Saya petik:
[Bernama] KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.
Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.
Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.
P/s: Isu ini akan hangat. Pasti ada orang yang berilmu akan memberikan komen tentang hal ini.
Saya tidak pasti akan kebenaran dakwaan anggota Majlis Fatwa Perlis ini. Saya cuma rasa pelik! Beliau mendakwa Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Setahu saya masjid pada zaman Rasulullah dan para sahabat digunakan untuk pelbagai perkara. Selain tempat beribadat, masjid dijadikan tempat perjumpaan masyarakat, baitumal, pusat pentadbiran, pusat pendidikan dan pengembangan ilmu, pusat kesusasteraan dan pusat kegiatan sosial termasuklah perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
"Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya TIDAK melakukan.." umumnya bila ada sesuatu larangan dr Allah dan Rasul, hukumnya jelas haram kecuali ada nas yg beri kelonggaran. bab ni mmg ada perbincangan tapi umum menghukum harus. kena tunggu datuk ni bg nas yg kata Rasulullah larang tu. kalu menikah di rumah resepsi mcm yahudi datuk ni tak mau bg fatwa pulak ye, dok pusing dlm hal2 yg harus, hal2 yg fardu tak mau cakap.
Comment by azmie @ Ahad, Mac 20, 2011 11:38:00 PTG