Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 7 Mac 2011

Wow, Lumayannya Gaji Amah/Pemandu di Arab Saudi! Mahu Tahu Berapa?



Anda tahu berapa gaji minimum yang bakal diterima amah Indonesia di Arab Saudi? Walaupun kadang kala kita terbaca tentang kekejaman majikan Arab Saudi terhadap amah terutamanya dari Indonesia, namun perkembangan terkini mungkin akan merancakkan kembali penghijrahan warga Indonesia ke negara Arab apabila kerajaan Indonesia mengenakan syarat terbaharu yang lebih ketat. Antaranya termasuklah meminta gaji minimum untuk pembantu rumah, iaitu sebanyak RM4 800 sebulan. Fuh, lumayan. Hal ini saya baca di SG, rasa-rasanya HM pun ada menyiarkan berita ini.

Seperti yang anda maklum, pembantu rumah warga asing di Malaysia rata-ratanya menerima gaji sekitar RM500-RM600 sebulan selain berisiko didera dan dirogol jika bekerja dengan majikan berhati dan bertopengkan syaitan. Tidak kiralah sama ada syaitan lahanat itu betina atau jantan!

Menulis fasal gaji, saya juga tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan gaji yang diterima oleh rakyat Malaysia terutamanya pemegang ijazah. Rata-rata syarikat swasta di Malaysia bukanlah "cikai" sangat sehingga tidak mampu menawarkan gaji yang agak tinggi kepada pekerjanya. Namun, hakikatnya, majoriti pemegang ijazah yang menceburi bidang pekerjaan bukan profesional terpaksa menerima gaji yang terlalu rendah berbanding dengan mereka yang menjawat jawatan yang diklasifikasikan sebagai profesional seperti peguam dan jurutera.

Saya pernah menyentuh hal ini sebelum ini. Tidak perlulah saya menulis panjang lagi. Cuma saya mahu menyatakan di sini bahawa rata-rata pemegang ijazah yang baru menamatkan pengajian di IPT terpaksa menerima gaji sekitar RM1 000-RM1 500 sebulan sebagai upah melakukan kerja-kerja yang saya kira agak sama berat, sama rumit dengan kerja-kerja dalam bidang profesional. Tidak percaya?

Saya bagi satu contoh (contoh sama seperti yang saya nyatakan dalam kiriman sebelum ini), sebuah syarikat penerbitan buku silibus yang sudah lebih dua puluh tahun menjalankan perniagaan dan memperoleh pendapatan puluhan juta setahun hanya membayar RM1 200 kepada pekerja baharu yang menyertai bahagian editorial syarikat itu. Dengan kenaikan gaji sekitar RM100 setahun, cuba congak gaji dan "penderitaan" staf baharu itu? Ironinya, syarikat ini mampu memberikan komisen sehingga RM60 ribu setahun kepada jurujual syarikat yang turut diberikan sebuah kereta syarikat. Walhal, staf editorial adalah nadi syarikat sama juga pentingnya chef di hotel dan di restoran. Namun, nasib intelektual kecil di syarikat kapitalis tidak sama dengan tukang masak di hotel dan di restoran. Hal sebegini bukan sahaja berlaku di syarikat ini, bukan juga untuk jawatan itu, cuba-cubalah risik, saya pasti hal yang sama turut berlaku di mana-mana syarikat swasta di negara ini.
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


  1. Salam Tuan Rumah,
    gaji di sana lumayan sebab kos hidup yang sangat tinggi. Kat sana rate begitu la adalah satu kebiasaan. Di Arab Saudi, mereka yang berpendapatan rm8000 sebulan dikira berada di bawah paras kemiskinan. maklumat dari orang Malaysia yang bekerja di sana...

    gravatar Comment by Melur Jelita @ Isnin, Mac 07, 2011 4:36:00 PTG      
  2. Salam Melur,

    Saya faham maksud Melur. Saya tahu di sana taraf hidupnya agak tinggi. Kawan saya juga ada bekerja di Dubai. Namun, bagi pembantu rumah yang tinggal dengan majikan saya kira kos hidup tidaklah begitu tinggi.

    Saya cuma mahu kaitkan dengan gaji yang diterima oleh pemegang ijazah di Malaysia, kalau dibandingkan dengan amah di Saudi atau Dubai, gaji pemegang ijazah di Malaysia mungkin setaraf dengan amah di sana!

    gravatar Comment by Unknown @ Isnin, Mac 07, 2011 5:58:00 PTG      
  3. salam DCM,

    Memang betul gaji pemegang ijazah di Malaysia terlalu rendah. Saya mengajar di kolej swasta. Walaupun memiliki, namun gaji yang saya terima jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya.

    Cik Melur, di negara Arab memanglah taraf hidupnya agak tinggi, namun tidaklah setinggi yang disangka.


    Khalid

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Mac 07, 2011 6:04:00 PTG      
  4. melur,
    saya bekerja di arab saudi sekarang ini. bagi saya 8000 dikira sebagai bawah tahap kemiskinan adalah sesuatu yang diada-adakan. di sini kereta murah, minyak murah.. cuma sewa rumah mungkin agak tinggi tapi masih lagi dikira berpatutan. minyak ron 95 dijual dengan harga 0.60 riyal seliter. dan barang2 lain juga murah. kalau tak, kenapa jemaah haji kita dtg ke sini membeli belah sakan?

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Mac 08, 2011 2:40:00 PG      
  5. gaji di Malaysia mmg rendah...gaji pemegang ijazah pn pd taraf kemiskinan..nk dpt keja susah,pastue keje swasta gaji 7 8 ratus,pastue bebanan nk byr ptptn,pk la camne kami yg baru abis blaja nie nk mulakn hidup??pastue yg bengong duk kata bersyukur dgn pemberian krajaan..keje besepah2 smpai bg kt warga asing,ceh ape guna blaja tinggi abis duit beribu2... last2 keje kilang,byr ptpn pn x ckup,nk mkn ape???ape lg nk kawin...

    gravatar Comment by MC_Shaharul @ Selasa, Mac 08, 2011 3:05:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH