Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Skandal Peterporn. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Februari 2011

Tiada "Rahsia" Antara Ariel-Luna Maya-Cut Tari dengan Sebilangan Rakyat Nusantara



Berita Agensi melaporkan lebih tiga juta cakera padat VCD dan DVD lucah termasuk hasil rakaman seks Ariel, Luna Maya dan Cut Tari serta lagu cetak rompak bernilai 9 bilion rupiah (RM3.1 juta) dimusnahkan polis, kelmarin. Wow, bayangkan DVD/VCD yang berjaya dijual, bayangkan juga bilangan klip yang dimuatturunkan di internet.
 
Menurut berita itu, selain rakaman seks selebriti Indonesia itu, cakera padat lucah lain yang dimusnahkan adalah lakonan bintang pornografi Jepun yang dikenali ramai di Indonesia, Maria Ozawa atau Miyabi.

Ariel baru-baru ini dihukum penjara selama tiga tahun dan sejumlah denda kerana  rakaman berkenaan. Luna Maya pula dikatakan bertaubat manakala Cut Tari mengakui takut keluar rumah gara-gara rakaman seks tersebut.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, biarpun berjuta keping DVD/VCD dimusnahkan, klip video membabitkan artis ini tetap kekal sehinggalah dunia kiamat. Generasi demi generasi akan menonton rakaman seks tersebut termasuklah anak cucu artis ini pada kemudian hari. Itulah realitinya apabila rakaman seks tersebar  di internet, tambah-tambah pula rakaman itu melibatkan artis yang dikenali umum.
 
Jadi,  dalam sesetengah hal, tidak salah jika saya katakan tiada "rahsia" antara Ariel-Luna Maya-Cut Tari dengan sebilangan rakyat Nusantara


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
 
 

Isnin, 31 Januari 2011

Skandal Peterporn: Beraksi dalam 2 Video Seks, Kena 3 Tahun 6 Bulan + RM85 Ribu


Saya petik:

[Bernama]BANDUNG: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.

Sebelum ini, kes pengedaran video porno dirinya dengan kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari tahun lalu menggemparkan negara dan menghebohkan masyarakat apabila ia tersebar dengan cepat di Internet sehingga dapat diakses termasuk melalui telefon bimbit.

Di laman sosial, kes ini yang dikenali sebagai "Ariel Peterporn" turut menarik perhatian dunia dalam banyak akaun Twitter.

Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah pelaku dalam aksi porno itu, namun Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar antara dirinya dan Ariel, dan mempertahankan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.

Ariel, yang kelihatan tersenyum mendengar keputusan hakim seperti telah menduga hukuman yang akan diterima hari ini, tidak memberi apa-apa kenyataan apabila ditanya oleh hakim sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Penyanyi itu diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuannya.Ariel dikawal ketat oleh anggota polis semasa dibawa keluar dari ruang persidangan mahkamah melalui pintu belakang bagi mengelak dikerumuni wartawan dan orang ramai.
P/s: Mujur Soi Lek rakyat Malaysia!


Khamis, 6 Januari 2011

Skandal Peterporn: Pendakwa Minta Ariel Dipenjara & Didenda

Saya petik:
[TMI] JAKARTA, 6 Jan – Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas penyanyi utama kumpulan Peterpan Nazriel “Ariel” Irham berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Kedua-dua mereka merupakan teman wanita dan bekas kekasih penyanyi itu.

Ariel dikenakan tuduhan melanggar undang-undang antilucah yang membawa hukuman maksimum 12 tahun dan denda Rp 6 bilion (RM2 juta).

Pendakwa raya juga berkata pihkanya akan memohon dikenakan denda Rp250 juta (RM85,000).
Penyanyi itu berhadapan dengan tuduhan di Mahkamah Daerah Bandung di sini.

Ketua Pendakwa Rusmanto berkata, beliau memohon hukuman itu dengan mengambil kira pelbagai faktor, terutama keengganan Ariel mengaku bahawa dialah lelaki dalam kedua-dua klip video membabitkan Luna Maya dan Cut Tari.

Penyanyi berusia 29 tahun itu ditahan Jun lalu selepas rakaman video itu didakwa dicuri dari komputer bimbitnya.

Kes itu merupakan skandal rakaman seks membabitkan selebriti dan mendapat liputan meluas.
Mahkamah akan bersidang semula Isnin ini di mana peguam-peguam Ariel akan mengemukakan respons mereka berhubung permohonan hukuman itu.

Pihak pendakwa juga memohon hukuman penjara empat tahun ke atas pembantu Ariel yang dikenali sebagai RJ kerana menyebarkan pita seks itu.

Ariel berhadapan dengan tuduhan terlibat dalam penyebaran bahan lucah, yang dihasilkan olehnya menggunakan kamera telefon bimbit ketika mengadakan hubungan seks bersama selebriti Cut Tari dan Luna Maya, teman wanita Ariel....

