Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 27 April 2011

Rakyat Mesir Mahu Perjanjian dengan Israel Dimansuhkan



Saya petik:

[BH] KAHERAH: Lebih separuh daripada seluruh rakyat Mesir mahu melihat perjanjian damai 1979 dengan Israel dimansuhkan, berdasarkan keputusan satu kajian pendapat yang dijalankan pusat penyelidikan yang berpejabat di Amerika Syarikat.

Kajian pendapat berkenaan menggariskan ketidakpopularan perjanjian selama tiga dekad itu yang menyokong dasar Amerika di rantau itu dan kesetiaan kepada bekas Presiden Hosni Mubarak, sehingga penggulingan beliau pada 11 Februari. 

Ia juga mendedahkan bahawa kebanyakan rakyat Mesir optimis mengenai arah tuju negara mereka berikutan kebangkitan popular selama 18 hari yang membawa kepada kejatuhan presiden dan mereka melihat ke arah demokrasi di negara berkenaan.

Kejatuhan pemimpin Mesir itu dan kebangkitan lebih banyak sistem demokratik bagaimanapun boleh mengancam hubungan dengan Israel.

Berdasarkan keputusan kajian pendapat berkenaan, hanya 36 peratus penduduk Mesir bersetuju dengan meneruskan perjanjian itu berbanding 54 peratus yang mahu melihat ia dimansuhkan.

Biarpun keamanan sejak berdekad dan perdagangan terbatas antara kedua negara, kebanyakan penduduk Mesir memandang serong negara Yahudi itu terutama persepsi bahawa mereka memberi layanan buruk kepada penduduk Palestin.

Pendapat berkenaan berbeza berdasarkan pendapatan di mana 60 peratus penduduk Mesir berpendapatan rendah menyokong pembatalan perjanjian manakala 45 peratus golongan kelas kaya berpendapat ia perlu diteruskan.  
Hanya 40 peratus penduduk Mesir dengan pendidikan kolej berasakan perjanjian itu perlu dimansuhkan.

Kajian adalah berdasarkan temubual dengan 1,000 penduduk Mesir di seluruh negara itu, yang dijalankan antara 24 Mac dan 7 April sebagai sebahagian daripada kajian Spring 2011 Pew Global Attitudes yang diadakan di 22 negara.

Pergerakan pro demokrasi pimpinan golongan muda negara itu, yang menggegarkan Mesir dan mengubah persekitaran politik memberikan kesan dramatik kepada tingkah laku penduduk. Kajian berkenaan menunjukkan satu siri kebangkitan optimis dan perubahan sikap mengenai dasar yang lebih wajar diutamakan. – AP

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH