Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label gula-gula politik. Papar semua catatan

, ,

Isnin, 6 Mei 2013

[Gambar] Sumpah LAKNAT Versi PRU?


Sumber gambar di sini.

P/s: Hebat bangsaku menggadaikan maruah negara hanya kerana berapa keping wang ringgit!



, ,

Ahad, 5 Mei 2013

[Gambar] Ikrar & Fulus

Sumber gambar di sini.

P.s: Cuba tengok betul-betul, parti mana yang bagi duit dan meminta pengundi tandatangani ikrar. Terdesak sungguh puak yang mengkhianati negara!!!!


,

Isnin, 11 Mac 2013

[PANAS] Najib Umum 9 Perkara untuk Kakitangan Awam



[SH] SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk elaun perumahan dan isu gaji maksimum.

Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin akan ada dua pengumuman penting berkenaan dengan elaun perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara," kata pemimpin kanan Cuepacs.

Bagaimanapun kata pemimpin, "saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji dibuat tahun lalu."

Oleh itu katanya, "berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun sepertu elaun perumahan dan elaun sara hidup (Cola)."

Seorang lagi pemimpin kanan Cuepacs yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kajian semula kaedah gaji maksimum dilihat antara perkara penting diumumkan oleh perdana menteri.

"Perkara ini menjadi penantian ramai khususnya sekitar 20,000 kakitangan awam... kemungkinan pelaksanaan dikuatkuasakan mulai 1 Januari.

"Walaupun kesan pelaksanaan melibatkan 20,000 orang pada masa sekarang, tetapi dalam jangka panjang ia akan melibatka kepentingan keseluruhan kakitangan awam," katanya.

Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan hasil kajian awal Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Suruhanjaya itu yang dibentuk Mac 2012 dan bergerak sejak Jun lalu diberi masa enam bulan untuk membuat kajian.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Ia dibentuk susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada hari ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

Pemimpin-pemimpin Cuepacs juga menjangkakan pengumuman menarik mengambil kira pemberian insentif kepada kakitangan Kastam Diraja Malaysia, yang diumumkan akhir Januari lalu.

Warga agensi itu akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

"Keseluruhan nampak ada kelainan kali ini. Jadi, kakitangan agensi lain juga mengharapkan sesuatu... kajian semula elaun ini antara yang penting," katanya. Cuepacs memohon agar kerajaan menyeragamkan kadar Cola tidak kira zon. Begitu juga elaun perumahan yang dilihat rendah mengambil kira kos hidup dan kadar sewa rumah yang semakin meningkat.


Kemas Kini:

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan 1.4 juta kakitangan awam.

Antaranya:

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM & PDRM dari gred 27 kepada gred 29; Kapten ATM dan Pen Penguasa Polis dari gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari gred 48 kepada 52

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontraknya pada 31 Disember 2013, akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian

- Skim perkhidmatan dari gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat itu

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan berkuat kuasa 1 Januari 2013.

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca"

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion

- Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST).


, ,

Ahad, 24 Februari 2013

Najib Kata BR1M RM500 Cukup untuk Beli Makanan SETAHUN!



[BO] KUALA TERENGGANU – Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi. 

“Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN),” ujarnya.

[Gambar - Buku “Janji Ditepati” yang diedarkan oleh PM dan MB kepada orang ramai akhirnya tidak dipedulikan oleh rakyat, bersepah dibuang orang]

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari

Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin. 

“Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin”. Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar. 

“Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, ‘Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan’. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?...maknanya BR1M lah.

“Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara. 

“BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250,” jelasnya dihadapan 5,000 hadirin.



P/s: RM41.60 sebulan untuk beli makanan.

Fuh gila hina rakyat!

Apa nilai RM41.60 bagi keluarga Najib dan pemimpin UMNO?

