[Kemas Kini] Macam Ini Nak Jadi ASKAR? Hancur!!!
Askar Singapura dengan amahnya. |
Saya baca berita fasal askar manja (askar National Service) di blog OpEd malam tadi. Cerita itu disiarkan secara meluas di laman forum, malah turut dibangkitkan oleh akhbar The Straits Times dan media antarabangsa termasuk AFP. Gambar yang turut disiarkan di laman forum STomp di atas memaparkan seorang pembantu rumah berjalan di belakang seorang askar sambil membawa beg galasnya.
Askar NS dibantu pembantu rumah? Hancur!!! Hal ini seperti dijangka telah menimbulkan kemarahan rakyat Singapura selain mencetuskan kebimbangan bahawa rekrut dalam angkatan tentera republik itu terlalu dimanjakan.
Pelbagai reaksi diterima daripada gambar itu yang disiarkan buat kali pertama di laman Facebook. Ada pihak menganggapnya sebagai satu hiburan semata-mata tetapi ada pula yang marah dan mendakwa generasi tentera republik itu sekarang ‘terlalu lembut.’
“Di balik kejayaan setiap anggota Angkatan Tentera Singapura (SAF) adalah seorang pembantu rumah,” kata seorang pelayar internet di laman Twitter yang menamakan dirinya sebagai Chinteresting.
“SAF perlu mencari pembantu rumah berkenaan dengan segera dan memasukkannya dalam angkatan tentera. Dia seorang yang gagah,” kata seorang lagi pelayar dikenali Rod-Man14 di laman sama.
“Jika dia tidak mampu membawa begnya sendiri, bagaimana kita akan bergantung harap kepada askar seperti ini untuk mempertahankan Singapura,” kata Heavencry09 dalam ruangan forum portal berita xinmsn.

Timbul pelbagai teori sebab situasi ini berlaku. Salah satu daripadanya mungkin berpunca daripada paparan gambar di bawah ini:
Budak sekolah dimanjakan sejak di bangku sekolah. |
Menurut blog OpEd, ada akhbar Singapura yang melaporkan pembantu rumah membasuh uniform dan kasut askar NS di rumah. Wow! Manja habis!
P/s: Agak-agak kalau ke medan perang, apa peranan pembantu rumah di sana? Adakah sebagai orang yang memegang senjata?
Kah Kah Kah!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.