[Kemas Kini] Pemandu Bas Sekolah CULIK & ROGOL Budak 10 Tahun Depan Penumpang!
Berita ini disiarkan dalam DC malam tadi dan pagi ini disiarkan pula dalam The Star hari ini. Menurut laporan akhbar itu, seorang pemandu bas sekolah didakwa telah merogol budak sekolah berusia 10 tahun di hadapan penumpang yang terdiri daripada budak sekolah.
Gila! Celaka! Lahanat!
Kejadian tersebut berlaku di Jalan Othman, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.40 tgh Isnin lalu. Menurut sumber berita, pemandu berusia 51 tahun itu memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum mendekati mangsa. DIa kemudiannya membuka pakaian mangsa secara paksa. Budak malang itu kemudiannya dirogol sambil diperhatikan oleh penumpang basnya yang ketakutan.
Perbuatan lahanat pemandu bas itu disedari oleh guru tadika yang terdengar jeritan dari bas tersebut sebelum meminta bantuan orang ramai. Menurut laporan DC, pemandu lahanat itu telah dibelasah oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Saya akan kemas kini kiriman ini jika ada laporan terperinci daripada akhbar lain.
Kemas Kini:
Laporan versi Harian Metro agak berlainan sedikit daripada laporan yang dilaporkan oleh DC dan TS. Saya petik:
Lima murid sekolah dinodai
PETALING JAYA: Seorang pemandu van sekolah dipercayai merogol lebih lima murid perempuan berusia 10 tahun yang dibawanya di sekitar daerah ini sejak minggu lalu.
Suspek yang berusia 51 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terbabit dalam van sekolah dipandunya.
Difahamkan, suspek tidak segan silu merogol mangsa pada siang hari dan di kawasan sesak dengan orang ramai. Menurut sumber, dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari, seorang guru tadika yang melalui kawasan luar sebuah sekolah di Jalan Othman di sini, terkejut apabila melihat seorang murid perempuan yang masih berpakaian seragam dirogol dalam sebuah van.
Difahamkan, guru tadika berkenaan membuka pintu van dan menarik murid itu daripada menjadi mangsa rogol lelaki terbabit. Mangsa berjaya diselamatkan guru itu dengan bantuan dua anggota polis peronda yang melalui kawasan kejadian.
“Lelaki terbabit ditahan manakala mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendedahkan perbuatan pemandu van terbabit yang merogol lebih daripada lima murid sekolah yang dibawanya. “Selepas pemandu terbabit mengambil murid yang menggunakan khidmatnya, dia akan menetapkan sasaran mangsanya dengan menghantar murid berkenaan terakhir sekali sebelum merogolnya.
“Pemandu itu turut mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. Jurucakap polis berkata, pihaknya percaya suspek sudah lama aktif dan mungkin lebih daripada lima murid sekolah menjadi mangsanya. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu dan suspek kini direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Kes ini masih dalam siasatan dan kami cuba mengesan mangsa lain,” katanya yang enggan mengulas lanjut. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kelana Jaya, Arjunaidi berkata, seorang murid tahun enam dicabul seorang pemandu van berusia 37 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa dipercayai seorang diri di dalam van sekolah sebelum suspek memegang kemaluan mangsa.
Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri.
“Setakat ini, kami masih mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.- Suraya Roslan
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.