Kalau mahu menagih undi rakyat, walaupun duit yang ditabur itu duit pembayar cukai, duit rakyat, bukannya duit poket BN, janganlah melebih-lebih sangat sehingga kenyataan yang dibuat tidak masuk akal. Orang yang pada mulanya berterima kasih dengan BN akhirnya berasa terhina.

Namun, awas BR1M ini mungkin menjadi senjata BN di kampung-kampung yang tidak terdedah kepada maklumat yang tepat. Ada yang sangat teruja menerima wang tersebut sehingga lupa penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pemimpin BN.

Berapa kerat orang di ceruk-ceruk desa tahu bahawa hutang negara sudah mencecah RM540 bilion? Apa implikasinya kepada negara? Adakah mereka tahu duit yang diterima itu ialah duit rakyat yang diagih-agihkan untuk menagih undi? Adakah mereka tahu tentang  duit negara yang dikebas pemimpin UMNO melalui projek-projek yang diagihkan secara tidak amanah? RM500 juta, RM250 juta, RM30 juta...bukan RM500!

Benar. Bukan semua kampung tidak mendapat maklumat yang tepat, namun banyak juga kawasan kampung yang masih bergantung pada berita RTM, TV4, dan Utusan yang kian rancak berkempen untuk BN.





,

Khamis, 21 Februari 2013

[Gambar] Kopi KUAT Pun Jadi Gula-gula Politik Barisan Najib?


Selepas kicap dan sos yang ditaja oleh Tamin, kopi kuat pula menjadi gula-gula politik BN. Siapa yang taja? 

Ha ha ha!

Banyaklah rakyat yang akan menjadi power!

Tetapi awas, adakah kandungan kopi ini selamat diminum?


P/s: TM berharap PR tidak akan meniru cara ini. Kalau mahu bagi gula-gula politik, janganlah cetak lambang atau logo parti. Berilah sumbangan itu secara ikhlas. Lagipun, majoriti rakyat tidak boleh digula-gulakan lagi seperti yang berlaku suatu ketika dahulu. 






Rabu, 20 Februari 2013

[Gambar] Dulu Kain Batik, Kain Pelikat, Sekarang....Terdesak Sungguh


Siapa dapat angkat tangan? Orang bagi, ambil, apabila mengundi pangkah lain!

Siapa yang sanggup undi BN hanya kerana kicap dan sos di atas?




P/s:  Patutnya, pernyataan poster di atas berbunyi "...Kerana Anda Kuat Kami Dapat Macam-macam..."


Kemas Kini:

Mengapa Tamin Taja BN?

[Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini diketahui menjadi panaja kepada Roadshow Umi Hafilda.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan muncul pada bila-bila masa, syarikat ini turut memperomosikan BN dengan menampal pelekat 'Pangkah BN' pada setiap botol keluaran syarikat ini.

Pemilik Syarikat Kicap Tamin, Puan Sharifah bt. Mohd Tamin (gambar kanan) adalah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Siput dan juga AJK Wanita Umno Perak. Jadi tidak hairanlah jika syarikat yang menaja Roadshow Umi Hafilda ini akan juga berkempen untuk Barisan Nasional melalui penjualan produk yang berasas kicap dan sos.

Anggapan umum mengatakan bahawa pihak Umno/BN menaja produk keluaran Syarikat Tamin adalah merupakan satu kesilapan kerana yang sebenarnya, syarikat inilah yang menyumbangkan dana untuk kempen-kempen Umno / BN termasuklah Roadshow Ummi Hafilda yang boleh dianggap sebagai Duta Kicap Tamin!

Kepada para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat serta ahli-ahli Umno yang menentang Umno, khususnya di Perak dan bahagian Utara, eloklah mengelak diri daripada membeli produk keluaran Syarikat Tamin penaja Ummi Hafilda dan Umno ini.







, , ,

Selasa, 8 Mei 2012

Senjata Terakhir Najib Sebelum PRU13 - RM1.6 Bilion?