Khamis, 23 Disember 2010

Skandal Peterporn: Pemuda Ini Mengaku Salin Video "Ariel"

Saya petik:
[Kosmo] JAKARTA – Seorang pemuda, Anggit Gagah Pratama mengaku bahawa dia secara tidak sengaja menyalin klip video seks yang menampilkan lelaki mirip vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham alias Ariel sedang melakukan hubungan seks, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Dia merupakan saksi defendan dalam kes penyebaran klip video lucah seorang lelaki mirip Ariel bersama selebriti, Luna Maya dan klip video yang menampilkan lelaki mirip penyanyi tersebut dengan hos televisyen, Cut Tari.

“Saya ikut terheret ke dalam kes ini. Sebenarnya, klip video itu diambil oleh saya tanpa disengajakan. Kalau tiba-tiba video itu ‘meletup’ saya tidak tahu,” kata Anggit dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Menurut Anggit, dia sedang mencari beberapa gambar-gambar di komputer peribadi milik Reza Rizaldy alias Redjoy (RJ) iaitu saudara sepupunya yang kini turut menjadi tertuduh dalam kes penyebaran video-video seks Ariel.

“Waktu itu, saya menggunakan komputer Redjoy di Bandung, di tempat saudara saya. Ketika itu, saya secara tidak sengaja menyalin gambar dan tidak menyangka akan mendapat klip video itu. Saya tidak tahu bila saya telah menyalin klip video Ariel,” katanya.

Menurut Anggit, dia kemudian menyimpan klip video tersebut tanpa memuat naik di Internet.

“Saya tidak pernah memuat naik. Saya cuma menontonnya sebelum ia disimpan,” katanya.

Peguamnya, Yulius Setiarto, menegaskan bahawa Anggit benar-benar tak sengaja melakukan hal tersebut.

“Anggit secara tidak sengaja mendapatkan fail klip video Ariel ketika menggunakan komputer di kamar Redjoy.
“Anggit menggunakan komputer itu untuk mencari gambar tugas kuliah. Dia cari gambar, lalu tekan CTRL+A, sebelum menyalinnya ke dalam cakera kerasnya” jelas Yulius.

“Sehingggalah video itu tersebar, Anggit tidak menyangka kalau sumbernya (penyebaran klip video itu) itu berpunca daripada dia," tambahnya. - Agensi

Selasa, 21 Disember 2010

Skandal Peterporn: Luna Maya Menangis Sebelum Tonton Video Lucah Miripnya

Saya petik:
[Kosmo] JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya menonton klip video seks yang menunjukkan seorang lelaki mirip penyanyi Ariel melakukan hubungan seks dengan seorang wanita miripnya, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.

Luna Maya menonton video seks itu sebanyak tiga kali dalam perbicaraan tertutup melibatkan Ariel yang merupakan kekasihnya di sebuah mahkamah di Bandung.

Dia turut menyatakan bahawa rambut lelaki yang melakukan hubungan seks itu kelihatan mirip Ariel.

Ariel dituduh mengedarkan klip video seks yang menampilkan seorang lelaki miripnya dengan dua wanita iaitu Cut Tari yang merupakan bekas kekasihnya dan Luna Maya yang merupakan kekasihnya.

Pada minggu lalu, Cut Tari yang juga seorang pengacara mengaku di mahkamah sama bahawa wanita dalam salah satu klip video seks itu merupakan dirinya yang sedang melakukan hubungan seks dengan Ariel.
Ariel menafikan dia lelaki dalam video tersebut.

Namun, semasa Luna Maya memberi keterangan semalam, dia menyatakan bentuk tubuh wanita dalam video seks yang didakwa sebagai dirinya itu kelihatan samar-samar.

"Untuk (susuk) wanita (dalam video itu), dia (Luna Maya) menyatakan wanita tersebut kelihatan samar-samar. Untuk lelaki itu, memang ada kemiripan dari rambutnya dengan terdakwa (Ariel)" kata pendakwa raya, Rusmanto selepas perbicaraan itu ditangguhkan.

Menurut Rusmanto, ekoran Luna Maya mengaku wajah wanita tersebut samar-samar, dia diminta supaya melihat klip video seks itu sebanyak tiga kali.

Pendakwa raya itu menyatakan bahawa perbicaraan itu melibatkan keterangan daripada tujuh orang saksi.
Saksi-saksi itu ialah Reza Rizaldy (Redjoy atau RJ), Puri Lasmi, Anggit Gagah Pratama, Luna dan Sarah Amalia.

"Saksi ialah dari ibu pejabat polis," kata Rusmanto.

Luna Maya yang menjadi saksi pertama tidak keberatan apabila diminta menonton klip video seks tersebut menerusi sebuah komputer riba.

