"Subsidi: Kepentingan rakyat utama"---->Kepentingan KEPALA HOTAK!
Komen saya ada pada tajuk kiriman ini. Agak kasar tetapi bertepatan dengan retorik bodoh kerajaan BN apabila bercakap tentang kepentingan rakyat. Ringkas!
Komen yang seumpama ini akan lebih berkumandang dan shaut-menyahut menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri apabila semua barang termasuk berus pencuci tandas akan dinaikkan oleh peniaga.
Saya petik:
Subsidi: Kepentingan rakyat utama
[UM] IPOH 17 Julai - Kerajaan perlu mengambil langkah menyelaraskan subsidi bagi menjayakan penstrukturan semula ekonomi negara dalam usaha mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa yang sama, kerajaan tetap akan mengutamakan kepentingan rakyat iaitu dengan memastikan pelarasan yang dilakukan tidak keterlaluan.
''Walaupun pada awalnya sasaran potongan subsidi ini jauh lebih besar tetapi memikirkan kesejahteraan rakyat dan sasaran mengutamakan rakyat, Kabinet ambil keputusan mengurangkan pada kadar paling minimum," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan pembinaan bangunan tambahan Pasar Manjoi di sini hari ini.
Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun diminta mengulas penyelarasan subsidi bahan api dan gula yang berkuat kuasa semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan subsidi lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, 10 sen sekilogram bagi gas petroleum cecair (LPG) dan 25 sen sekilogram gula.
Sementara itu, petrol RON 97 tidak lagi diberikan subsidi sebaliknya tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harganya ditentukan oleh mekanisme harga automatik.
Ahmad Husni berkata , beliau yakin rakyat dapat menerima dan memahami keputusan kerajaan itu kerana hasil penjimatan tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA).
Dalam perkembangan sama beliau berkata, kerajaan akan memberi penerangan dari semasa ke semasa kepada rakyat berhubung pengurangan subsidi tersebut.
Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi itu membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta tahun ini.
Berkaitan:
* Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'
* Kesan 'berantai', harga barangan lain mungkin naik
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.