KASIHAN PENEROKA, KASIHAN MASYARAKAT PEDALAMAN!
Isu "Felda Bankrap" sudah menjadi isu sensasi. Suara Keadilan kini berhadapan dengan saman sebanyak RM200 juta dan permit penerbitannya tidak diperbaharui. Bagi yang mempunyai akses internet, berpeluanglah menggelintar isu Felda yang didakwa pembangkang kini hampir bankrap sejak diambil alih oleh PM 1Malaysia. Namun, apalah yang boleh dibuat oleh peneroka dan masyarakat kampung yang agak terpinggir daripada sumber maklumat alternatif yang jauh lebih tepat dan daripada maklumat yang dipaparkan dalam sesetengah media arus perdana.
Namun, seperti yang kerap saya tulis sebelum ini, malangnya masyarakat di kampung dan di tanah rancangan majoriti besarnya hanya bergantung pada media arus perdana. Justeru tidak hairanlah ada yang sanggup berdemo dan membakar Suara Keadilan apabila "diprovokasi" untuk berbuat demikian. Di kaca televisyen, rata-rata peneroka yang ditemu bual hanya berterima kasih atas pemberian wang seribu ringgit yang diterima mereka setiap bulan tanpa memikirkan wang bilion ringgit yang dijanakan oleh mereka selama mengusahakan tanah rancangan sejak puluhan tahun lalu. Berbaloikah wang yang diterima oleh mereka setiap bulan? Benarkah keuntungan yang diperoleh majikan mereka itu kian bertambah atau kian susut seperti yang didakwa oleh pembangkang?
Hari ini UM melaporkan bahawa sebanyak 112 635 peneroka bakal menerima duit raya seperti yang diumumkan oleh PM 1Malaysia. Semua peneroka (10 000- dakwa UM) bertepuk tangan tanpa menyedari bahawa pemberian wang yang tidak seberapa itu mungkin hanya"gula-gula" untuk mengalih pandangan mereka daripada isu sensasi ini. Situasi ini samalah dengan pemberian kain batik, kain pelikat, dan sejumlah kecil wang semasa menjelang sesuatu pilihan raya. Taktik yang sama dilakukan kerana setakat ini, taktik tersebut masih lagi berkesan di kawasan pendalaman. Selain itu, pemberian duit raya berkemungkinan ntuk memastikan undi 112, 635 peneroka berpihak kepada BN dalam PRU13 yang dikatakan bakal dilaksanakan selepas pembentangan Bajet. Kata orang yang berniaga, ekonomi pada tahun hadapan kurang memberarangsangkan, maka mahu tidak mahu PRU13 akan dilaksanakan pada tahun ini. Benar atau tidak, tepuk dada, tanya PM 1Malaysia!
Dalam hal ini, anak masyarakat peneroka perlu memainkan peranan untuk menyedarkan ibu bapa mereka tentang hal-hal yang bersangkutan dengan nasib dan hak mereka. Golongan peneroka bukanlah golongan buruh kasar di ladang-ladang suatu ketika dahulu. Golongan ini sewajarnya menerima perkongsian keuntungan yang lebih besar sejajar dengan keuntungan yang diterima oleh pertubuhan itu. Mereka juga berhak mengetahui perjalanan wang yang diperoleh pertubuhan itu kerana apa-apa yang diperoleh pertubuhan itu adalah hasil keringat, susah payah, penat lelah golongan peneroka yang membanting tulang berpanas dan berhujan mengusahakan tanah rancangan pertubuhan tersebut sejak sekian lama.
Berkaitan:
Duit raya untuk 112,635 peneroka
TANJUNG MALIM 7 Julai - Seramai 112,635 peneroka tanah rancangan Felda di seluruh negara mendapat khabar gembira pada sambutan Hari Peneroka 2010 hari ini apabila Perdana Menteri memberikan jaminan pemberian 'duit raya' pada tahun ini.
Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak itu spontan disambut tepukan gemuruh oleh lebih 10,000 peneroka yang menghadiri majlis tersebut.
Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau hanya akan membuat pengumuman mengenai jumlah duit raya itu pada minggu pertama bulan Ramadan.
"Duit raya tetap ada dan saya akan umumkannya pada minggu pertama bulan Ramadan nanti.
"Hari ini biarlah kita fokus pada isu Maktab Rendah Sains Mara Felda (MRSMF) dan penjelasan mengenai tuduhan Felda bankrap," katanya semasa merasmikan sambutan Hari Peneroka 2010 di MRSMF Kampus Tun Abdul Razak, Trolak dekat sini hari ini.
Najib menjelaskan bahawa Felda yang bermula sebagai agensi membangunkan tanah telah berubah menjadi sebuah organisasi hebat dan boleh disifatkan sebagai organisasi sosioekonomi paling besar di dunia yang terlibat dalam pembangunan tanah.
kesian kat bangsa ku
Comment by cempaka sari @ Khamis, Julai 08, 2010 10:49:00 PGtak habih2 dicucuk hidung
dulu ditarik mat saleh
sekarang untung nasib
dipermain bangsa sendiri
oh melayu...