Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label kakitangan awam. Papar semua catatan

, , ,

Rabu, 17 Jun 2015

Najib Umum Bantuan Khas untuk Penjawat Awam




PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat Gred 54 dan ke bawah. 

Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam membuat persiapan menyambut Ramadan dan hari lebaran. 

Katanya, bantuan khas ini akan turut dinikmati lebih 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran berjumlah RM250. 

"Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini yang membabitkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) di sini. 

Najib turut mengumumkan berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini. 

Beliau berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh gred jawatan 41 dan ke bawah dimana ia memberi manfaat kepada 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara. 

Katanya, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka. 

"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya.-Berita Harian/17/6/15





, ,

Rabu, 2 Julai 2014

[Video] MB Selangor Umum BONUS Raya Sebulan Gaji


Portal Selangor Kini mengumumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor akan memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Laporan lanjut menyusul kemudian.

Kemas Kini:

MB Umum Bonus Raya Sebulan Gaji

[Selangor Kini] SHAH ALAM, 2 JUL : Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.


Beliau berkata ,sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi urusan pemberian bonus berkenaan.

“Exco negeri bersetuju untuk memberikan bonus sebulan gaji mengikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini dan keputusan berkenaan dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil dari tahun lepas sehingga 30 Jun 2014.

“Pada tahun lepas dalam tempoh sama, jumlah kutipan hasil adalah RM1.136 bilion dan pada tahun ini ia berjumlah RM1.162 bilion,” katanya. -AFEEQA AFEERA/2/7/14



, , ,

Khamis, 1 Ogos 2013

[PANAS] Kerajaan Pulau Pinang dan Kelantan Umum BONUS Aidilfitri 2013



Kerajaan Pulau Pinang Umum Bonus Setengah Bulan Gaji

[BlogFaqar] SEMUA kakitangan awam Pulau Pinang akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM600 sempena menyambut Hari Raya Puasa.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri membelanjakan RM3,734,908.81 untuk 3,841 penjawat awam di negeri berkenaan.

"Biasanya Kerajaan Negeri akan ikut (pemberian bonus RM500 sebagaimana diumumkan) Pusat.

"Tetapi, kita (Kerajaan Negeri) mampu, maka, kita memberikan bonus yang lebih bagi menunjukkan penghargaan atas prestasi penjawat awam yang begitu baik," ujar beliau pada pagi tadi di Komtar, George Town.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus turut berucap pada Majlis Perhimpunan Anggota Penjawat Awam Negeri Pulau Pinang tersebut yang disertai lebih 2,000 hadirin.

Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus RM300 kepada guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA), manakala, RM200 guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Katanya, guru sekolah menengah pensendirian Cina turut diberi bonus RM200.


Kerajaan Sediakan RM2.2 Juta untuk Bonus Aidilfitri

[HD] KOTA BHARU: Dengan kemampuan yang begitu terhad, kerajaan Kelantan dapat menunaikan tanggungjawab untuk memberikan bonus Aidilfitri tahun ini kepada kakitangannya dengan kos keseluruhan RM2.2 juta.

Sumbangan Aidilfitri di bawah Skim Bantuan Khas itu bakal diagihkan sebelum Aidilfitri ini bagi memberi keselesaan pada kitangannya untuk menyambut hari raya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata sumbangan itu juga selaras dengan kerajaan Pusat yang telah mengumumkan untuk memberikan bonus Aidilfitri pada kakitangannya beberapa hari lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau menambah, sumbangan itu juga bakal dinikmati oleh kakitangannya yang telah pencen, sebanyak RM250 seorang.

Pada masa yang sama beliau berkata, kerajaan negeri turut meluluskan penubuhan majlis penempatan pelantikan dan pertukaran kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri bersetuju meletakkan kakitangan awamnya bertugas berdekatan di kediaman masing-masing demi untuk mewujudkan suasana kekeluargaan.

“Kita tidak mahu isteri bekerja di Kuala Krai, suami di Kota Bharu, suami terpaksa keluar awal pagi sekiranya tinggal di Kuala Krai.

“Kerajaan negeri sedar ianya bukan suatu perkara yang mudah, tetapi akan cuba diusahakan untuk kebaikan keluarga contohnya pertukaran suka sama suka atau wujudkan tugas baru,” ujarnya.