Sebelum perbicaraan bermula, Luna Maya tidak berhenti-henti memandang Anggit yang menundukkan wajah untuk mengelakkan dia dirakamkan oleh jurugambar. Anggit menutup wajahnya dengan memakai topi dan memakai cermin mata hitam.

Luna Maya turut kelihatan menangis semasa menunggu perbicaraan bermula.

Bekas pengurus Luna Maya, Puri Lasmi yang juga seorang saksi kes dilihat cuba menenangkan Luna Maya, yang menangis itu.

Ariel yang nama sebenarnya Nazriel Izham, duduk tidak jauh dari Luna Maya hanya terdiam apabila melihatnya menangis.

Penyanyi itu berdepan tuduhan mengedarkan klip video seks yang dikatakan menampilkan lelaki mirip dirinya dan dua orang wanita iaitu Luna Maya dan pengacara Cut Tari. Pendedahan klip video seks itu menggemparkan Indonesia yang mempunyai undang-undang pornografi. - Agensi

Rabu, 15 Disember 2010

Skandal Peterporn: Ariel & Luna Penghias Majalah Porno Jepun?


Saya petik:
[Mstar] PENYANYI Nazriel Irham atau Ariel bersama kekasihnya, Luna Maya dikhabarkan baru sahaja menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun.

“Saya tidak boleh beri sebarang komen yang boleh memalukan Ariel dan Indonesia. Apa juga berita negatif ini akan mengaitkan Indonesia. Saya tidak mahu ia terus diperbesar-besarkan lagi,” ujar peguam mewakili Ariel, Julius Irwansyah.

Julius memberitahu dia baru sahaja diberitahu tentang berita tersebut. Dia tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia dikhuatiri akan membebankan anak guamnya.

“Saya baru dengar berita ini, jadi lebih baik saya ambilnya sebagai perkara kecil sahaja,” ujarnya.
Dalam majalah yang diterbitkan di negara Jepun itu, kelihatan gambar Luna Maya, Ariel dan Cut Tari sedang memperagakan pakaian seksi sambil beraksi lucah.

Selasa, 14 Disember 2010

Skandal Peterporn: Cut Tari Mengaku Lagi, Ariel Menafikan Lagi

Gambar dari klip video yang dimaksudkan
Saya petik:
[Kosmo] BANDUNG - Pengacara popular, Cut Tari, 33, mengaku di sebuah mahkamah di sini semalam bahawa dia merupakan wanita yang disiarkan di dalam klip video seks penyanyi band Peterpan, Ariel.

"Dia mengaku bahawa dalam video itu adalah dirinya dengan Ariel. Benar dia melakukannya (hubungan seks) bersama Ariel," kata pendakwa raya, Rusmanto kepada pemberita selepas perbicaraan kes Ariel mengedarkan video lucah di sebuah mahkamah di Bandung.

Menurut Rusmanto, Cut Tari bagaimanapun tidak pasti mengenai tempat dan waktu dia melakukan perbuatan itu tetapi memberitahu bahawa ia berlaku sekitar 2005-2006.

Cut Tari yang mengaku masih menonton klip video itu juga memberitahu bahawa dia melakukan seks bersama Ariel di bawah katil sebanyak tiga kali, kata Rusmanto.

Setelah selesai perbicaraan, Cut Tari keluar dari kamar perbicaraan dan berkata kepada para pemberita: "Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya," kata Cut Tari.

Dia turut menjelaskan kenapa matanya kelihatan berair dengan berkata: "Di dalam sidang (perbicaraan) tadi, dia (peguam Ariel) mengorek-ngorek luka lama saya."

Dia yang ditemani suaminya, Johannes Joesoef Soebrata, meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.

Dalam perkembangan sama, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham masih tidak mengaku bahawa dia terlibat di dalam video lucah itu.

Itukan pendapat orang lain," kata Ariel ringkas kepada pemberita bagi mengulas pengakuan Cut Tari itu.
Peguam Ariel, Alfian Bonjol juga menyatakan bahawa Ariel menafikan bahawa dia adalah individu dalam klip video seks berkenaan.

"Anak guam saya menafikan dia adalah lelaki dalam klip video itu," kata Alfian kepada para pemberita.
Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, 27, yang juga seorang pengacara tidak hadir pada perbicaraan semalam dan pihak pendakwaan berusaha bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan pada minggu hadapan.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup....- Agensi

Jumaat, 10 Disember 2010

Skandal Peterpon: Video Seks Cut-Ariel Ditayangkan di Mahkamah

Imej wanita dalam klip video itu.
Saya petik:
[Kosmo] JAKARTA - Video seks yang melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel dan wanita mirip pengacara program hiburan, Cut Tari (gambar) akan disiarkan semasa perbicaraan, lapor akhbar Kompas semalam.

Cut Tari merupakan salah seorang saksi kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham.
Ariel dituduh mengedarkan video seks terbabit.

