Penjawat Awam Disamun & Dipaksa Lakukan Seks Oral
[Kosmo] PETALING JAYA – Seorang penjawat awam wanita melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah dipaksa melakukan seks oral oleh penjenayah yang menyamar sebagai pengajar sekolah memandu di Jalan 5/54 di sini pada Jumaat lalu.
Turut hilang dalam kejadian pada pukul 1 petang, kereta Perodua Kancil milik sekolah memandu tersebut.
Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20-an itu sedang menunggu pengajar sekolah memandu itu yang keluar mengisi minyak kereta pelajar lain.
“Tiba-tiba muncul seorang lelaki mengaku sebagai pengajar dan meminta mangsa memandu kereta tersebut ke satu kawasan perumahan di Jalan 5/54.
“Suspek ketika itu mengekori kereta dipandu mangsa menaiki motosikal,” kata satu sumber ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber itu memberitahu, ketika sampai di belakang satu kawasan perumahan di Jalan 5/54 itu, suspek yang mengaku memiliki senjata api memaksa mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya.
Bagaimanapun, suspek tidak menunjukkan senjata api tersebut.
Berkaitan:
Cabul Mangsa Samun
[HM] Petaling Jaya: Seorang wanita bukan saja kerugian RM2,000 selepas disamun, malah turut dicabul seorang lelaki menyamar sebagai pengajar kelas memandu dalam kejadian di Seksyen 52, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 24 tahun menunggu pengajarnya di kawasan letak kereta kelas memandu berhampiran sebuah hotel di sini, sebelum didatangi seorang lelaki yang mendakwa pengajar baru.
Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu memberitahu mengajar ujian jalan raya dan menyuruh mangsa memandu hingga ke kawasan berdekatan sebuah hotel.
Sumber berkata, lelaki itu menyamun mangsa dengan merampas beg duit, telefon bimbit dan rantai emas.
Menurutnya, selepas mendapat barangan berkenaan, lelaki itu mengarah mengikutnya ke bahagian semak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, kes itu disiasat dan suspek diburu untuk membantu siasatan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.