Skandal Peterporn: Video Ariel-Cut Tari Umpama "Pisang Panas" di Laman Lucah Antarabangsa
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak "tut" buruk padahnya! Bayangkan "saham" akhirat yang diperoleh mereka setiap kali video itu ditonton atau dimuatturunkan oleh orang lain. Saya petik:
[HM] JAKARTA: Siasatan terhadap kes merakam dan mengedar video porno membabitkan penyanyi kumpulan Peterpan dan selebriti, Cut Tari belum berakhir.
Rakaman sepanjang lapan minit 46 saat itu kini bagaimanapun sudah dimuat turun ke satu laman web antarabangsa membolehkan sesiapa saja menontonton tanpa perlu berdaftar diri.
Mereka juga boleh memuat turunkannya semula.
Dalam laman berkenaan, video itu diberi judul ‘Ariel Peterpan Sex Tape’'. Sehingga semalam, kira-kira 44,000 pengunjung sudah menonton adegan memalukan membabitkan dua selebriti Indonesia berkenaan.
Menurut maklumat yang diterima akhbar digital Indonesia, detikhot, video itu berada di laman berkenaan sejak tiga hari lalu. Video Ariel-Tari itu juga sempat berada di muka depan laman berkenaan, secara langsung membolehkannya menjadi pilihan setiap pengunjung yang melayari laman itu.
Dalam pada itu, berpuluh-puluh pengunjung turut memberikan rating pada video terbabit.
Dari lima bintang, video Ariel-Tari mendapat 4.2 dan pengunjung turut boleh memuatturun video itu untuk dijadikan koleksi peribadi.
Sementara itu, Ariel masih menjadi tahanan polis sementara menunggu perbicaraan. Dia, Cut dan seorang lagi selebriti yang juga kekasih penyanyi itu, Luna Maya sudah ditetapkan sebagai suspek dalam kes video lucah mereka.
Bagaimanapun, Cut dan Luna Maya dibebaskan sementara menanti untuk dibicarakan. - Agensi


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.