Bapa Cari Orang yang Sanggup Bunuh Teman Lelaki Anaknya. Mengapa?
Fox5SanDiego.com melaporkan Domingos Oliveira, 50, ditahan Jumaat lalu selepas polis mengeluarkan waran untuk menyelongkar rumahnya di Spring Valley, California.
Pihak polis menerima laporan daripada anak gadis Oliveira yang berusia 19 tahun dan teman lelakinya selepas mereka menemukan beberapa poster memerihalkan hasrat Oliveira itu di sekitar kampus Kolej Grossmont dua minggu lalu.
Poster yang didakwa dibuat dan diedarkan sendiri oleh Oliveira itu menawarkan wang tunai $3,000 (RM9,082) untuk tubuh teman lelaki anaknya sama ada "mati atau hidup".
Menurut polis, poster itu turut memaparkan nama dan foto teman lelaki anak gadis Oliveira yang didakwanya bekas pesalah seksual. Hal itu turut disahkan oleh polis selepas menyiasat rekod teman lelaki anak Oliveira.
Oliveira kini ditahan sementara menunggu siasatan lanjut.
dulu saya pun nyaris maut oleh kerana bapak si perempuan
Comment by perjalanan pulang @ Isnin, Mac 28, 2011 12:42:00 PTG