Baca:

Durian runtuh RM1.69b untuk peneroka

[UM] MARAN 8 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.69 bilion kepada kira-kira 112,000 peneroka di seluruh negara iaitu RM15,000 bagi setiap keluarga berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Menurut Perdana Menteri, RM5,000 akan diberi kepada peneroka dan masing-masing RM5,000 lagi kepada isteri dan generasi kedua dengan agihan akan dibuat dalam tiga fasa.

Katanya, fasa pertama agihan akan dibuat sebaik sahaja pengumuman dibuat.

“Peneroka dapat, isteri peneroka dapat, anak peneroka pun dapat dalam durian runtuh penyenaraian FGVH.

“Satu lagi ialah `durian gugur’ iaitu sebanyak 20 peratus saham kita masukkan dalam tabung amanah yang dividennya kita bagi kepada keluarga peneroka," katanya pada majlis himpunan bersama warga peneroka di Felda Jengka 8 hari ini.


P/s: Orang berpendapatan rendah sudah menerima habuan RM500; kakitangan awam sudah tersenyum dengan kenaikan gaji pokok, elaun, kenaikan tahunan; golongan pelajar sudah menerima baucar RM200, RM100, orang India/Sikh/Cina juga sudah digula-gulakan dengan pelbagai janji, kini Najib mengumumkan habuan untuk peneroka Felda. 

Dari mana sumber RM1.6 bilion itu? Durian runtuh atau pinjaman?

Berdasarkan laporan MK, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman mendakwa  'durian runtuh' yang bakal diterima peneroka berkemungkinan pinjaman yang bakal ditanggung oleh peneroka.

"Ia bukan durian runtuh tetapi pinjaman," tegas Mazlan seperti dipetik oleh MK.

Itu satu hal.

Yang pasti, momentum habuan dan gula-gula ini tidak akan bertahan lama, maklumlah bak kata Che Det, "Melayu mudah lupa". Jadi, rasa-rasanya, PRU13 akan berlangsung Jun ini. Tambahan pula, modal untuk melabur pun sudah kering.

Bersiap sedia!-DCM


Berkaitan:


, , , , ,

Khamis, 15 Mac 2012

Kadir Sheikh Fadzir Pertahan Dakwaan BN Beli Undi


[MK] Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.

Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.

Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.

"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi.

"Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."

Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."

Satu lagi portal berita, Antara Pos dalam satu laporannya pada 11 Mac lalu melaporkan bahawa Abdul Kadir telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa jumlah berkenaan dibayar kepada pengundi di kawasan Kulim-Bandar Baharu.Abdul Kadir dalam sidang medianya hari ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara itu dilakukan di sebuah negeri yang enggan dinyatakannya.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku pada 40 tahun lalu itu, Abdul Kadir yang menjadi exco Pemuda Umno ketika itu berkata beliau membantah amalan tersebut.

Tindakannya itu juga disokong secara "senyap-senyap" oleh mantan perdana menteri Tun Abdul Razak serta Tun Dr Ismail, kata Abdul Kadir lagi.

"Sebab dari awal kita tahu tidak elok... Jadi kita tak perlu panjang cerita ini, tak payah buat apa yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Kadir berkata, beliau turut berasa sensitif apabila rakyat di kawasannya dikaitkan dengan "sebarang perkara yang tidak baik".

Kadir menyifatkan ahli-ahli Umno termasuk rakyat tanpa mengira kaum ataupun fahaman politik di kawasannya "ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia".

"Kami di Kulim Bandar-Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun semasa pilihan raya umum.

"Ini saya tegaskan bersungguh-sungguh," katanya," katanya sambil menegaskan sepanjang penglibatan beliau dalam tempoh 30 tahun di bahagian itu, tidak pernah menggunakan duit untuk tujuan berkenaan.

"Bukan susah nak jadi popular, kita berkhidmat sepanjang masa, ikhlas dan tak perlu beri (rasuah) duit," katanya.
 