P/s: Tahniah!!!


, , ,

Rabu, 24 Julai 2013

Sah RM500 untuk Semua Penjawat Awam Persekutuan Sempena dengan Aildilfitri


[SH] KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


P/s: Untuk rekod, Kerajaan Selangor mengumumkan bonus 1 bulan gaji untuk penjawat awam di negeri itu petang tadi.

, , , ,

[PANAS] Konfirm BONUS Kakitangan Awam 1 Bulan Gaji


..Maaf, Kerajaan Selangor, bukan Kerajaan Persekutuan


[MK] Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya. 

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini. 

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. 

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas Menteri Besar.




, , , ,

Selasa, 16 Julai 2013

Penjawat Awam Disamun & Dipaksa Lakukan Seks Oral


Sekadar hiasan.

[Kosmo] PETALING JAYA – Seorang penjawat awam wanita melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah dipaksa melakukan seks oral oleh penjenayah yang menyamar sebagai pengajar sekolah memandu di Jalan 5/54 di sini pada Jumaat lalu.

Turut hilang dalam kejadian pada pukul 1 petang, kereta Perodua Kancil milik sekolah memandu tersebut.

Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20-an itu sedang menunggu pengajar sekolah memandu itu yang keluar mengisi minyak kereta pelajar lain.

“Tiba-tiba muncul seorang lelaki mengaku sebagai pengajar dan meminta mangsa memandu kereta tersebut ke satu kawasan perumahan di Jalan 5/54.

“Suspek ketika itu mengekori kereta dipandu mangsa menaiki motosikal,” kata satu sumber ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, ketika sampai di belakang satu kawasan perumahan di Jalan 5/54 itu, suspek yang mengaku memiliki senjata api memaksa mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya.

Bagaimanapun, suspek tidak menunjukkan senjata api tersebut.


Berkaitan:

Cabul Mangsa Samun

[HM] Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja kerugian RM2,000 selepas disamun, malah turut dicabul seorang lelaki menyamar sebagai pengajar kelas memandu dalam kejadian di Seksyen 52, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun menunggu pengajarnya di kawasan letak kereta kelas memandu berhampiran sebuah hotel di sini, sebelum didatangi seorang lelaki yang mendakwa pengajar baru. 

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu memberitahu mengajar ujian jalan raya dan menyuruh mangsa memandu hingga ke kawasan berdekatan sebuah hotel. 

Sumber berkata, lelaki itu menyamun mangsa dengan merampas beg duit, telefon bimbit dan rantai emas.

Menurutnya, selepas mendapat barangan berkenaan, lelaki itu mengarah mengikutnya ke bahagian semak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, kes itu disiasat dan suspek diburu untuk membantu siasatan.


,

Isnin, 11 Mac 2013

[PANAS] Najib Umum 9 Perkara untuk Kakitangan Awam



[SH] SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk elaun perumahan dan isu gaji maksimum.

Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin akan ada dua pengumuman penting berkenaan dengan elaun perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara," kata pemimpin kanan Cuepacs.

Bagaimanapun kata pemimpin, "saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji dibuat tahun lalu."

Oleh itu katanya, "berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun sepertu elaun perumahan dan elaun sara hidup (Cola)."

Seorang lagi pemimpin kanan Cuepacs yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kajian semula kaedah gaji maksimum dilihat antara perkara penting diumumkan oleh perdana menteri.

"Perkara ini menjadi penantian ramai khususnya sekitar 20,000 kakitangan awam... kemungkinan pelaksanaan dikuatkuasakan mulai 1 Januari.

"Walaupun kesan pelaksanaan melibatkan 20,000 orang pada masa sekarang, tetapi dalam jangka panjang ia akan melibatka kepentingan keseluruhan kakitangan awam," katanya.

Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan hasil kajian awal Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Suruhanjaya itu yang dibentuk Mac 2012 dan bergerak sejak Jun lalu diberi masa enam bulan untuk membuat kajian.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Ia dibentuk susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada hari ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

Pemimpin-pemimpin Cuepacs juga menjangkakan pengumuman menarik mengambil kira pemberian insentif kepada kakitangan Kastam Diraja Malaysia, yang diumumkan akhir Januari lalu.

