Pemilik Restoran Menyesal Beli 6 500 Kg Garam. Mengapa?
Seorang pemilik restoran menyesal kerana membeli 6 500 kg garam yang disangkanya dapat melindungi dirinya daripada radiasi radioaktif yang berpunca dari loji nuklear Jepun yang meletup baru-baru ini.
Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga Guo dari Wuhan menghabiskan 27,000 yuan (RM12,460) untuk membeli garam.
Menurut Wuhan Evening News, Guo bergegas ke pasar raya berdekatan selepas mendapati garam dijual bagai pisang panas berikutan kebocoran di loji nuklear Fukushima Daiichi. Pada 17 Mac lalu, dia membeli garam sebanyak yang mungkin dari pasar raya di sekitar bandar.
Malangnya, ketika dia sampai ke rumah bersama-sama dengan tiga buah lori yang sarat dengan garam, pihak kerajaan mendedahkan bahawa garam beriodin tidak dapat melindungi manusia daripada radiasi.
Aduhai!!!!
Lelaki itu cuba menjual garam-garam tersebut dengan harga diskaun untuk mengurangkan kerugiannya. Manakala pegawai kerajaan di Wuhan yang terlibat dengan khabar angin "khasiat" garam itu memberitahu bahawa mereka akan cuba membantu mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh pemilik restoran itu.
P/s: Macam-macam saudara!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.