Pemuda Gari Tangan Kenalan FB, Sebelum Rogol Mangsa
[SH] KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana kesalahan rogol.
Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas tertuduh, Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.
Tertuduh ketika itu berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa sebaya dengannya di kawasan semak Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 1 pagi, 2 Disember 2011.
Dalam kejadian itu, mangsa yang selesai kerja di sebuah pasar raya di Machang diajak tertuduh keluar minum sebelum menghantarnya ke rumah.
Lelaki yang hanya tamat persekolahan tingkatan dua itu kemudian memandu kereta milik bapanya menuju ke Pasir Puteh dan berhenti mengambil seorang lelaki pada tengah perjalanan.
Mangsa enggan mengikut, bagaimanapun ditampar sebelum digari ke dalam kereta. Sampai di kawasan semak, dia dirogol. Sekali lagi mangsa melawan, malangnya dia ditampar dan ditolak ke tanah.
Pada prosiding semalam, laporan akhlak dikemukakan mengatakan tertuduh anak yang baik dan tidak pernah dipukul bapanya selain tidak pernah mendapat pendidikan agama. Dia melalui peguamnya memohon hukuman penjara minimum bimbang tertuduh bercampur dengan penjenayah tegar.
Mohd Yusuff bagaimanapun bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin dalam mengutamakan kepentingan awam, melihat tujuh rekod lampau tertuduh dan mengambil kira trauma dialami mangsa serta keluarga sebelum menjatuhkan hukuman.
“Tempat bukan persoalan untuk kita jadi baik atau tidak. Ia bergantung pada diri sendiri. Berubahlah, kamu sahaja yang boleh mengubah diri kamu sendiri dan bukan orang lain.
Saya harap hukuman ini akan menjadi pengajaran kepada kamu untuk menjadi lebih baik,” katanya.
P/s: Kalau ada lagi remaja yang kemaruk dengan rakan FB, mudah sangat percaya dengan mereka, moga-moga berita ini dapat memberikan sedikit pengajaran.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.