Warga agensi itu akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

"Keseluruhan nampak ada kelainan kali ini. Jadi, kakitangan agensi lain juga mengharapkan sesuatu... kajian semula elaun ini antara yang penting," katanya. Cuepacs memohon agar kerajaan menyeragamkan kadar Cola tidak kira zon. Begitu juga elaun perumahan yang dilihat rendah mengambil kira kos hidup dan kadar sewa rumah yang semakin meningkat.


Kemas Kini:

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

- Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

- Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST).


,

Rabu, 17 Oktober 2012

Gambar Didakwa Slip Gaji CEO Tabung Haji, Bersedia untuk Terbeliak Biji Mata...


P/s: Jika benar, gaji sebulan CEO ini bersamaan dengan gaji lima atau enam tahun pekerja swasta yang memiliki ijazah. Itu yang pasti. Selebihnya baca ulasan blog yang menjadi sumber gambar di atas. Klik di sini.

Dengar juga ulasan YB Dato' Mahfuz Omar di bawah ini:








, ,

Jumaat, 27 Julai 2012

[Bonus] Selangor Beri 2 Bonus, Pulau Pinang Bonus Minimum RM600

 
S'gor beri bonus setengah bulan, RM200 Simpanan Selangorku



[MK] Kerajaan Negeri hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, bagi yang beragama Islam, wang tersebut akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji.

"Manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan," katanya.

Menteri besar berkata,Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini.

"Kerajaan negeri berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan," katanya.
 
Pulau Pinang: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600

[SH] GEORGETOWN - Kerajaan Negeri akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa).

Beliau berkata, mesyuarat exco hari ini meluluskan cadangan pemberian bonus kepada 3,780 pegawai perkhidmatan awam melibatkan kos RM3,983,489,45.

“Pemberian ini juga melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya pada sidang media.
 
 
 P/s: SYABAS!
 

,

Khamis, 26 Julai 2012

Bonus untuk Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan Sempena Aildifitri

Sumber di sini.

, ,

Khamis, 8 Mac 2012

[Kemas Kini] Skim SBPA Dibatalkan, SSM Dikemaskinikan


[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.



P/s: Jangan sedih, gaji kakitangan awam jauh lebih tinggi daripada majoriti pekerja sektor swasta.




Kemas Kini:

Gaji Minimum-Maksimum ganti struktur gaji SSM
 [UM] PUTRAJAYA 8 Mac - Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.


1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaan gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan - insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikan gred untuk guru-guru berdasarkan ‘time-based’.

,

Khamis, 15 Disember 2011

Kakitangan Awam Jangan Gembira Sangat Terima Kenaikan Gaji Lumayan, Cuba Baca Buruk SBPA di Sini


Saya petik:

SBPA Didakwa Aniaya Kakitangan Awam

[HD] Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN diyakini bukanlah satu sistem yang baik, sebaliknya akan menganiaya kakitangan sektor awam.

Keyakinan itu disandarkan kepada beberapa faktor, terutama berkaitan sistem pemarkahan prestasi kakitangan awam yang pasti terdedah dengan pelbagai bentuk manipulasi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, menerusi sistem baru itu, pemarkahan prestasi kakitangan awam akan dinilai oleh kakitangan atasan, tetapi penilaian tersebut diyakini tidak akan berlaku dengan adil.

Menurutnya, meskipun penilaian prestasi itu sesuatu yang baik bagi menggalakkan perkembangan prestasi di kalangan kakitangan awam, tetapi penilaian tersebut diyakini bukan sekadar berdasarkan prestasi, sebaliknya atas faktor-faktor lain.

Katanya, situasi itu akan menjadikan mereka yang benar-benar berprestasi dan berintegriti tidak akan dinilai sebagai berprestasi, sebaliknya mereka yang bijak 'membodek boss' pula yang akan diutamakan.

"Saya yakin itulah yang akan berlaku. Jadi pada saya, sistem SBPA itu tidak wajar diperkenalkan oleh kerajaan kerana ia pasti akan menimbulkan pelbagai kecelaruan dalam sektor awam," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.   

Sistem SBPA yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan sekarang seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.       

Dalam SBPA itu banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam, dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja.

Antara lain yang terkandung dalam sistem tersebut termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Dalam sistem baru itu juga, pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.

