Indonesia Sekat Laman Lucah Sempena Ramadan. Malaysia?
Menteri Informasi dan Komunikasi Indonesia, Tifatul Sembiring pada hari Khamis lalu menyatakan bahawa kementeriannya akan menyekat semua laman lucah sama ada berpangkalan di negara itu mahupun dari negara luar sebelum bermulanya bulan Ramadan pada bulan hadapan.
Katanya, "Insya-Allah, kami akan menyiapkan tugasan ini sebelum Ramadan agar laman-laman tersebut tidak menjejaskan ibadah umat Islam pada bulan puasa nanti."
Apabila ditanya tentang kemungkinan pengguna internet dapat mengakses laman-laman tersebut walaupun telah disekat, beliau menjawab "Mereka yang mampu berbuat demikian agak kecil bilangannya."
Alhamdullilah, sekurang-kurangnya pemimpin di negara itu berusaha untuk menjaga dan memuliakan bulan Ramadan dengan menyekat akses ke laman lucah. Di sesetengah tempat di Indonesia, pusat hiburan juga ditutup demi menjaga kebesaran bulan Ramadan.
Berita lanjut tentang hal ini boleh dibaca di sini.
Malaysia bagaimana? Hal ini kena tanya Dr Rais Yatim, menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal internet di negara ini. Dalam pada itu, khabarnya Kerajaan BN di Perlis akan menutup premis hiburan pada bulan Ramadan ini. Tidak tahu sejauh mana kebenaran laporan akhbar itu, sama ada berita itu hanya sekadar omong kosong atau tindakan itu akan dilaksanakan pada bulan Ramadan nanti. Bagaimana pula dengan negeri di bawah jajahan Kerajaan Pakatan Rakyat?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.