Bernama melaporkan bahawa trio ‘‘Datuk T’’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes berkaitan dengan pendedahan itu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.
“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.
Walhal dalam hal ini jelas bahawa trio lahanat itu menayangkan klip porno itu kepada pihak tertentu, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan undang-undang dan hukum agama. Malah mereka membuat ugutan politik yang meminta DSAI dan isterinya meletakkan jawatan semata-mata kerana video yang banyak pihak menganggapnya sebagai hasil rekayasa pihak tertentu.
Nazri sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan trio itu tidak salah menayangkan klip porno di Seri Carcosa Negara jika perbuatan itu tidak mendatangkan keuntungan apabila menjawab pertanyaan sekumpulan wartawan.
P/s:Kalau untuk kepentingan mereka, semua boleh, semua halal!
Salam.... Pihak TRO ingin menjemput saudara untuk membuat ulasan pada ranking blog pro PR yang akan dikeluarkan. Jika setuju,blog Duniacacamarba akan menjadi pengulas jemputan selepas blog Musafirlalu dan Albanjari.
Comment by Top Ranking Online @ Isnin, Mac 28, 2011 10:47:00 PTGSalam TRO,
Comment by Unknown @ Selasa, Mac 29, 2011 8:28:00 PGsaya hargai pelawaan tuan, namun saya terpaksa tolak atas sebab kesibukan dan sebagainya. Saya bimbang saya tidak dapat memberikan komitmen yang sepatutnya. Jika mahu membuat ulasan, saya membuat ulasan yang terperinci. Namun atas kekangan tugas dan sebagainya, saya kurang yakin dapat berbuat demikian.
Maafkan saya, Insya-Allah saya akan terus mengikuti blog tuan!
Tayadih Maysia@DUNIACACAMARBA