Bagi penjawat awam yang menerima opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG dengan tempoh bagi kenaikan gred antara DG41 ke DG44 dan DG44 ke DG48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja, berbanding sebelum ini selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan.

Menurut Mahfuz, setelah diteliti opsyen SBPA dengan menyeluruh, ternyata penilaian atau pemarkahan prestasi kakitangan akan dibuat dengan 3 peringkat, manakala mereka yang dicatatkan markah bawah 70 peratus akan dinasihatkan bersara atau dipersarakan.

"Sistem pemarkahan sememangnya amat jelas terdedah kepada manipulasi. Mereka yang akan diberikan markah tinggi itu nanti diyakini akan turut didasarkan kepada sokongan mereka terhadap parti Kerajaan BN yang memerintah.

"Sekiranya mereka didapati menyokong pembangkang, mereka pasti akan diberikan markah prestasi yang rendak, walaupun merekalah sebenarnya yang betul-betul berprestasi dan wajar diutamakan
," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau memberikan contoh kepada nasib buruk yang menimpa beberapa orang guru yang sememangnya cukup berwibawa tetapi menyokong pembangkang yang bukan sahaja dinafikan kenaikan pangkat, tetapi telah ditukar ke kawasan pedalaman.

Katanya, begitu juga dengan nasib yang telah menimpa Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, sehingga telah diturunkan pangkat sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

"Walaupun Datuk Judin sememangnya cukup bertanggungjawab, berprestasi dan berintegriti, tetapi disebabkan sikapnya yang tidak menyokong tindakan-tindakan yang tidak elok para pemimpin BN, beliau akhir telah diturunkan pangkat.

"Saya yakin kejadian seperti itu pasti akan berlaku dengan berleluasa nanti apabila sistem baru itu digunakan, sehingga menyebabkan banyak kakitangan awam yang teraniaya," tegas beliau.


CUEPACS Bantah

[TMI] KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya. Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.



P/s: Rata-rata kawan TM yang berkhidmat dalam kerajaan sedang mencongak kenaikan gaji yang bakal diterima mulai tahun depan. Ada yang mendapat pertambahan pendapatan yang cukup lumayan. Sambil mencongak, fikir juga buruknya!

Saya pernah berkhidmat di sebuah badan berkanun sebagai staf kontrak awal tahun 2000. Apabila menyebut soal pilih kasih, kaki bodek, kaki fitnah, rasa-rasanya saya cukup arif tentang soal itu. Untuk pengetahuan anda, saya terpaksa meninggalkan badan berkanun itu kerana faktor-faktor itu. Apalah yang ada pada mentimun untuk "melawan" durian!

Oleh itu, jika di bawah SBPA, prestasi staf dinilai oleh majikan/ketua jabatan/ketua bahagian, maka apa-apa yang berlaku terhadap diri saya dan orang lain pasti akan berlaku biarpun staf itu adalah pekerja cemerlang di jabatannya. Kita bukan menuduh semua majikan/ketua bersikap demikian, tetapi ada antara mereka mudah dimanipulasi oleh orang sekeliling, berprasangka buruk terhadap staf (misalnya, berprasangka buruk terhadap staf kontrak/sampingan, orang tertentu, dan sebagainya), serta membuat penilaian berasaskan pegangan politik, emosi dan perasaan dendam.

Jadi dalam hal ini, staf yang tidak cemerlang pun bakal menerima penilaian yang baik hanya kerana dia baik dan kuat mengipas majikannya.





, ,

Sabtu, 10 Disember 2011

Bukan DAP yang Mansuhkan 29 Ribu Jawatan Awam


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Dis — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan hipokrasi “teramat tinggi” sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.

Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.

“Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa.

Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.

Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.

“Bermakna ia tidak sampai 10 peratus,” katanya merujuk kepada nisbah tersebut.

“Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.

“Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau ‘right-sizing’, kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus (‘outsourcing’), perekayasaan proses kerja (‘business process reengineering’) dan kajian semakan skim perkhidmatan.

Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian.

Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, “ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung.”

“Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

“Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?” kata presiden Umno itu.

Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350.

Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula.

“Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis,” katanya lagi.



P/s: Oleh sebab kerajaan Najib yang buat keputusan, maka tiadalah demo oleh NGO dan Perkasa, laporan fitnah daripada media pencacai, atau ulasan bangang daripada blog pro-UMCO. Cuba kalau kerajaan negeri PR yang membuat keputusan begitu, anda tentu dapat membayangkan apa yang akan berlaku?

UMCO berjuang untuk Melayu? ****!


, ,

Jumaat, 30 September 2011

[PANAS] Bajet PRU 13: Gaji Kakitangan Awam Dijangka Naik Sehingga 40%


Saya petik:
[TMI] Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”. 

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek). “Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
 
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu. “Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi. Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
 
P/s: BN bagi ambil, tetapi undi PR! DCM menjangkakan PRU dalam tahun ini! BN pasti tidak mahu mensia-siakan memomentum Bajet PRU 13 ini!

,

Isnin, 20 Jun 2011

Penggodam Dedah Pelanggan Laman Porno Kakitangan Kerajaan


Saya petik:
[Pulakdah] MENGEJUTKAN!. Hacker telah mendedahkan terdapat 2 alamat email yang disenaraikan melanggan laman WEB LUCAH disahkan menggunakan akaun email agensi Kerajaan Malaysia. Yang lebih mengejutkan, salah satu email itu adalah milik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Lulz Sec mendedahkan pegawai SKMM yang terlibat menggunakan alamat email azmeal@cmc.gov.my. Nama penuh pegawai ini adalah Encik Muhammad Azmeal Hj. Ali. Berkhidmat di Content Regulation Department, Monitoring and Enforcement Division di bawah SKMM. Jom kawan dengan beliau di FB

Email kedua ialah kamarudinalias@mmea.gov.my. email ini merupakan email rasmi dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Namun begitu, hasil pemeriksaan lanjut, tidak ditemui data di laman direktori APMM.

Kita tunggu jawapan Rais Yatim.

Kepada sesiapa yang 'rasa' pernah melanggan laman web porno, semak email anda DI SINI.

Kredit : Jalan Sayang, Lulz Sec,


P/s: Maklumat di atas mungkin benar, mungkin tidak.


Rabu, 5 Januari 2011

[Salin&Cetak] Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011


kalender gaji kakitangan awam 2011 Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011

Nota : Berdasarkan jadual gaji 2011, gaji Tahun Baru China, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak diberi awal kerana jatuh sebelum 11hb bagi bulan tersebut.

, ,

Khamis, 7 Oktober 2010

Ingat Kes Khalwat Ini?

Berita di bawah ini berkemungkinan besar berkaitan dengan gambar di sebelah ini. Berita tangkapan khalwat berkaitan dengan gambar di sebelah ini boleh anda baca di sini.

Kepada yang gemar melakukan zina/khalwat, ingatlah pesan hakim yang saya merahkan di bawah ini. Saya petik:

[HM] PUTRAJAYA: “Berdasarkan undang-undang Islam, kamu berdua wajib direjam sampai mati, bagaimanapun negara kita tidak melaksanakan undang-undang berkenaan.
Tetapi, kamu kena ingat hukuman tetap akan ditentukan di mahkamah Allah iaitu di hari akhirat kelak, melainkan kamu betul-betul bertaubat dengan taubat nasuha,” kata Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Nasir berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap seorang lelaki dan wanita yang dituduh berkhalwat 1 September lalu pada jam 2.49 petang di Blok C-T14-UO8, Parcel 15-12A, Presint 15, di sini.

Hukuman terbabit dijatuhkan Nasir apabila tertuduh, Nur Hafidh Mansor, 27, dan pasangannya Badauyah Abdul Rahim, 27, mengaku bersalah kerana berkhalwat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapannya.

Kedua-dua mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak menundukkan kepala serta kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 (a)& (b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Nasir berkata, tindakan pasangan itu menyedihkan kerana berlaku pada Ramadan, malah masing-masing sudah mempunyai keluarga dan perbuatan itu juga mencemar ikatan perkahwinan kerana berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

“Saya amat sedih dengan perbuatan pasangan ini kerana ia berlaku pada Ramadan...bulan yang sepatutnya umat Islam memperbanyakkan amalan kerana Allah menjanjikan lebih banyak pahala kepada umatnya.