"Video itu akan ditayangkan di mahkamah. Justeru, mental Cut Tari harus kuat kerana dia akan ditanya siapa lelaki itu," kata peguamnya, Hotman Paris Hutapea.

Apabila mengetahui video tersebut akan ditayangkan sekali lagi, Cut Tari mengaku dia berasa malu.
"Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan mengorek luka saya yang paling dalam.

"Sudah enam bulan saya berusaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup.

"Banyak pengajaran yang telah saya ambil," kata Cut Tari yang sudah berkahwin.

Walaupun sukar, Cut Tari terpaksa memberi keterangan. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Ariel, Cut Tari menjawab: "Harus bersedia kerana ini bukannya kali pertama. Ini sudah kali kedua sejak disoal siasat dahulu." - Agensi

P/s: Malu beb!

Ahad, 24 Oktober 2010

Skandal Peterporn: Ariel Akan Didakwa Sebar Video Seks Sendiri

Kes sendiri bikin, sendiri sebar?

Tahniahlah kerana video seks anda bertiga akan kekal di ruang maya sampai hari kiamat nanti.

Tahniahlah suatu hari nanti anak-anak, cucu-cucu, dan sanak-saudara anda akan berpeluang memuat turun dan menonton aksi ranjang anda bertiga.

Saya petik:
[BH] JAKARTA: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril ‘Ariel’ Irham kelmarin dibebaskan daripada dakwaan melakukan perbuatan melanggar tata susila tempatan berkaitan video lucahnya bersama dua artis lain, sebaliknya didakwa dengan tuduhan baru sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video terbabit.

Ketua Pusat Penerangan Jabatan Peguam Negara, Babul Khoir Harahap, yang dipetik laman web Metrotvnews, berkata dakwaan terbaru ke atas Ariel adalah menyebarkan rakaman video lucah dan bukan sebagai pelaku dalam video seks yang tersebar di internet.

Ariel yang ditahan di sebuah penjara di Bandung, akan didakwa di bawah Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik 2008 dan Undang-Undang Kelucahan 2008. Beliau berdepan hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan.

Babul berkata, tuduhan pindaan yang dikenakan ke atas Ariel berpunca daripada kegagalan pihak polis mengenal pasti lokasi dan masa video itu dirakamkan.

“Tempat video itu dirakamkan dan waktunya tidak jelas. Ada yang menyatakan bahawa ia dibuat pada 2005, 2006 dan 2010.

“Dua artis yang didakwa terbabit dengan rakaman itu, Luna Maya dan Cut Tari berkata, mereka tidak ingat tempat ia dirakam. Cut Tari mengaku tahu tetapi lupa lokasinya. Apa yang pasti tempatnya di Indonesia,” katanya. 
Babul berkata, siasatan polis selama empat bulan mengesahkan Ariel bertanggungjawab atas penyebaran video lucah itu.

Dalam siasatan itu, kami mendapati Ariel dibantu bekas pengarah muziknya Redjoy, menyebarkan video lucah terbabit dari rumah penerbit muziknya, Capung. Keterangan mengenai perkara ini ditemui di rumah Capung di Jalan Antapani, Bandung,” katanya.

Babul berkata, pegawai pendakwa di Bandung mengesahkan menerima fail kes Ariel daripada polis dan merancang mengemukakan kes itu di Mahkamah Daerah dalam tempoh beberapa minggu lagi. – Agensi

Khamis, 7 Oktober 2010

Skandal Peterporn: Video Ariel-Cut Tari Umpama "Pisang Panas" di Laman Lucah Antarabangsa

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak "tut" buruk padahnya! Bayangkan "saham" akhirat yang diperoleh mereka setiap kali video itu ditonton atau dimuatturunkan oleh orang lain. Saya petik:
[HM] JAKARTA: Siasatan terhadap kes merakam dan mengedar video porno membabitkan penyanyi kumpulan Peterpan dan selebriti, Cut Tari belum berakhir.

Rakaman sepanjang lapan minit 46 saat itu kini bagaimanapun sudah dimuat turun ke satu laman web antarabangsa membolehkan sesiapa saja menontonton tanpa perlu berdaftar diri.
Mereka juga boleh memuat turunkannya semula.

Dalam laman berkenaan, video itu diberi judul ‘Ariel Peterpan Sex Tape’'. Sehingga semalam, kira-kira 44,000 pengunjung sudah menonton adegan memalukan membabitkan dua selebriti Indonesia berkenaan.

Menurut maklumat yang diterima akhbar digital Indonesia, detikhot, video itu berada di laman berkenaan sejak tiga hari lalu. Video Ariel-Tari itu juga sempat berada di muka depan laman berkenaan, secara langsung membolehkannya menjadi pilihan setiap pengunjung yang melayari laman itu.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh pengunjung turut memberikan rating pada video terbabit.

Dari lima bintang, video Ariel-Tari mendapat 4.2 dan pengunjung turut boleh memuatturun video itu untuk dijadikan koleksi peribadi.

