Mengapa Zul Nordin Tidak Mahu Parti yang Gadai Wilayah Malaysia, Bersekongkol dengan Yahudi....Diharamkan?
MP Katak seperti yang dilaporkan dalam berita di bawah ini mahu DAP diharamkan. Ironinya, MP ini seolah-olah bisu apabila timbul isu judi yang cuba dihalalkan oleh parti/kerajaan yang disokongnya, begitu juga apabila kerajaan yang disokongnya itu bersekongkol dengan syarikat Yahudi, APCO. Bagaimana pula dengan pihak yang menggadaikan tanah Malaysia di Singapura atau telaga minyak kepada Brunei? Tiada pula kedengaran responnya apabila Felda dikatakan hampir bankrap. Tidak juga kedengaran suaranya apabila parti yang disokongnya menghapuskan kouta Melayu yang membabitkan pegangan saham dan pelbagai hal lain yang membabitkan ekuiti Bumiputera. Apa lagi? Banyak sangat jika hendak disenaraikan!
Jika dia mahu mencadangkan ROS membatalkan pendaftaran DAP, mengapa dia tidak mencadangkan kepada ROS agar membatalkan parti yang menggadaikan maruah negara, lalai sehingga negara kehilangan wilayah dan jajahan, parti yang menderhaka kepada raja, parti yang didukung oleh umat Islam yang menghina hukum agama dan sunnah nabi? Namun, dia memilih untuk bersekongkol dengan parti yang berbuat demikian!
Panjang sangat kalau mahu menulis fasal hal ini. Ringkasnya, penduduk Kulim dan seantero Malaysia, sila tolak MP Katak ini dalam PRU ke-13 nanti!
Saya petik:
[MK] Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor.
Zulkifli Noordin (kanan) berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum.
"Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini.
Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.
Bagaimanapun, beliau sebelum dilaporkan berkata, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.
Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, sekiranya tidak dibendung segera, "sikap melampau kepimpinan DAP" akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum.
"Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini.
"Ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini," katanya.
"Meminjam (gaya) kata-kata presiden (Iran) Ahmadinejad, kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini!"
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.