Klip Video Fitnah Papar Adegan Seks Disebarkan. Blog UMCO Jadi Panggung Wayang Porno
Empat klip video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara tersebar di internet.
Tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru ini memaparkan aksi seks. Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan oleh 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang. Walau bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" itu telah dikeluarkan dari Youtube kerana melanggarkan polisi laman web tersebut berhubung kandungan berunsur seks.
Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam. Video-video tersebut memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut. Biarpun dikeluarkan dari You Tube, beberapa blog pro-UMCO masih menyiarkan di blog masing-masing.
Video ini kononnya hanya dimiliki oleh Eskay dan geng. Mereka kemudiannya menyerahkan video tersebut kepada polis. Logiknya, Eskay dan geng tidak lagi memiliki video tersebut. Bagaimana video ini boleh disebarkan di Youtube? Siapa punya angkara? Polis atau Eskay dan geng? Mudah sahaja, kalau pihak polis benar-benar serius mahu menyiasat hal ini. Yang lucunya Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kononnya tengah berusaha bersungguh-sungguh menyiasat tentang kebocoran video ini di internet. Alahai, "gajah di depan mata tidak nampak, kuman di sebarang lautan nampak"!
Sebentar tadi, saya jenguk blog Papa Gomo, jurublog kaki fitnah no. 1 UMCO. Di blog itu, ada dipaparkan klip video yang memaparkan adegan seks individu yang mirip dengan DSAI bersama dengan pelacur China. Jika dahulu blog ini panggung fitnah dan carut, kini blog itu juga sudah menjadi panggung wayang porno. Apa tindakan polis? Buat bodoh? Sudah jelas lagi bersuluh, blog itu menayangkan filem porno kepada orang ramai dan melanggar undang-undang yang berkaitan.
P/s: Lahanat!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.