Kabinet Najib 2013
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013
Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Jamil Khir Baharom
Mohamed Nazri Abdul Aziz
Idris Jala
Ahmad Maslan
Menteri Kewangan
Mustapa Mohamed
Menteri Pelajaran
Idris Jusoh
Menteri Dalam Negeri
Hishamuddin Hussien
Menteri Pengangkutan
Liow Tiong Lai
Menteri Pelancongan
Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Luar
Anifah Aman
Menteri Kerja Raya
G Palanivel
Menteri Kesihatan
Wee Ka Siong
Menteri Belia Dan Sukan
Ahmad Shabery Cheek
Menteri Sumber Manusia
S Subramaniam
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Noh Omar
Menteri Perdagangan Dan Industri
Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Shafie Afdal
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Fadillah Yusof
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Douglas Unggah Embas
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Chin Fah Kui
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Mahazir Khalid
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Joseph Salang Gandum
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Ong Ka Chuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Noriah Kasnon
Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin
Menteri Wilayah Persekutuan
Johari Abdul Ghani
Adakah senarai yang tersebar di blog ini seperti yang ada dalam senarai Najib?
Senarai di atas juga agak berbeza daripada nama-nama yang didakwa akan menyertai kabinet Najib seperti yang disiarkan oleh BH. Berita BH ini menyebut:
"Antara yang disebut bakal dilantik sebagai menteri ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Datuk Halimah Sadique (Tenggara), Datuk Azizah Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahman Dahalan (Kota Belud), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Datuk Fadilah Yusof (Petra Jaya), Datuk Tajuddin Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Rompin), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Ahmad Maslan (Pontian) dan beberapa wakil dari Sabah dan Sarawak.
Khairy dikatakan bakal menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Halimah (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Jamaluddin (Kementerian Kewangan), manakala Tengku Adnan sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kese-jahteraan Bandar.
Dilantik semula
Selain itu, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dijangka dilantik semula sebagai menteri berstatus senator.
Barisan Kabinet kali ini juga bakal menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertukar ke Kementerian Pelancongan, manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Jamil Khir masing-masing kekal di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.
Selain itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Bagi timbalan menteri pula, kebanyakan nama yang akan mengisi senarai itu majoritinya di kalangan muka baru yang menang PRU-13 seperti Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor), Datuk Ab Aziz Kaprawi (Sri Gading), Datuk P Kamalanathan (Hulu Selangor), Datuk Noor Ehsannudin Mohd Harun Narrashid (Kota Tinggi), Anuar Abd Manaf (Sekijang), Datuk Hasbullah Osman (Temengor) dan Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa).
Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (Balik Pulau) juga bakal memikul tanggungjawab sebagai timbalan menteri.
Rombak kementerian
Perdana Menteri juga dijangka melantik Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata sebagai timbalan menteri berstatus senator dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)."
Untuk kepastian, tunggulah pengumuman yang bakal dibuat oleh Najib sedikit masa lagi. Khabarnya pengumuman itu akan dibuat pada petang ini-DCM
Berkaitan:
[SH] SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini, dipercayai bagi mengumumkan barisan Kabinet. Sidang media dijadual berlangsung pada jam 5 petang di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara jam 12 tengah hari tadi.
Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi esok.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.