IKAT & BAKAR Anak
Ikat dan bakar anak! Inilah yang berlaku apabila manusia hilang kewarasan dan kesabaran.
Kerana anaknya sering mengambil wang hasil laut, Mahyedin Abu Bakar tega mengikat dan membakar anaknya M Amrul yang berusia 14 tahun. Kali terakhir Mahyedin mendapati anaknya berbuat demikian apabila dia mendapati wang yang sepatut diterimanya berjumlah Rp120 ribu, kurang sebanyak Rp20 ribu.
Cerita lanjut boleh anda baca di sini.
Saya setuju, sikap anak yang gemar mengambil barang tanpa izin, mencuri, dan segala macam perilaku negatif yang lain perlu dihentikan, malahan tidak salah ibu bapa menghukum anak jika mereka tidak mengendahkan nasihat yang telah diberikan. Namun, hukuman yang dimaksudkan bukanlah dengan mengikat dan membakar anak seperti yang dilakukan Mahyedin di Desa Ujong Blang, Kecamatan Banda Sakti, Lhokseumawe, Indonesia. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mendidik anak.
salam
Comment by CITY® @ Khamis, Julai 08, 2010 3:06:00 PTGmasyaAllah...
zalim n kejam nya ayah ini
tidak ada kah rasa kesian dan peri manusia pada anak kandung sendiri?
kalau fikiran dan dikuasi setan, ini lah jadinya...
lelaki yg baik adalah lelaki yang boleh mengawal kemarahannya...