Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 28 Jun 2010

Negara Islam: DAP Kekal Pendirian, Tertubuhkah Negara Islam di Bawah UMNO Sejak 52 Tahun?


Hari ini Karpal Singh menegaskan pendirian DAP yang mahu Malaysia kekal sebagai negara sekular, pendirian yang bertentangan dengan PAS, iaitu rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat. Karpal menyatakan hal itu semasa ditemu bual oleh TMI:
PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?



Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah “tidak”.


“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.


“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia.”

Dalam hal ini:
Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.


“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.


“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam.”

Katanya lagi:
“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.”
“Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’.”


“Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika."


“Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang,”
Dalam kenyataan itu, Karpal turut menyatakan bahawa PKR memainkan peranan yang besar dalam usaha menyatukan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) sambil tidak menolak elemen tolak ansur dan perbincangan yang sentiasa wujud dalam gabungan itu terutamanya dalam isu yang menjadi halangan kepada usaha untuk mengukuhkan PR.

Itu kenyataan Karpal Singh, pemimpin parti berbilang kaum dan seorang yang bukan Islam. Kenyataan tersebut cukup-cukup menggembirakan pemimpin dan blogger pro-UMCO. Berita inilah yang dicanang ke seluruh negara. Kenyataan ini menjadi modal mereka untuk memburuk-burukkan PAS dan memperlekeh kemampuan parti itu untuk mengembangkan syiar Islam di negara ini. Kenyataan ini juga menjadi alasan mereka untuk menuduh PAS tunduk kepada DAP, menjadi boneka DAP, dan sebagainya.

Mereka secara sengaja atau secara bodoh sombong lupa persoalan bahawa selama 52 tahun UMCO memerintah negara,  tertubuhkan negara Islam di negara ini? Seperti yang dinyatakan oleh Karpal, Perlembagaan menyatakan bahawa negara ini ialah negara sekular. Selama 52 tahun UMCO memerintah negara tiada usaha yang dilakukan oleh parti yang kunun-kununnya berjuang untuk agama, bangsa, dan negara itu untuk menjadikan negara ini negara Islam, melainkan hasrat PAS itu dipersenda oleh mereka. Tiba-tiba apabila keluar kenyataan seumpama itu, mereka berteriak mempersendakan PAS dan mengutuk kenyataan DAP berhubung dengan perkara tersebut. Kalau orang yang tahu malu, mereka tidak akan berbuat demikian, tetapi sebaliknya mendesak pemimpin mereka berbuat sesuatu untuk merealisasikan hasrat PAS itu. Namun kalau sudah dasar munafik, maka bermuka-mukalah mereka sampai bila-bila. Sekejap pejuang Islam, sekejap munafik!

Sebalik teriakan mempertahankan Islam, perarakan menentang penjualan arak di Selangor (Selangor sahajalah, tempat lain tidak mengapa), dan sebagainya, pemimpin UMCO bergelumang dengan pelbagai macam maksiat dan salah laku antimoral, mengarahkan jentera merobohkan surau dan masjid, meluluskan lesen judi, menekan institusi pendidikan agama,  menganaktirikan pendidik dan sekolah agama, mempersendakan hukum hudud, dan seribu macam lagi perkara berkaitan dengan hal ini.

Bayangkan hendak melaksanakan hukum syariah, iaitu menyebat peminum arak pun UMCO gagal melaksanakannya, inikan pula untuk menubuhkan negara Islam! Walhal si pesalah sudah rela malah mendesak agar dirinya disebat, namun orang UMCO atau yang berfahaman dengan parti itu bangun menentang hasrat murni pesalah tersebut. Dalam kalut-kalut rakyat yang celik hukum menentang pemberian lesen judi kepada syarikat cukong, pemimpin UMCO berlumba-lumba mempertahankan pemberian lesen tersebut. Ironinya, DAP yang "menentang negara Islam" pula bersungguh-sungguh menentang pemberian lesen tersebut yang terang-terang dilarang keras oleh agama yang dianuti oleh pemimpin utama 1Malaysia.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH