Gaji Taib Mahmud Kini RM39 Ribu
[HD] KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.
Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.
Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.
Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.
P/s: Kalau ADUN berkhidmat ikhlas untuk rakyat, orang tidak akan mempertikaikan kenaikan ini memandangkan Sarawak juga merupakan negeri yang luas dengan muka bumi yang sukar ditembusi dengan kenderaan.
Moga-moga tiada tender, balak, atau duit rakyat menjadi mangsa apabila gaji dan elaun ADUN dan Exco naik mencanak seperti yang diberitakan di atas.
Moga-moga tiada tender, balak, atau duit rakyat menjadi mangsa apabila gaji dan elaun ADUN dan Exco naik mencanak seperti yang diberitakan di atas.
Persoalannya, sesuaikah dengan pendapatan dan kewangan negeri?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.