Sementara itu, Ariel masih menjadi tahanan polis sementara menunggu perbicaraan. Dia, Cut dan seorang lagi selebriti yang juga kekasih penyanyi itu, Luna Maya sudah ditetapkan sebagai suspek dalam kes video lucah mereka.

Bagaimanapun, Cut dan Luna Maya dibebaskan sementara menanti untuk dibicarakan. - Agensi

Jumaat, 13 Ogos 2010

Skandal Peterporn: Cut Tari "Terlalu Sedih" Apabila Ariel Mengaku Tiada Perasaan Terhadapnya

Foto: ANTARA
Ariel masih enggan mengaku terlibat dalam Skandal Video Seks Peterporn sambil menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap selebriti Cut Tari baru-baru ini.

Peguam Cut, Hotman Paris Hutapea memberitahu wartawan bahawa pihak polis telah memainkan video yang yang memaparkan aksi Ariel dengan Cut di hadapan kedua-dua selebriti itu.
 
Kata Hotman, "Video itu dimainkan dan pihak polis bertanya Ariel 'Adakah lelaki itu adalah kamu atau sebaliknya?' tetapi Ariel enggan mengaku bahawa lelaki itu adalah dirinya. Kata Ariel, 'Lelaki itu bukan saya, saya tidak melakukannya dan saya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap dia (Cut Tari)".

Pengakuan itu telah meremukkan hati Cut Tari dan menyebabkan selebriti itu menangis kerana kecewa terhadap pengakuan bekas kekasihnya itu.

"Jika Ariel merasakan bahawa dia bukan lelaki dalam video itu dan tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap saya, itu haknya. Tetapi saya sangat sedih dan kecewa. Saya sedih kerana dia masih enggan mengaku bahawa lelaki itu adalah dirinya dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap saya. Saya wanita yang mempunyai perasaan."

Ditulis semula berdasarkan pautan ini.

Rabu, 28 Julai 2010

Skandal Peterporn: Ariel dan Luna Dilarang Nikah di Penjara!

Saya petik:

[HM] JAKARTA: Kisah Ariel dan Luna Maya menikah di pusat tahanan Ibu Pejabat Polis di sini tersebar luas.
Namun, sama ada benar atau tidak khabar angin itu, polis berkata, mereka tidak membenarkan pasangan itu melangsungkan pernikanan dalam lokap.
“Laporan itu tidak benar. Jika mereka mahu menikah, di sini bukan tempatnya. “Mereka boleh melakukannya di luar saja,” kata Ketua Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis, Marwoto Soeto ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya semalam.

Menurutnya, tumpuan terhadap bekas penyanyi utama kumpulan Peterpan itu ketika ini ialah kes video lucahnya.

“Fokus Ariel ialah menunggu perbicaraan (*) berhubung video seksnya dengan Luna dan Cut Tari.

“Kami berharap tidak ada khabar angin mengenai pernikahannya dengan Luna,” kata Marwoto.

Mengenai Reza Rizaldi atau RJ yang dituduh menjadi orang bertanggungjawab memuat naikkan video itu dan menyebarkannya di Internet, beliau berkata, dia akan mula disoal siasat.

Menurutnya, RJ sudah dibawa ke ibu pejabat polis setelah ditahan beberapa hari di balai polis Jakarta Selatan. - Agensi

* Dibicara Pertengahan Puasa

Berkaitan:
[HM] JAKARTA: Meskipun Ariel menjadi pelaku seks dalam video lucahnya, namun peranan Reza Rizaldy atau RJ sebagai penyebar menyebabkan dia akan dikenakan hukuman lebih berat.
Ketua Perhubungan Awam Ibu Pejkabat Polis, Marwoto Soeto berkata, Ariel dan RJ akan didakwa dengan tuduhan berbeza, mengikut peranan masing-masing dalam kes itu.
“Tuduhan terhadap RJ akan berbeza dengan Ariel. “RJ akan menghadapi tuduhan menyebarkan bahan lucah mengikut Undang-Undang Transaksi Elektronik dan hukuman terhadap kesalahan itu adalah lebih berat,” kata Marwoto ketika dihubungi wartawan KapanLagi.com semalam.
Beliau mengesahkan polis sudah mengenalpasti RJ sebagai penyebar video berkenaan selepas memperoleh bahan itu daripada Ariel.

RJ, juruteknik muzik yang ditangkap oleh polis 23 Julai lalu berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan. - Agensi

Selasa, 27 Julai 2010

Skandal Peterporn: RJ Miliki Video Seks Ariel Sejak Tahun 2007

Saya petik:

[HM] JAKARTA: Dalang utama yang menyebarkan klip video seks Ariel Peterpan dengan dua pasangannya, RJ, memperoleh bahan itu sejak 2007 tetapi hanya baru-baru ini terdedah kepada umum.
Seorang anggota penyiasat menyatakan, RJ kemudian menunjukkan rakaman itu kepada seorang anak saudaranya, Anggit, dan mengingatkan lelaki itu supaya tidak mengambilnya.“Tetapi mungkin Anggit mencuri bahan itu daripada RJ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Indonesia, semalam.

