaman dimana ketika ditemuduga, soalan pertama yang ditanyakan adalah, adakah anda boleh bercakap bahasa Cina? Majikan tersebut juga akan menyatakan syarikat mereka memerlukan seseorang yang fasih berbahasa Cina untuk memudahkan percakapan bersama majikan lain," katanya.
Edmand Steven Grumach pekerja swasta juga berkata, sesetengah individu India dan Melayu di Pulau Pinang mengalami masalah untuk hadir temuduga di dalam sektor swasta kerana kebanyakan syarikat besar termasuk sektor perkilangan mengenakan syarat yang sama iaitu memerlukan pengetahuan berbahasa Cina.

"Jika ada jawatan yang rendah, syarat seperti itu tidak pula dikenakan dan ianya jelas menunjukkan sikap perkauman untuk memberi jawatan tertinggi kepada kaum Cina.

"Sebagai pekerja swasta, saya berharap agar syarikat swasta di Pulau Pinang tidak akan membezakan kaum supaya peluang pekerjaan dapat diberikan secara sama-rata," ujarnya. - Qayum Rahman

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH