Skandal Peterporn: Akhirnya, Cut Tari Mengaku BERZINA dengan Ariel/Tatu Luna Belum Dibuang
Saya petik:
[BERNAMA] JAKARTA 9 Julai - Sehari selepas memohon maaf kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan masyarakat Indonesia atas penyebaran laporan berita mengenai video pornografi yang membabitkan mereka, artis Cut Tari dan Luna Maya hari ini dijadikan suspek dalam kes itu oleh polis Indonesia.
Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama seorang lagi suspek iaitu artis Ariel Peterpan. "Setelah melakukan penyiasatan saksi pakar, maka sejak semalam penyiasat telah meningkatkan status Cut Tari dan Luna Maya menjadi suspek pelanggaran pornografi," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Edward Aritonang di sini hari ini.
Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu.
Ariel, Cut Tari dan Luna Maya dikaitkan dengan undang-undang pornografi dan jenayah kerana disyaki menjadi pelaku manakala sembilan suspek lain pula disabit dengan undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan bahan itu.
Dalam permohonan maafnya semalam, Cut Tari dengan linangan air mata sekaligus mengaku berzina dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya yang turut hadir pada sidang media tersebut.
Namun Luna Maya dan Ariel masih belum membuat pengakuan mereka.
Suami Cut Tari, Jusuf Subrata memberitahu media bahawa beliau tetap menyokong isterinya dan menyangkal adanya isu perceraian antara mereka. dan mengulangi perbuatan mereka.
Mengenai tidak adanya pengakuan daripada artis terbabit, Aritonang berkata polis tidak memerlukannya kerana pembuktian undang-undang sudah mencukupi.
Presiden Susilo dalam komennya terhadap permohonan maaf artis terbabit semalam menyampaikan kenyataannya melalui jurucakapnya Julian Aldrin Pasha bahawa: "Komitmen Presiden untuk menegakkan undang-undang adalah jelas, bahawa siapa saja yang terbukti bersalah harus diproses oleh undang- undang secara tegas dan proporsional. Sebaliknya bila tidak terbukti maka harus dipulihkan nama baik dan harga dirinya," kata Julian.
Berkaitan:
Tatu di pinggul Luna belum dibuang
[HM] JAKARTA: Antara bukti mengukuhkan pembabitan Luna Maya dalam video lucah bersama Ariel ialah tatu dimilikinya. Tatu ikan lumba-lumba di pinggul kiri Luna masih ada kerana belum dihapuskannya.
Sebelum ini, ada gosip mengatakan yang Luna pergi ke Singapura semata-mata untuk meluputkan tatunya. Gosip itu tersebar beberapa hari selepas isu video lucah mereka terbongkar.
Menurut sumber polis, tatu dimiliki Luna masih ada di pinggul kirinya.
“Tatu ikan lumba-lumba itu masih ada. Kami sudah berurusan dengan pihak di Singapura dan mereka sudah memberi kesahihan mengenainya,” jelas sumber itu.
Tatu berkenaan bakal menjadi bukti pembabitan Luna dalam kes video lucah bersama Ariel.
“Jika pihak yang terbabit tidak mahu mengaku pun, kami dapat membuktikan kebenarannya,” kata sumber itu lagi.
Sebelum ini, Luna menafikan dia memiliki tatu ikan lumba-lumba di pinggul kirinya. - Agensi
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.