 

, ,

Isnin, 12 Mac 2012

Antara KEIKHLASAN dengan GULA-GULA PILIHAN RAYA?

Berita penuh boleh di baca di sini.

Bercakap soal ikhlas atau gula-gula politik, hal ini melibatkan semua parti politik. Ada pemimpin yang benar-benar ikhlas membantu sehingga sanggup mengeluarkan wang poket sendiri. Ada pemimpin yang sanggup turun naik jabatan kerajaan untuk menyelesaikan masalah penduduk.

Jika bantuan yang dihulurkan itu ikhlas, insya-Allah, pihak tersebut akan terus membantu tanpa mengira sama ada waktu itu sudah hampir dengan pilihan raya atau tidak. Jika bantuan yang dihulurkan itu bersifat gula-gula politik, maka anda akan dapat bantuan yang dijanjikan itu hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Kepada penduduk yang terlibat, nilaikanlah sama ada bantuan yang dihulurkan itu ikhlas atau hanya gula-gula politik.



,

Ahad, 29 Januari 2012

Subsidi PRU13: Subsidi Gula Naik daripada RM0.20 kepada RM0.54

 
Saya petik:

[Bernama] Langkah kerajaan meningkatkan subsidi gula daripada 20 sen sebelumnya kepada 54 sen bertujuan mengurangkan bebanan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang kononnya ia bertujuan memancing sokongan rakyat kerana pilihan raya umum (PRU) dijangka tidak lama lagi merupakan satu tohmahan.

"Itu adalah tohmahan pembangkang dan ia tidak betul kerana ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Berahari ini.

Jumaat lalu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.

Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.

Menteri itu berkata, sekiranya subsidi gula tidak dinaikkan, harga bahan mentah itu akan meningkat di pasaran dan ia akan turut mengakibatkan kenaikan harga produk-produk lain.



P/s: Kah kah kah!

, ,

Sabtu, 24 September 2011

Najib Bakal Umum Kenaikan GAJI dan BONUS Kakitangan Awam dalam Bajet 2012


Saya petik:
Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

[BH] KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.


P/s: PRU, PRU, PRU. Mudah sangat mengagak sifirnya!

Walau bagaimanapun, DCM mengucapkan tahniah kepada penjawat awam. Kepada rakan-rakan yang bekerja dengan KAPITALIS swasta yang hanya mementing poket sendiri, saya ucapkan takziah. Namun, itu bukan penghujungnya!

Situasi yang menakutkan baik kepada penjawat awam atau pekerja swasta ialah sikap LAHANAT  peniaga mengambil peluang menaikkan harga barang sesuka hati walaupun setiap hari mendengar amaran demi amaran yang langsung tidak digentari sesiapa daripada menteri yang berkenaan agar peniaga tidak menaikkan harga barang dan keperluan.





,

Rabu, 15 Jun 2011

ETP Hanya Jana Kekayaan Atas Kertas. Setuju!!!


Saya petik:
[HD] Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, ahli Parlimen Lenggong minta PERDANA MENTERI menyatakan: 
(a) secara terperinci perkembangan Program ETP Kerajaan, berapa peratuskah pelaksanaannya, dan berapakah jumlah pelaburan serta peluang pekerjaan yang ditawarkan sekarang?

Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’ dan masih belum menggarap ‘kekangan utama’ atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce.

Bernama semalam (14 Jun) hanya melaporkan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, PM semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!

Lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah “kekayaan di atas kertas” khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai ‘bintang’.

Harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP.

Malah ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya. Antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%.

Paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen.

Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di’strukturkan’ pembayarannya.

Karambunai Corp Bhd dan Petaling Tin Bhd telah memperolehi satu projek pelaburan Karambunai Integrated Resort City (KIRC) yang bernilai RM9.6 bilion.

Sehingga 29 April, saham Karambunai Corp telah melonjak kepada 22.5 sen, dengan lonjakan 246% berbanding nilainya tahun lalu dan Petaling Tin pula melonjak kepada 39.5 sen, lonjakan 132% berbanding tahun lalu.

Sehingga kini dilaporkan belum ada satu yang lebih konkrit untuk kedua-dua syarikat tersebut membuat apa-apa ‘submission’ kepada Bursa Malaysia.

Namun pengumuman telah mencetus excitement dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, kesemua projek berskala besar ini gagal menangani dan tidak dapat menutup kerapuhan ekonomi Malaysia, iaitu permasalahan struktural dalam ekonomi, misalnya kekurangan modal insan berkualiti dan kreatif, pasaran dalam negara tanpa daya saing, sektor awam yang rendah efisiennya, dasar afirmatif yang disalahgunakan yang berasaskan perkauman dan bukan keperluan.

Kesemua ini tidak dijawab dengan ETP-EPP sebagai langkah mitigasi unsur risiko pada jangka sederhana.

Seterusnya, masalah yang terpampang di depan mata adalah bagaimana EPP-ETP ini dilaksanakan, dan bagaimana pula projek-projek ini dijayakan perlaksanaannya dengan delivery yang sarat dengan ‘ketirisan dan kebocoran’ yang berakhir dengan projek menanggung kos projek atau cost-overrun sehingga ke paras jutaan ringgit bahkan billion RM seperti Istana Negara dan Projek Empangan Bakun dan lain-lain.

Rakyat mahu ETP-EPP berjaya, tetapi Najib dan kerajaan BN jangan bertindak dengan perhitungan jangka pendek sekaligus mengorbankan kemaslahatan rakyat pada jangka sederhana-panjang!

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Malaysia, Kuala Selangor.

15 Jun 2011

P/s: Pengumuman ini hanya bersifat pengumuman. Belum tentu semua yang diumumkan itu akan dilaksanakan. Contoh lain, apa sudah jadi dengan pelbagai koridor ekonomi negara? Masa menguar-uarkan koridor ini dahulu, nilai wang yang disebut, nilai pelaburan yang disebut menggegarkan Malaysia!

Hal-hal seperti ini hanyalah candu/retorik politik selagi perkara yang diumumkan itu belum dilaksanakan dan berjaya mencapai matlamatnya!

, ,

Jumaat, 15 April 2011

"Rasuah" TV dan Astro....Bukan Bagi Sekarang, Tetapi Selepas PRN....


Macam-macam gula-gula politik yang dijanjikan. Mengapa set televisyen dan Astro diterima penduduk selepas pilihan raya? Baca dahulu berita di bawah ini:

Saya petik:
[Bernama] Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan.

"Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang.


"Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit.

Salang, yang menaiki penerbangan ke kawasan itu, berkata rumah panjang terbabit terletak di kawasan yang tidak dapat menerima siaran televisyen Radio Televisyen Malaysia atau TV3.

Beliau berkata pengagihan peralatan itu adalah sebahagian daripada program kerajaan untuk membantu penduduk luar bandar bukan sahaja bertujuan meluaskan pengetahuan mereka tetapi memperoleh maklumat tepat masa mengenai peristiwa yang berlaku di dalam negara, malah di seluruh dunia.

Terdahulu, ketika mengunjungi rumah panjang Rh. Kubu anak Sandom di Nanga Tada dekat Sibu, beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk luar bandar di negara ini.

"Atas alasan ini, beliau berhak mendapat sokongan padu kita untuk membolehkan beliau meneruskan usaha murni ini.

"Di Sarawak kita dapat melihat beliau mengumumkan banyak projek infrastruktur dan kemudahan asas luar bandar sejak akhir-akhir ini. Ini merupakan satu daripada petunjuk yang besar," katanya.

Mengenai permohonan mendapatkan lebih banyak projek kampung Wi-Fi, Salang berkata beliau akan mengemukakan perkara itu untuk perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMK).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, ketika melancarkan projek kampung Wi-Fi Nanga Machan di Kanowit pada Isnin lalu, berkata kerajaan merancang untuk mewujudkan 600 kampung seumpama itu di seluruh negeri dalam tempoh setahun mulai sekarang.

