Nasib Suspek "Pengintip Rusia": Bekas Suami Dedah Gambar Bogel
Anna Chapman dan 10 lagi suspek pengintip Rusia kini dalam tahanan pihak berkuasa AS. Penangkapan wanita muda ini sedikit banyak menegangkan hubungan antara AS dengan Rusia biarpun situasi tersebut cuba "disejukkan" dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh pihak AS.
Dalam apa-apa kontroversi atau skandal, pihak yang sering mendapat untung, selain media, ialah orang yang mempunyai hubungan perkahwinan atau hubungan akrab dengan mangsa atau suspek. Dalam kes ini, Alex Chapman yang merupakan bekas suami kepada Anna kini menjadi buruan media yang mahu mencungkil kisah peribadi wanita tersebut.
Berdasarkan pendedahan media, Alex dan Anna berkahwin di Moscow pada tahun 2002, namun bercerai pada tahun 2005 kerana tiada persefahaman.
Seperti diramal, Alex, seorang artis yang kini tinggal di Bournemouth, Dorset mendedahkan hubungannya dengan wanita yang turut dipanggilnya "Anya". Malah, dia juga tanpa rasa bersalah memberikan beberapa keping gambar separuh bogel wanita tersebut kepada akhbar untuk sebuah laporan esklusif. Dalam laporan itu, Alex turut menceritakan perihal hubungan ranjang mereka.
Laporan ekslusif, sudah tentu bayarannya juga ekslusif. Jika berminat untuk membacanya, sila klik tajuk laporan ini: Mile-high sex games with my spy in the sky, Anna Chapman.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.