Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 23 Mac 2011

Awas, Mi, Kuetiau Dikilangkan di Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Kepong!


Sekadar hiasan. Kredit: Ondscene

Saya petik:
[SH] KEPONG – Kuew teow siap diproses dan dibungkus dijadikan alas ‘bantal’ tempat tidur kakitangan yang berehat selepas penat bekerja, antara situasi boleh dilihat dalam serbuan pihak Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke premis kilang mi, di sini kelmarin.

Selain itu, premis penghasilan mi dan kuew teow yang diedarkan sekitar Lembah Klang ini kotor serta jijik, kebanyakan pekerjanya pula hanya berseluar pendek dan tidak memakai apron serta penutup kepala.

Pengarah Jabatan Kesihatan MPS, Dr Razif Zainol Abidin berkata, tindakan ke atas premis pembuatan mi itu dilakukan masuk kali ketiga, sebelum kali pertama diserbu Oktober tahun lalu.

Menurutnya, pihak Jabatan Kesihatan Daerah (PKD) Gombak turut melakukan operasi sama pada bulan lalu, namun tahap kebersihan premis terbabit masih kotor dan tidak memuaskan.

Lantai premis berair, licin dan kotor disebabkan tiadanya sistem saliran sempurna disediakan pemilik. Selain itu, pekerjanya tidak memakai uniform sempurna dengan apron dan penutup kepala serta penutup hidung.

Keadaan premis ini memang kotor, namun ia lebih baik berbanding sebelum ini. Bagaimanapun kali ini kita tetap mengambil tindakan penutupan selama dua minggu,” katanya.

Razif berkata demikian selepas mengetuai operasi berkaitan susulan aduan penduduk berkenaan kilang mi kotor disiarkan akhbar ini 20 Mac lalu, berkaitan premis terletak di jalan utama, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menegur wakil pengusaha berikutan keadaan pintu masuk ke dua pintu masuk utama yang juga kotor dan berbau busuk dari longkang dan bekas sampah berhampiran.

Bagaimanapun, wakil pengusaha berkenaan memaklumkan premis kilang berhampiran turut menyumbang pembuangan sisa ke dalam longkang dan kawasan di situ menyebabkan timbul masalah berkenaan.

Makanan di atas lantai

Wakil pemilik ketika ditemui semasa operasi dilakukan di premis terbabit tidak menafikan pernah memberitahu akan berpindah ke kawasan lain sejak tahun lalu, namun mengambil masa kerana mencari lokasi sesuai.

Dia memberitahu demikian ketika ditegur tindakan berikutan peletakan stok makanan sudah siap dibungkus seperti mi, kuew teow dan ‘yee mi’ di dalam kuantiti yang banyak di atas lantai.

Tinjauan juga mendapati, sisa makanan seperti beras bagi membuat mi berkenaan dan kulit telur dibuang ke dalam longkang.

Bekas beras hendak diproses juga diletakkan hanya dalam besen plastik di atas lantai begitu sahaja dan terdedah, selain keadaan tandas premis yang tiada sistem pengudaraan baik serta terlalu kotor.

Difahamkan, tindakan penutup premis itu diambil mengikut tiga Seksyen Undang-undang Kecil (UUK) di bawah kesalahan Seksyen 27, Sisa Makanan Atas Lantai dan Seksyen 19 (1)(d) Sisa Makanan Dibuang Ke Dalam Longkang.

Kesalahan mengikut UUK sama ini juga adalah di bawah Seksyen 8(5) di mana setiap pengendali makanan perlu memakai penutup kepala dan apron.

Selain penutupan premis, tindakan kompaun RM1,000 boleh dikenakan bagi setiap satu kesalahan mengikut seksyen berkaitan.

Difahamkan, pantauan dari masa ke semasa akan dibuat pihak Jabatan MPS, sepanjang tempoh penutupan ini. 

P/s: Seperti biasa, perniagaan tauke dilindungi, nyawa pengguna menjadi taruhan. Setiap kali serbuan dibuat, pihak berkuasa akan merahsiakan syarikat yang melakukan kesalahan. Tidak kisahlah kesalahan kerana premis kotor atau produk mereka mengandungi bahan terlarang.

Cis! Dalam kes ini, premis lahanat ini sudah 3 kali diserbu, namun pihak berkuasa masih melindungi identiti syarikat lahanat ini!

Berdasarkan berita terdahulu, rujuk sini, kilang itu dipercayai satu-satunya pengeluar kuetiau terbesar di Lembah Klang berikutan tidak ada pengusaha lain terutama daripada kalangan umat Islam mengusahakan bahan makanan tersebut.

Jika beli kuetiau, mi, sila lihat labelnya!

 

  1. bedebah sungguh.. kat selayang tu mana ada tempat bersih.... mana ada orang belek belek tepung cermat cermat.... Orang berniaga macam tu lah..ADA juga pihak ambik untung.. masuklah neraka jahanam ramai ramai

    gravatar Comment by perjalanan pulang @ Rabu, Mac 23, 2011 4:01:00 PTG      
  2. As Salam bro!Ni yang buat saya konpius ni kilang mana cuba bagi gambaq lebel dia sekali,sebab mana tau depa hantaq mai kat Kuantan ni senang saya tegok.tak dak gambaq dan lebel cam na nak tau.Wassalam!

    gravatar Comment by 5sal @ Rabu, Mac 23, 2011 4:29:00 PTG      
  3. Salam 5sal,

    Kilang ini khabarnya hanya membekalkan mi dan keautieu kotor dan jijik di kawasan Lembah Kelang sahaja. Rasanya tidak sampai ke Pahang.

    Gambar label? Tulah fasal 5sal, pihak berkuasa rahsiakan jenama mi ni, media pulak takut kena saman dengan pemilik kilang.

    Cis!

    gravatar Comment by Unknown @ Rabu, Mac 23, 2011 4:35:00 PTG      
  4. kilang koteow, mee dan laksa melayu ada...di sungai pelong sungai buloh nun. Tapi skala kecik la...sebab apa lambat naik?? kedai melayu sendiri taknak cari atau taknak support.Jom ramai2 pakat beli Mee dan segala mak nenek makanan oleh usahawan melayu bawah label 'Cik Siti' di sungai pelong nu.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Mac 23, 2011 6:17:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH