Skandal Peterporn: "Innalillahi wa innalilahi rajiun"? - Berita Ariel Peterpan Bunuh Diri...
..."menghuru-harakan" seketika dunia hiburan negara jiran. Namun, pengurus penyanyi itu MENAFIKAN khabar angin yang disiarkan oleh sebuah laman sesawang (inilah.com). Lanjut sila baca berita di bawah ini:
[Mstar] JAKARTA: Ketika pihak polis Indonesia sedang melakukan siasatan berhubung penyebaran video lucah bekas vakalis Peterpan, Ariel dengan dua wanita secara berasingan, timbul isu terbaru penyanyi itu dikatakan telah membunuh diri.
Khabar angin itu tersebar luas di seluruh Jakarta pada Sabtu lalu. Kematian Ariel dikatakan berpunca apabila dia menelan pil secara berlebihan akibat tekanan kerana tuduhan melakukan seks tanpa nikah dengan selebriti negara itu, Luna Maya dan Cut Tari.
Selain tekanan itu, masalah Ariel bertambah rumit apabila polis turut menemui pita rakaman aksi tidak bermoralnya dengan empat lelaki.
Brigidier Jeneral Zainuri Lubis kepada portal berita inilah.com berkata, berita itu hanyalah spekulasi semata-mata dan pihak polis menafikan kematian Ariel di dalam tahanan.
Zainuri berkata, siasatan terhadap Ariel masih lagi berjalan tetapi buat masa ini pihaknya masih belum dapat menemui siapakah dalang yang mengedar video itu sehingga mencetus kemarahan semua pihak.
Sejak Sabtu lalu peminat dunia hiburan di Indonesia menerima khabar buruk kononnya Ariel membunuh diri.
Inilah.com melaporkan berita itu tersebar seperti berikut:
“Innalillahi wa innalilahi rajiun, telah pulang kepada Tuhan yang maha kuasa, Nazriel Irham (Ariel Peterpan) yang mengalami “overdose” akibat terkanan perasaan di dalam bilik tahanan pada pukul 1.08 petang ini (Sabtu lalu). Marilah kita berdoa agar arwahnya diterima di sisi Tuhan yang Maha Kuasa. Amin.”
Sementara itu pegurus penyanyi itu, Budi Suratman menyifatkan berita palsu itu datangnya daripada mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga meresahkan masyarakat terutama para peminat vokalis Peterpan.
"Kami ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa Ariel sihat dan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingin pada dirinya," katanya kepada pemberita seperti yang disiarkan portal detikhot.com malam Sabtu lalu..
Budi Suratman berharap masyarakat mengetahui perkara yang sebenar.
SUSPENS!
Salam bro
Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Jun 28, 2010 12:00:00 PTGKita kena tapis berita yang palsu, jagan hilangkan kepercayaan pembaca blog...
berita mesti benar, betul, telus, tepat dan betanggungjawab...
sumbernya mesti dikenalpasti dan pautkan (link) kepada pembaca.
salam hamdan,
Comment by Unknown @ Isnin, Jun 28, 2010 12:33:00 PTGbetul kita kena tapis...oleh sebab itu saya tak siarkan cerita dalam laman web tu...hari baru nak confirmkan...rupanya2 Mstar dah buat...so saya siarkan saja berita yang disiarkan oleh Mstar tu..
Tajuk kiriman sedikit suspens...tetapi bukan kandungan ceritanya.
terima kasih!