[Gambar] Berita PALSU yang Bikin Jutaan Manusia Keliru dan Memaki Hamun CHINA
TM menganggap berita di bawah ini palsu kerana selepas menggelintar Goggle, TM terjumpa sebuah artikel bergambar Telegraph yang menyiarkan gambar berserta keterangan berkaitan dengan berita kononnya sebahagian daripada kembar 12 terpaksa dibunuh kerana polisi 1 anak di China.
Berita "hoax" ini yang sudah tersebar sejak sekian lama sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati pembacanya sama ada di media sosial atau di blog. Macam-macam komen dilemparkan pembaca terhadap China dan ibu bapa bayi kembar tersebut.
Berita "hoax" ini yang sudah tersebar sejak sekian lama sehingga mencetuskan ketidakpuasan hati pembacanya sama ada di media sosial atau di blog. Macam-macam komen dilemparkan pembaca terhadap China dan ibu bapa bayi kembar tersebut.
Baca:
SEDIH! Bayi Kembar 12 Ini Terpaksa Dibunuh | Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.
“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”
“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”
Berita Sebenar:
Adakah berita di atas logik? Kembar 12? Bunuh? Berita Telegraph bertarikh 26 April 2011 jelas menyatakan bahawa bayi kembar yang dikatakan dilahirkan oleh seorang ibu ini sebenarnya adalah 6 set kembar yang dilahirkan dalam tempoh 6 hari, iaitu antara 17-22 April 2011.
6 set bukan 1 set!
Walaupun bagaimanapun dalam situasi lain, TM tidak menafikan kekejaman-kekejaman (tersebar di media) yang berlaku di China kerana manusia kejam ada di mana-mana termasuk di negara kita-DCM
6 set bukan 1 set!
Walaupun bagaimanapun dalam situasi lain, TM tidak menafikan kekejaman-kekejaman (tersebar di media) yang berlaku di China kerana manusia kejam ada di mana-mana termasuk di negara kita-DCM
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.