Kejam: Belasah & Rodok KEMALUAN Tunang dengan Botol!
Gila! Saya petik:
[HM] KUCHING: Angkara cemburu buta, seorang gadis bukan saja dipukul dengan tukul, malah kemaluannya turut dirodok dengan botol deodoran oleh tunangnya selepas berlaku pertengkaran antara mereka berdua di sebuah rumah di Matang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang bersendirian di rumahnya didatangi tunangnya, berusia lingkungan 20-an.
Difahamkan, pertemuan itu mencetuskan pertengkaran dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu buta lelaki terbabit terhadap mangsa sebelum mengambil tukul dan membelasah mangsa.
Akibat perbuatan ganas itu, mangsa cedera hampir seluruh badannya, namun keganasan lelaki berkenaan tidak berhenti di situ apabila dia mengambil botol deodoran milik mangsa lalu merodok kemaluan wanita itu.
Selepas melihat mangsa dalam kesakitan, suspek melarikan diri. Mangsa menghubungi seorang ahli keluarganya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan polis.
Mangsa yang ditemani beberapa anggota keluarganya dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari kejadian sebelum gerakan mencari suspek yang juga tunang kepada mangsa dijalankan.
“Sehingga kini belum ada tangkapan dibuat namun polis sudah mengenal pasti identiti suspek,” katanya.- Alias Abd Rani
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.