RJ adalah pengarang muzik yang bekerjasama rapat dengan Ariel serta kumpulannya, Peterpan.

Kedua-dua mereka juga dikatakan berkawan baik.

Selepas kes itu didedahkan, polis menahan Ariel dan kini menunggu masa untuk mendakwanya mengikut undang-undang antipornografi.

Pasangan ranjangnya, Luna Maya dan Cut Tari, juga mungkin berdepan dengan tindakan sama.

Menurut sumber itu, RJ kini berada dalam tahanan polis dan diletakkan di dalam lokap polis Jakarta Selatan.

Katanya, Anggit juga ditahan, tetapi kedua-duanya tidak diletakkan bersama bagi mengelak mereka berkomunikasi.

“Jika RJ dan Anggit bertemu, mungkin mereka boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.

RJ juga ditahan berasingan dengan Ariel.
Kata penyiasat itu, RJ akan didakwa kerana bersubahat menyebarkan klip video berkenaan.

“Selain RJ, ada lima individu lain menjadi suspek, termasuk Anggit,” katanya. - Agensi

Jumaat, 23 Julai 2010

Skandal Peterporn: Ariel dan Luna Mungkin Dinikahkan di Lokap Polis

Menurut laporan akhbar, pihak berkuasa mungkin menikahkan Ariel dengan Luna Maya untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka. Menurut sumber, pernikahan itu mungkin diadakan di bilik lokap polis yang kini menjadi tempat Ariel ditahan.

Sumber yang terbabit dalam siasatan kes penyebaran video lucah Ariel berkata, "Cuma kami berpendapat, Ariel dan Luna jangan dinikahkan terus, sebaliknya biar mereka ditunangkan dulu." Sumber itu menambah bahawa pihak media akan dimaklumkan jika rancangan pertunangan itu akan dilaksanakan.

"Jika rancangan ini dipersetujui, kami akan beritahu. Walaupun disatukan dalam lokap polis, kami berharap ia lebih baik untuk Ariel dan Luna, selain mengubah tanggapan masyarakat terhadap mereka," kata sumber itu lagi.

Ketika ini, Ariel masih ditahan oleh pihak polis sementara menunggu siasatan disiapkan, manakala Luna Maya diminta melaporkan diri apabila keadaan memerlukan dia berbuat demikian.

Rabu, 21 Julai 2010

Skandal Peterporn: Ukuran Zakar Ariel dan Senarai Wanita yang Ditiduri Ariel Didedahkan!

Seorang pembaca blog ini memberikan komen yang berikut:

"Rasanya ada antara korang mesti ada penah go thru http://arielpeterporn********.blogspot.com/ ni kan? Menarek kan? hahahahha..1st time aku blogwalking kat blog tu. Caya lah sapa yang buat tu, rajin & dedikasi!!! Siap ada link full download video Ariel Peterpon ngan Luna Maya, Cut Tari dan lain-lain. -Peter Mania"

Wow, ada orang yang "rajin dan berdedikasi" untuk membikin laman blog khusus untuk menyiarkan berita/cerita berkaitan dengan skandal ini!

Saya melayari laman blog itu. Seperti yang dijangka, kesemua kiriman berkisar tentang skandal yang masih hangat dibicarakan baik di Indonesia mahupun di sekitar Nusantara. Antara kiriman yang menarik termasuklah tulisan tentang saiz dan ukuran zakar Ariel yang didedahkan kepada media tempatan dan senarai wanita yang didakwa telah ditiduri oleh Ariel.

Mungkin anda sudah melayari blog itu, namun bagi yang tidak pernah, pandai-pandailah anda mencarinya. Google sahaja, anda mungkin menemukan apa-apa yang anda inginkan. Saya rasa tidak perlulah mendedahkan alamat penuh laman blog itu di sini. Saya juga tidak akan mendedahkan saiz mahupun nama artis yang dikatakan telah ditiduri oleh penyanyi itu. Terlalu privasi untuk disebarkan dan senarai nama itu pun masih belum disahkan.Lainlah jika nama-nama itu sudah disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Ironinya, berdasarkan lenggok dan gaya bahasa, blog itu dibikin oleh orang Malaysia.

Selasa, 20 Julai 2010

Skandal Peterporn: Video Baru Membabitkan Pekerja Stesen TV Dikaitkan dengan Ariel Tersebar

Sebuah lagi video seks  yang dikaitkan dengan Ariel Peterpan  disebarkan baru-baru ini. Video bertajuk "Fatma TransTv" sepanjang 2 minit 34 saat itu jelas memaparkan wajah "pelakon"wanitanya, namun tidak memaparkan wajah "pelakon" lelakinya.

