Skandal Peterporn: Ariel, Luna, Cut Berdepan Hukuman Penjara Sehingga 12 Tahun dan Denda Sehingga Rp 6 Bilion Jika Didakwa
Menurut pegawai polis Indonesia, “Selepas temu bual ringkas dengan Ariel dan Luna, kami mula menfokuskan siasatan berdasarkan No. 44/2008 Undang-undang Antipornografi. Kami percaya mereka telah melanggar undang-undang, walaupun setakat ini tiada bukti yang menunjukkan bahawa mereka dengan niat menyebarkan video-video itu.”
Katanya, Nazril “Ariel” Irham, vokalis utama Peterpan, mungkin akan disiasat kerana disyaki melanggar Artikel 4 Undang-undang Antipornografi yang melarang seseorang daripada menerbitkan, mencipta, menerbitkan semula, menyalin, mengedar, menyiarkan, mengimport, mengeksport, menawarkan, meniagakan, menyewakan atau sebaliknya membuat pornografi yang sedia ada.
Ariel didakwa menerbitkan dan mencipta video, dan menurut sumber, larangan yang terkandung dalam undang-undang turut merangkumi bahan yang merupakan milik/kegunaan peribadi. Jika disabitkan dengan kesalahan, seseorang itu akan dikenakan penjara sehingga 12 tahun dan didenda sehingga Rp 6 bilion.
Manakala aktres dan penyampai Luna Maya dan Cut Tari pula boleh didakwa di bawah undang-undang yang sama atas kesalahan menjadi pelakon/model untuk bahan pornografi.
Kata sumber polis, “Kami dalam siasatan untuk membuktikan bahawa kedua-duanya termasuk Ariel telah melanggar Artikel 8, yang menyatakan bahawa seseorang dilarang sama ada dengan pengetahuannya atau secara budi bicaranya menjadi objek atau model untuk bahan pornografi.”
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atau didenda sehingga Rp 5 bilion.
Artikel di atas ditulis semula berdasarkan pautan ini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.