Wow, Utusan Siarkan Berita Ini!
Penyiaran berita ini mungkin untuk mengaitkan/mengesahkan pembabitan PKR dalam isu penajaan Bala dan RPK di luar negara. Namun secara tidak langsung berita ini sebenarnya membuatkan pakcik-pakcik, mak cik-makcik, penyokong tegar UMCO berfikir sejenak tentang sebab polis Perancis mahu menyiasat tentang pembelian kapal selam pertama yang penuh dengan kontroversi.
Berita ini turut memerihalkan masalah yang dihadapi oleh kapal selam negara yang sebelum ini menjadi tajuk utama akhbar & portal berita alternatif, blog, laman sesawang, dan forum di internet.
Berita ini juga menimbulkan persoalan dan bagi yang mahu berfikir mereka sudah tentu akan bertanya: Mengapa polis Perancis menyiasat dakwaan penyelewengan pembelian kapal selam itu, sedangkan polis dan SPRM yang terkenal dengan keagresifannya menyiasat salah laku pemimpin pembakang tidak berbuat demikian?
Sudah tentu, kita mengharapkan UM akan terus menyiarkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa agar masyarakat di kampung dan di pedalaman dapat maklumat tentang kes ini.
Saya petik:
Bala disiasat polis Perancis
[UM] KUALA LUMPUR 12 Julai - Selepas didakwa menaja kehidupan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam di London, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini seolah-olah mengesahkan lagi dakwaan tersebut.
Jika sebelum ini, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertemu dengan Balasubramaniam di London, hari ini Pengarah Strategi parti itu, Tian Chua pula memberitahu, penyiasat persendirian tersebut akan disoal siasat oleh polis Perancis hari ini berhubung isu pembelian kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman.
Katanya, Balasubramaniam akan menjadi saksi pertama dari negara ini berhubung pembelian kapal selam dari Perancis pada 2002 itu.
Dakwanya, beliau telah menerima maklumat mengenai perkara itu daripada peguam Balasubramaniam, Manjeet Singh Dhillon yang akan mengiringi penyiasat persendirian tersebut ke Perancis.
"Balasubramaniam bersetuju untuk diambil keterangan oleh polis Perancis pada pukul 2 petang hari ini waktu Perancis atau 8 malam waktu Malaysia di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Balasubramaniam dipanggil oleh polis Perancis selepas didakwa mempunyai maklumat berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembelian kapal selam pertama negara dari Perancis itu.
Sementara itu, Tian Chua menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kegagalan KD Tunku Abdul Rahman untuk mengawal keselamatan negara kerana didakwa sering mengalami kerosakan. -Mohd Shofi Mat Isa
ISU PEMBELIAN KAPAL SELAM...
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, Julai 14, 2010 10:03:00 PGnape diorang tak letak adanya isu rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene?? nak tipu 1malaysia lagi??