Susulan penyebaran video iyu, wakil Trans Tv menjelaskan bahawa stesen tv itu memang mempunyai staf bernama Fatma, namun menafikan pekerja stesen tv itu ialah gadis dalam video tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak stesen tv tersebut menfailkan saman fitnah terhadap penyebaran video itu. Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh mereka, klip video itu diambil dari sebuah laman pornografi sebelum diubah namanya menjadi "Fatma TransTv".

Saya petik:
[DC] The Indonesian celebrity sex tape soap opera has taken yet another twist.

Another graphic sex-tape has emerged purportedly featuring an employee at the same TV station as presenter Cut Tari.

Cut Tari has confessed to being one of the women in earlier sex-tapes involving Indonesian singer Nazril "Ariel" Ilham of rock band Peterpan and TV presenter Luna Maya.

This new tape apparently features someone called Fatma, and the station, Trans TV, is incensed over the new allegations concerning its employee, reported Jakarta Globe.

Station spokesman Hardiansyah told reporters at National Police headquarters that though they had an employee named Fatma, she was not the person in the clip and had not disseminated it on the Internet.

He said the station was filing a defamation suit because they believed the video could hurt it's public image.

"We don't know what the motive is for naming the video Fatma-Transtv," he said.

"Our own investigation shows that the video was taken from a porn site and the perpetrator changed the title to ‘Fatma-Transtv'," Hardiansyah said.

The clip, 2 minutes and 34 seconds in duration, began circulating on Wednesday.

The digital data shows that it was created on March 3, 2007, using a mobile phone camera.

The face of the woman in the video can be clearly seen, while the face of the man filming proceedings is never shown.

The Indonesian celebrity sex-tape saga,dubbed "Peterporn", made national news when three video clips were uploaded on the Internet more than a month ago.

Luna and Cut, who is married, appear in separate clips. - The New Paper

Ahad, 18 Julai 2010

Skandal Peterporn: Krisdayanti dan Bunga Citra Lestari, Antara Nama yang Dikaitkan dengan Video Seks Ariel

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Setelah menangkap juruteknik muzik kumpulan Peterpan, RJ, atas dakwaan menyebar video seks, polis kini melancarkan siasatan terhadap 32 adegan panas dalam komputer riba milik bekas penyanyi utama kumpulan berkenaan, Ariel.
Ada laporan mendakwa 32 adegan panas dalam komputer riba Ariel itu membabitkan artis lain selain Luna Maya dan Cut Tari.
Antara nama yang disebut ialah Bunga Citra Lestari, Aura Kasih, Wulan Guritno, Krisdayanti dan Audy Item.
Dalam pada itu, beberapa pihak berkata, RJ yang bertanggungjawab menyebarkan video seks Ariel itu ialah Reza Rizaldy.

Reza pernah terbabit dalam penerbitan beberapa lagu Peterpan. - Agensi

Sabtu, 17 Julai 2010

Skandal Peterporn: Jurutera Bunyi/Kawan Ariel Didakwa Curi Video Seks

Saya petik:
[Kosmo]JAKARTA - Polis akan menangkap jurutera bunyi kumpulan Peterpan, RJ yang didakwa mencuri dan menyebarkan rakaman video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.

RJ ketika ini sedang disiasat oleh pihak polis wilayah Bandung membabitkan penyebaran rakaman video seks Nazriel Irham atau Ariel Peterpan bersama wanita seriras wajah pengacara Luna Maya dan Cut Tari baru-baru ini.

Ketua Divisyen Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Indonesia, Edward Aritonang berkata, RJ dipanggil pihak polis di sini untuk menjalani siasatan lanjut.

Menurutnya, pihak polis telah membawa RJ berjumpa penyiasat polis di Bandung semalam.

Bagaimanapun, suspek tidak akan ditahan sehingga siasatan selesai dilakukan. - Agensi
Berkaitan:
* Peterporn Sex Tapes Were Spread by Ariel's Friend: Police
* Police Lock Up Luna Maya
* Peterporn Sex Tapes Were Stolen from Ariel's Laptop: National Police

Khamis, 15 Julai 2010

Skandal Peterporn: Ariel Nafi Walaupun Cut Tari Telah Mengaku

Cut Tari baru-baru ini mengaku bahawa dia terlibat dalam Skandal Peterporn. Anda boleh membaca laporan dalam bahasa kebangsaannya di sini, videonya di sini. Luna Maya juga baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka dalam media baru-baru ini. Ironinya, Ariel dikhabarkan menafikan dirinya terlibat dalam video itu dan masih berpegang bahawa lelaki yang terbabit dalam video itu ialah orang yang menyerupai dirinya.

Sejauh mana penyanyi ini dapat mengelakkan diri daripada skandal ini biarpun pihak polis dan pakar IT telah mengesahkan pembabitan mereka dan ketulenan video-video tersebut? Tunggu & lihat.

