Siapa Datuk T? Sampai Boleh Buat Ikut Suka Dia!
Datuk T dan gengnya menayangkan klip porno kepada wartawan dan khabarnya klip yang sama turut ditayangkan kepada wakil rakyat BN di lobi Parlimen. Orang ramai berpendapat bahawa perbuatan itu salah di sisi undang-undang, tetapi Nazri Aziz kata perbuatan itu tidak salah selagi tidak mendatangkan keuntungan. Datuk T mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya. Ugutan itu suatu bentuk jenayah, namun perbuatan dia tidak diendahkan oleh sesiapa yang berkuasa. Datuk T memfitnah DSAI dengan mendakwa pelakon klip porno itu sebagai DSAI dan hal ini disahkan oleh 110% oleh Zul Nordin.
Datuk T dan Zul Nordin sekepala dan sependapat?!?!
Datuk T dan Zul Nordin sekepala dan sependapat?!?!
DSAI telah membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat kes ini secara menyeluruh. Dalam laporan polisnya, DSAI mendakwa individu yang menyebarkan dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.
Anda tahu, sesetengah orang ramai menjangkakan kes ini hanya akan disiasat suam-suam kuku sahaja. Hal ini perlulah disanggah oleh polis melalui tindakan mereka jika mahu menafikan tanggapan orang ramai itu.
Yang peliknya apabila Datuk T mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dia tidak akan menyerahkan video itu kepada pihak lain termasuk polis kecuali panel siasatan bebas. Wow! Siapa Datuk T yang kelihatan begitu "berkuasa" sehingga laporan polis pun enggan diendahkannya. Adakah pihak polis akan akur dengan kehendak orang ini? Kita tunggu dan lihat!
Siapa lahanat ini?
Saya petik sedikit laporan MStar:
Bagaimanapun menurut "Datuk T" beliau terpaksa mengubah keputusan tersebut setelah mendapati Anwar menafikan yang beliaulah lelaki di dalam rakaman video tersebut dan selepas itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangsi awal pagi Selasa.
"Sekarang memandangkan Datuk Seri Anwar telah pun membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki yang dirakamkan di dalam video berkenaan maka saya menyimpulkan bahawa beliau dan isterinya tidak lagi berminat untuk memperolehi salinan rakaman video berkenaan daripada saya sebagaimana yang dijanjikan Isnin depan.
"Oleh yang demikian saya hanya akan menyerahkan rakaman video tersebut kepada satu panel bebas yang boleh menyiasat akan ketulenan rakaman video itu dan saya akan turut menyerahkan seutas jam tangan Omega yang ditemui di dalam bilik hotel di mana rakaman video itu dibuat." ujarnya.
Beliau juga memberikan sebab-sebab mengapa rakaman video berkenaan tidak akan diserahkan kepada pihak polis.
"Ini kerana sebarang pembabitan pihak berkuasa hanya akan mengundang lebih banyak penafian daripada Anwar.
"Datuk Seri Anwar hanya akan mengubah perhatian ramai dengan berkata pihak polis bersubahat dengan kerajaan sekiranya hasil siasatan polis tidak menyebelahi atau condong ke arahnya.
"Oleh itu saya hanya akan menyerahkan bahan bukti ini kepada satu panel siasatan bebas yang akan dibentuk kemudian," katanya.
P/s: Zaid Ibrahim pun mahu sertai Zul Nordin dengan meminta DSAI berundur kerana klip porno walaupun dia sendiri tidak mengetahui kesahihan video itu. Aduhai, semakin terserlah wajah sebenar Zaid Ibrahim yang pernah mendapat simpati penyokong PR sewaktu pemilihan PKR yang lalu!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.