[Kemas Kini] Utusan & Blog Pro-UMCO Sensasikan Video Seks Fitnah
Cuba lihat rambut lelaki dalam gambar di atas. Lihat pula rambut DSAI dalam gambar di bawah. |
Rakaman bahagian kedua video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara berdurasi selama satu minit 47 saat diberi judul Papa Nurul Izzah Part II telah dimuatnaikkan oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’ semalam. Rakaman ini merupakan sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.
Selain di Youtube, laman blog pro-UMCO Pisau. Net dan Papa Gomo turut menyiarkan rakaman video seks itu (masih lagi ada sehingga pagi ini). Rakaman video itu walau bagaimanapun telah ditarik balik dari laman YouTube pada petang semalam.
Bagaimana blog pro-UMCO dapat menghidu penyiaran video ini di Youtube? Oleh itu, tanggapan bahawa pemuat naik dan jurublog UMCO berkomplot dalam hal ini ada logiknya. Sehingga kini (pagi ini), blog penyebar fitnah no. 1 UMCO masih menyiarkannya dengan jumlah pengunjung melebihi 800 orang dalam satu-satu masa. Apa tindakan PDRM? Buat bodoh!!!??

Cari perbezaan individu dalam gambar. Gambar individu dalam video dan gambar DSAI pada "keesokan" harinya. |
P/s: Saya sudah menonton bahagian kedua itu tadi. Seperti juga bahagian pertama, saya tetap berpegang bahawa video ini memaparkan imej sekurang-kurangnya dua individu yang berbeza. Pembikinan video ini berniat jahat dan agak malang apabila mereka masih belum didakwa oleh pihak berkuasa. Sebaliknya, tindakan tidak masuk akal dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk mengambil sampel DNA konspirator.
Sila tonton analisis klip video fitnah pertama yang disebarkan di Youtube awal April lalu. Klik pautan ini. Sila baca analisis yang dibuat oleh Milo Suam untuk klip video fitnah yang disebarkan semalam di sini.
Yang menariknya, UM hari ini menyiarkan kenyataan Ustaz Haron Din yang menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan bahawa membeli dan membaca UM itu haram dan dalam masa yang sama UM menyiarkan berita fitnah dan mengaibkan di halaman utama akhbar tersebut.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.