Saya petik:
[DC] Even though Cut Tari has publicly admitted that the girl in the "Peterporn" sex video is her, her ex-lover Ariel says it's not him.

Yes, he claims it looks him, sounds like him, but it's not him.

A source in the Malaysian music industry close to the troubled Indonesian pop-rocker, who is the frontman of Peterpan, told The Daily Chilli that Ariel and his attorney will fight hard for their case.

"He's out to deny it," says the insider, who spoke to The Daily Chilli on condition of anonymity.

"And the instruction given to his manager and those close to him and his band is to zip their mouth."
The source adds a lot of celebrity friends have visited Ariel in prison. But so far, only Randy, the keyboardist of top Indonesian indie band Nidji, has spoken to the press, saying "I will support Ariel no matter what."

What about Luna Maya, you ask?

Well, Ariel's current squeeze visited him in prison and was spotted crying and hugging him.

It is believed that the chief culprit who raked in big bucks out of distributing what was supposed to be "a personal collection" illegally is an IT expert, whom the Indonesian press named as "K".

The Daily Chilli contacted Ariel's manager however all we got was the standard answer - "No comment".

Berkaitan:
* Cut Tari tells all about sex tape
..."But I did not give him (Ariel) permission to videotape our bedroom exercise," the disgraced actress/TV presenter claimed.



"In fact, I pushed his hand away while he tried to record it with his mobile phone camera. He did keep his phone away. So I didn't know how he managed to record it."...

Sabtu, 10 Julai 2010

Skandal Peterporn: Akhirnya, Cut Tari Mengaku BERZINA dengan Ariel/Tatu Luna Belum Dibuang

Saya petik:
[BERNAMA] JAKARTA 9 Julai - Sehari selepas memohon maaf kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan masyarakat Indonesia atas penyebaran laporan berita mengenai video pornografi yang membabitkan mereka, artis Cut Tari dan Luna Maya hari ini dijadikan suspek dalam kes itu oleh polis Indonesia.

Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama seorang lagi suspek iaitu artis Ariel Peterpan. "Setelah melakukan penyiasatan saksi pakar, maka sejak semalam penyiasat telah meningkatkan status Cut Tari dan Luna Maya menjadi suspek pelanggaran pornografi," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Edward Aritonang di sini hari ini.

Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu.

Ariel, Cut Tari dan Luna Maya dikaitkan dengan undang-undang pornografi dan jenayah kerana disyaki menjadi pelaku manakala sembilan suspek lain pula disabit dengan undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan bahan itu.

Dalam permohonan maafnya semalam, Cut Tari dengan linangan air mata sekaligus mengaku berzina dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya yang turut hadir pada sidang media tersebut.

Namun Luna Maya dan Ariel masih belum membuat pengakuan mereka.

Suami Cut Tari, Jusuf Subrata memberitahu media bahawa beliau tetap menyokong isterinya dan menyangkal adanya isu perceraian antara mereka. dan mengulangi perbuatan mereka.

Mengenai tidak adanya pengakuan daripada artis terbabit, Aritonang berkata polis tidak memerlukannya kerana pembuktian undang-undang sudah mencukupi.

Presiden Susilo dalam komennya terhadap permohonan maaf artis terbabit semalam menyampaikan kenyataannya melalui jurucakapnya Julian Aldrin Pasha bahawa: "Komitmen Presiden untuk menegakkan undang-undang adalah jelas, bahawa siapa saja yang terbukti bersalah harus diproses oleh undang- undang secara tegas dan proporsional. Sebaliknya bila tidak terbukti maka harus dipulihkan nama baik dan harga dirinya," kata Julian.

Berkaitan:
Tatu di pinggul Luna belum dibuang
[HM] JAKARTA: Antara bukti mengukuhkan pembabitan Luna Maya dalam video lucah bersama Ariel ialah tatu dimilikinya. Tatu ikan lumba-lumba di pinggul kiri Luna masih ada kerana belum dihapuskannya.


Sebelum ini, ada gosip mengatakan yang Luna pergi ke Singapura semata-mata untuk meluputkan tatunya. Gosip itu tersebar beberapa hari selepas isu video lucah mereka terbongkar.

Menurut sumber polis, tatu dimiliki Luna masih ada di pinggul kirinya.

“Tatu ikan lumba-lumba itu masih ada. Kami sudah berurusan dengan pihak di Singapura dan mereka sudah memberi kesahihan mengenainya,” jelas sumber itu.

Tatu berkenaan bakal menjadi bukti pembabitan Luna dalam kes video lucah bersama Ariel.

“Jika pihak yang terbabit tidak mahu mengaku pun, kami dapat membuktikan kebenarannya,” kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, Luna menafikan dia memiliki tatu ikan lumba-lumba di pinggul kirinya. - Agensi

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH