Menteri "Kalau UMCO-Semua Boleh" Kata Pemberian Bantuan Ketika Pilihan Raya BUKAN Rasuah!
Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR, 29 Mac — Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.
“Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?
“Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),” katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.
Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu.
P/s: Menteri ini tidak menjawab soalan. Kalau jawab soalan SPM, silap-silap dapat E. Orang bertanya soal projek mi segera, duit tunai yang diberikan sewaktu berkempen, peralatan dan kenderaan (basikal/motosikal) yang diberikan sewaktu pilihan raya, begitu juga kain pelikat, kain batik, biskut, dan segala macam habuan lain. Orang tidak bercakap soal manifesto atau BN memenuhi manifesto pilihan raya.Yang ini, cerita lepas pilihan raya berdasarkan peruntukan yang ditetapkan. Lagipun, mengapa saat tiba pilihan raya mahu penuhi manifesto?
Semasa kempen pilihan raya, cuba tanya Menteri, duit/bantuan yang diberikan itu guna duit siapa? Duit UMCO? Banyak duit UMCO?
Kalau duit rakyat, duit kerajaan bukankah itu penyalahgunaan kuasa yang mempunyai unsur rasuah? Ada beza UMCO sebagai parti politik dan UMCO sebagai parti pemerintah/ kerajaan yang memegang duit rakyat sebagai suatu amanah!
Bingai!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.