 P/s: Ada dua kemungkinannya sahaja, sama ada pemberian ini adalah janji manis atau pemberian ini mengikut keputusan PRN. Kalau BN menang di kawasan itu, maka penduduk berkemungkinan menerimanya. Kalau tidak, jangan berangan!

Namun, sebagai rakyat Sarawak yang bijak, anda harus persoal, selama lebih 50 tahun BN memerintah Sarawak mengapa waktu PRN semakin hampir kedengaran janji-janji seperti ini?

, , ,

Jumaat, 4 Mac 2011

Antara Gula-gula Politik di Merlimau & di Kerdau


Saya jumpa senarai pemberian barangan/perkhidmatan oleh BN yang gagal ditentukan oleh SPR sebagai rasuah politik seperti ditegaskan oleh orang kuatnya baru-baru ini.

[Muslimeen Utd] Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15.  Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender di Melaka perlu mendapat surat akuan daripada runner tertentu dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka....- Wan Nik Wan Yussof

P/s: Senarai ini hanya sebahagian sahaja!

, ,

Rabu, 2 Mac 2011

Tidak Dapat Tentukan Rasuah Politik, Lebih Baik Berhenti Kepalai SPR


Pengerusi SPR mengaku, saya ulang mengaku bahawa beliau "bukan pakar" dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya. Dalam hal ini, ada dua kemungkinan sahaja, sama ada orang ini benar-benar "bukan pakar" aka tidak tahu atau hanya berpura-pura tidak tahu. Yang mana satu? Saya tidak fikir orang ini tidak mampu menentukan pemberian sesuatu barangan atau dalam bentuk lain seperti yang giat dilakukan oleh BN dalam setiap PRU/PRK itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya.

Antara alasannya, sejak pagi tadi kedengaran berita bahawa SPR akan mengambil tindakan menurunkan sepanduk kempen PAS yang memaparkan lambang parti-parti yang tidak bertanding kerana PR masih lagi belum diterima sebagai sebuah perikatan politik yang sah dan bertentangan dengan peraturan pilihan raya. Kita juga maklum bahawa SPR begitu bertegas mahu menyiasat isu pemberian zakat TGNA kepada Orang Asli yang diislaminya pada PRK Galas di Kelantan baru-baru ini.

Jika dia benar-benar "kurang cerdik" sehingga tidak mampu menentukan perbuatan yang bercanggah dengan peraturan SPR yang dikepalainya, maka saya ucapkan takziah kepada SPR dan rakyat Malaysia. Sudah tentu, orang ini perlu segera meletakkan jawatan kerana SPR perlu dikepalai oleh orang yang tahu akan tanggungjawabnya dan mahir tentang peraturan suruhanjaya yang dikepalainya.

Agak malang apabila orang yang berada di luar SPR lebih arif tentang peranan dan kuasa SPR, seperti yang ditegaskan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam petikan berita di bawah ini. Apa kata lantik sahaja peguam ini kepalai SPR?

Saya petik:
[MK] Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya, menyaksikan beliau terus dibidas pelbagai pihak.

Antaranya daripada ketua pemantau pilihan raya Bersih 2,0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Katanya, terdapat undang-undang spesifik bagi membuktikan SPR mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi melawan dan mencegah rasuah pilihan raya tetapi ini tidak dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak "awak tolong saya, saya tolong awak” semasa kempen pada dua pilihan raya kecil, Ambiga berkata ini dengan jelas boleh diambil tindakan mengikut seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen berkenaan adalah berkaitan habuan yang diberikan kepada pengundi bagi mendapatkan sokongan.

Menurut Ambiga, SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan semua insiden berkenaan dibawa ke perhatian pihak berkuasa bagi menjamin pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.