“Lebih-lebih lagi pasangan sudah berkahwin dan ada tanggungjawab masing-masing. Malah, ia berlaku di kuarters kerajaan yang disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mereka supaya lebih dekat dengan tempat kerja,” katanya sambil menggelengkan kepala.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertindak menjalankan pemeriksaan hasil aduan awam mengenai kes khalwat di rumah terbabit.- Hayati Ibrahim

Sabtu, 28 Ogos 2010

Duit Bonus Raya Kakitangan Awam Dibayar Pada 1 September

Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam pada 1 September ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran bagi pesara melalui sistem pembayaran melalui bank pula akan dilakukan pada 6 September manakala bagi pesara yang dibayar melalui waran akan diposkan sebelum tarikh tersebut.

Jabatan itu berkata, pegawai yang layak terdiri daripada pegawai tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak, guru sandaran dan pegawai yang bercuti separuh gaji.

Rabu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan terhadap sumbangan pegawai dalam pembangunan negara.

Rabu, 25 Ogos 2010

Kakitangan Awam Dapat BONUS Raya!

Syukurlah kakitangan awam menerima bonus raya. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya memadai untuk membuat perbelanjaan pulang ke kampung dan sebagainya.

Yang tidak tahannya apabila malam ini  TV3 suku & Co menghabiskan masa setengah jam cerita fasal bonus. Cair orang kampung! Esok di Utusan & Co, berhelai-helai muka surat cerita fasal bonus. Cair kakitangan awam yang masih buta hati.

Biarpun langkah itu menunjukkan PRU semakin hampir, namun langkah itu wajar dipuji!

Tahniah orang "gomen"! Saya petik:
[Mstar] PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.
Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

,

Isnin, 5 April 2010

Ugutan Politik!

HM meletakkan tajuk:

Boleh naik gaji kalau...
Gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Beliau berkata, selagi produktiviti meningkat, gaji mereka akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.
“Gaji mereka akan diselaraskan mengikut perkembangan. Apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi, perolehan kerajaan juga meningkat,” kata beliau dalam program ‘Setahun di Aras 5: Temubual Khas Bersama Perdana Menteri’ yang disiarkan Bernama TV.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai satu daripada cara meningkatkan hasil kerajaan.
“Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi, tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?” katanya....
Maknanya, kalau penjawat awam tidak sokong, maka tiadalah kenaikan gaji. Kalau bukan ugutan, kita hendak klasifikasikan sebagai apa? Kata-kata PM 1Malaysia itu membayangkan bahawa kerajaan 1Malaysia kini sudah kurang duit. Duit yang ada sudah habis digunakan untuk membiayai projek yang mengejar glamour dan kurang penting, bayar komisen kapal selam, biayai pasukan F1, menggajikan syarikat Yahudi-Zionis, dan bla...bla..bla. Ekonomi pula slow, FDI pun slow. Namun, demi undi dan imej, dalam surat khabar bergegar hebat cerita tentang pemulihan ekonomi negara.

Apabila kerajaan kurang duit, maka bermacam-macamlah cara kerajaan buat untuk menggantikan duit yang sudah lesap. Antaranya, potong atau tarik semula subsidi perkhidmatan/barangan keperluan. Tidak cukup dengan cerita potong dan tarik, hari ini Kerajaan 1Malaysia mahu mengenakan cukai GST. Apa itu GST? Sila baca pautan di bawah kiriman ini.

Berdasarkan laporan akhbar di atas, untuk mendapatkan kenaikan gaji, penjawat awam diminta untuk menyokong hasrat kerajaan untuk mengimplementasikan GST. Eloklah, gaji naik, lepas itu kenaikan gaji itu digunakan untuk membayar GST. Siapa kata cukai itu tidak membebankan? Nama sahaja cukai mestilah membebankan rakyat secara langsung atau tidak langsung. Tolong senaraikan cukai yang tidak menyusahkan rakyat. Cukuplah dengan cukai yang sedia ada.

Sebalik ketelanjuran mulut PM berkata demikian, sebagai rakyat, kita sewajarnya bertanya: Ke manakah wang Petronas sebanyak RM270 bilion dibelanjakan pada zaman Pak Lah? Sejak penubuhannya, Petronas telah menyumbang kira-kira RM450 bilion kepada negara, ke manakah wang sebanyak itu dibelanjakan? Tanyakan juga: Di mana 52 bilion saham orang Melayu lesap?


Berkaitan:
* Kewajaran dan Implikasi GST
* GST: Tidak ada cukai yang tidak membebankan

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH