Israel Perlukan Perang Untuk Terus Wujud
Saya tidak hairan apabila ada orang mengatakan bahawa Israel memerlukan peperangan untuk terus wujud. Begitu jugalah Amerika, Israel, dan kuasa besar yang lain "merancang & mewujudkan" kekacauan & peperangan bagi memastikan industri persenjataan terus berkembang sehingga ke hari ini. Bayangkan dunia tanpa peperangan, apakah yang akan terjadi kepada ekonomi Israel yang banyak bergantung pada penjualan senjata?
Bekas pensyarah Israel yang juga anti-Zionis berkata negara tersebut memerlukan peperangan untuk memastikan negara itu terus wujud. Hujah Ilan Pappe ialah kunci penyatuan masyarakat Israel adalah melalui konfrontasi secara konsisten terhadap negara-negara lain. Namun, beliau menyatakan bahawa pendirian hostiliti/peperangan hanya akan membawa kehancuran kepada Tel Aviv.
Logiknya, apabila wujud ancaman dan peperangan, maka rakyat di sesebuah negara akan kurang berpolitking, kurang memikirkan hak dan kehendak sosial dan politik, dan cenderung untuk menjayakan misi negara tanpa dibelenggu oleh fahaman politik dan status sosial. Begitu jugalah situasi yang berlaku di Israel, apabila wujud ancaman daripada negara luar maka penduduk di negara itu akan cenderung untuk bersatu dan sama-sama menentang dan menyelamatkan negara haram meeka daripada sebarang ancaman.
Pappe yang pernah berkhidmat di Universiti Haifa, di utara Israel menegaskan kewujudan kerajaan Israel hari ini ialah melalui pergerakan penjajahan. Penjajah yang tidak ada negara. Justeru Regim Israel secara konsisten mencipta peperangan baru; baru-baru ini dengan Lubnan, dan mungkin selepas ini dengan Iran untuk memastikan agendanya tercapai.
Bekas pensyarah ini dipecat daripada jawatannya selepas bukunya The Ethnic Cleansing of Palestine laris dijual. Buku itu menyatakan pembentukan Israel telah dirancang awal dan menggunakan kaedah menjadikan orang Palestine tidak berumah sebelum merampas tanah mereka. Justeru, beliau berpendapat solusi satu negara untuk semua dapat menyelesaikan konflik antara Palestine dengan Israel.
Artikel ini ditulis berdasarkan pautan ini.
* Disiarkan semula dalam Tranung Kite
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.