Meskipun kuasa untuk mendakwa terletak di tangan pejabat Peguam Negara, Ambiga berkata SPR juga perlu memainkan peranan.

"Paling tidak, ia (SPR) boleh membuat laporan polis,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Najib membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Sibu dan Merlimau tetapi Abdul Aziz bertegas mengatakan beliau bukan pakar bagi menentukan aduan berkenaan. 

P/s: Aduhai, Malaysia! Memalukan!

, ,

Orang Merlimau & Kerdau, Inikah Nilai undi Anda?

Sumber gambar: AkuBudakBalun

Rasanya tidak perlulah tulis panjang-panjang. Setiap kali pilihan raya, sama ada kecil atau umum, barang-barang seumpama ini bertebaran di kawasan pilihan raya. Kalau dahulu, gula-gula politik berupa kain batik/pelikat, beras, tepung, atau gula, kini barang-barang itu sudah beraneka jenis. Nilainya tidaklah banyak mana, sekitar RM20-30 sahaja atau paling tinggi pun sekitar RM50 sahaja.

Maaflah jika saya cakap bahawa inilah nilai undi sesetengah masyarakat terutamanya di kampung. Hanya dengan nilai gula-gula politik sekitar RM50, mereka beranggapan bahawa orang yang memberikan barangan itulah orang yang bakal menentukan nasib diri dan keluarga mereka. Namun mereka tidak sedar bahawa orang-orang inilah yang sehingga kini gagal menjawab ke mana atau kepada siapa saham Bumiputera berjumlah RM54 bilion diberikan.

P/s: Buka mata! Saya harap orang Kerdau dan Merlimau tidak sebangang atau sebodoh itu! Jika mereka mahu menjadi "bodoh", suka hati merekalah!

, , ,

Khamis, 14 Oktober 2010

Esok Najib Bentang Bajet Pilihan Raya?

Ketua Pembangkang membuat ramalan bahawa PRU 13 akan diadakan secara mengejut. Saya kira mungkin awal tahun hadapan. Kata DSAI, penangguhan pelaksanaan GST adalah petanda utamanya. Namun, keputusan di Galas juga mempengaruhi tarikh PRU 13.

Kalau esok ditakdirkan Najib membentangkan Bajet Pilihan Raya, maka berpestalah orang "gomen". Bonus 1 bulan, silap-silap 2 bulan. Siapa tahu? Kakitangan sektor swasta meloponglah. Kapitalis glokal tidak mempunyai kepentingan politik seperti pentingnya undi kakitangan awam kepada Najib.

Jika esok Bajet Pilihan Raya, maka bergemalah angka-angka yang bernilai jutaan malahan bilion untuk kepentingan rakyat di sana, rakyat di sini. Namun kita harus ingat, angka-angka itu hanyalah dalam bajet. Bajet itu belum tentu terlaksana. Tuntasnya, imbuhan itu hanya "gula-gula" politik. Hanya ramalan/perancangan perbelanjaan. Kadang-kadang (lazimnya juga), bajet lain, yang dibelanjakan lain!

Janganlah pula tercengang dan teruja mendengar bajet Najib sehingga luntur imam pak cik mak cik di kampung. Harap-harap pesara tentera yang mendengar pengumuman Najib beberapa hari lalu masih teguh imannya kepada Pakatan. Maklumlah dari RM500 naik jadi RM3000. Saya juga berharap penduduk di flat rakyat yang dijanjikan cat dan bumbung baharu tetap teguh tekad mereka untuk mengundi Pakatan. Jangan cair! Yang dibelanja itu bukan duit Najib, tetapi duit kita semua. Itu pun belum tentu lagi!

Tunggu dan lihat esok! Cerita panjang-panjang pun tidak berguna kerana bajet belum dibentangkan lagi. Jika bajet yang dibentangkan esok semacam sahaja bunyinya, maka benarlah telahan Ketua Pembangkang!

Saya petik:
[MK] Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH